ISU ATLET BOLA BALING SUKMA DIROGOL BERGILIR-GILIR!

on Monday, July 8, 2013






BERITA ATLET BOLA BALING SUKMA DIROGOL BERGILIR-GILIR | KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia

ARTIS LELAKI MALAYSIA DENGAN BIBIR PALING SEKSI!






SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN BIBIR TERSEKSI | Pasti anda tertanya-tanya siapakah selebriti lelaki Malaysia yang memiliki bibir paling seksi. Setelah Mazeer buat kajian, takhta tersebut menjadi milik Bobo MIG yang mutlak di mana beliau sering menggayakan pose bibir yang seksi dan menawan.



Menurut kajian juga, 90% lelaki Malaysia setuju dengan kenyataan ini dan hanya 10% wanita Malaysia

[13 Gambar] Dua Orang Perogol Dibakar Hidup-hidup Oleh Penduduk Kampung


Masyarakat sering mempunyai cara sendiri untuk mengadili seseorang yang melakukakan pelanggaran undang-undang, cara tersebut sering disebut sebagai main hakim sendiri. Cara tersebut juga tidak jarang berlaku di negara kita, cara-cara seperti ini dilakukan oleh masyarakat biasanya disebabkan oleh menurunnya kepercayaan mereka terhadap penguatkuasaan undang-undang yang kadang menurut masyarakat tidak boleh berlaku adil dalam menyelesaikan masalah.

Mahkamah jalanan atau main hakim sendiri seperti ini biasanya lebih kejam dan sadis bahkan lebih sering tidak berperikemanusiaan. Sering kita mendengar sebuah insiden dimana seorang pelaku kejahatan diadili ditempat oleh masyarakat dengan cara ditelanjangi kemudian di arak keliling kampung, dipukul hingga babak didera, dipukul sehingga mati bahkan ada juga yang dibakar hidup-hidup.

Dua orang lelaki ini adalah pelaku pemerkosaan yang tertangkap oleh masa, masyarakat mengadilinya dengan cara yang sangat sadis. Setelah dipukul hingga bersimbah darah, tidak cukup hanya itu saja, setelah korban tidak berdaya mangsa diikat pada sebuah pohon kemudian secara beramai-ramai masyarakkat membakarnya hidup-hidup. Tragis dan sangat mengerikan ..!













RUPA SEBENAR KEMUNCULAN JIN DI ALAM NYATA!






GAMBAR PENAMPAKAN JIN DI ALAM NYATA | Pada dasarnya bentuk rupa Jin yang sesungguhnya tidak banyak berbeza dari bentuk rupa manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang di miliki oleh manusia.



Pada umumnya 80 hingga 90% Jin menyerupai manusia. Hanya perbezaan fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia

Gelaran 'Datuk' saya sah


DEBARAN Rindu, buah tangan terkini Jeffrydin buat peminat.

TENANG sahaja tutur kata dan wajah Datuk Jeffrydin saat berbicara perihal gelaran Datuk yang diterimanya menjadi topik bualan kalangan pencinta dunia seni tempatan kebelakangan ini.

Masakan tidak, gelaran yang dikurniakan bukan dibeli mahupun diberi oleh Kesultanan Sulu seperti yang didakwa sebaliknya dianugerahkan oleh kerajaan negeri Melaka pada 2009.

Tidak berkecil hati dengan setiap tohmahan yang diterimanya, legenda pop yeh yeh itu hanya menganggapnya sebagai isu remeh yang dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang. Buat apa saya perlu kecil hati? Sedangkan sebelum ini lagi besar dugaan yang pernah saya lalui.

"Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati dan dengki dengan apa yang saya perolehi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ubat rinduTidak mahu mengambil peduli isu yang melanda, bagi Jeffrydin yang lebih penting ketika ini adalah produk terbarunya - sebuah album baru untuk peminat setia yang selama ini kuat menyokong di belakangnya.

Kali terakhir Jeffrydin menghasilkan album adalah pada 1999 melalui album Jeffrydin '99.

Album Debaran Rindu yang mengandungi enam buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn. Bhd dengan sentuhan komposer terkenal, Datuk M. Nasir dan Azmeer.

"Sudah lama saya merancang untuk menghasilkan album buat peminat-peminat. Alhamdulillah akhirnya berjaya dan saya yakin album ini akan mendapat sambutan yang baik. Peluang yang diberikan oleh Datuk M. Nasir ini cukup besar dan saya mahu manfaatkannya sebaik mungkin.

"Ramai lagi penyanyi pop yeh yeh seangkatan dengan saya yang tidak memperolehi peluang sebegini.

"Saya menjadi wakil rakan-rakan saya untuk terus memperjuangkan irama muzik pop yeh yeh ini kerana saya tahu masih ramai lagi yang meminati irama muzik ini di luar sana," jelasnya.

Lebih menarik, dia yang selama ini begitu sinonim dengan irama pop turut melalui dimensi baru sejajar dengan perkembangan seni semasa apabila mempertaruhkan kolaborasi bersama kumpulan hip hop, One Nation Emcee (ONE).
sumber : http://www.utusan.com.my/


Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika

Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika | Los Angeles: Jika anda menjadi lebih bersemangat dengan makan bijirin sarapan, tentu anda boleh lupakan Viagra.

Memperkenalkan ‘Sexcereal’, sarapan pertama dunia membantu pembeli rasa teruja dengan memakan bijirin campuran termasuk erm, oat, bijirin chia dan serbuk maca.Pencipta ‘Sexcereal’, Peter Ehrlich berkata: “Sexcereal mesti memberi kesan yang baik, berzat dan sedap.

Bijiran lelaki, wanita berbeza

“Kemesraan yang intim dan perasaan cinta adalah sesuatu yang hebat. Jangan dengar cakap orang yang menafikannya.”Dicipta sekumpulan saintis Amerika Syarikat, penciptanya juga membezakan bijirin untuk lelaki dan wanita.

Saran makan tiga sudu sehari

Selepas ujian, laporan menyatakan, bijirin berkenaan ‘agak kuat’ dan anda disarankan hanya makan tiga sudu sehari dicampur dengan susu atau dadih.Bagi lelaki, bijirin itu mengandungi oat, wheat germ, gula kelapa, biji chia, biji sesame hitam, biji labu, blueberry (dimaniskan dengan jus epal), kacang cacao, beri goji, bee pollen, serbuk maca dan camu-camu.Campuran itu bertujuan meningkatkan tahap testosteron dan tenaga.

Imbangi hormon wanita

Bijirin wanita pula dicipta untuk mencetuskan serta meningkatkan rangsangan dan mengimbangkan hormon.Bezanya, selain kandungan yang sama dengan lelaki, ia juga ada biji bunga matahari, biji flax, almond dan serbuk halia.Serbuk maca dihasilkan daripada satu akar yang ditanam di Peru dan dipercayai dapat membantu merangsang tubuh menghasilkan hormon seks. - AGENSI BH

Apa Salah Saya? - Kamal Adli


* Disingkirkan atau memang Kamal sendiri yang mahu mengundur diri daripada program Hip TV itu?

Bila masa pula saya undur diri? Kalau boleh saya masih mahu menjadi pengacara program itu. Saya tak tahu menahu mengenai penyingkiran sehinggalah diberitahu pihak stesen tv.

Sekarang program itu dikendalikan oleh Hunny Madu dan Aidit Marcelo.

* Kecewa dengan tindakan pihak stesen TV terhadap Kamal?

Kecewa juga sebab saya seronok mengendalikan program itu. Setakat yang saya tahu, ramai yang memberi respons yang baik sepanjang saya dan Miera menjadi hos program. Namun paling mengecewakan, kontrak saya ditamatkan tanpa saya tahu apa penjelasannya. Tak tahu apa sebab.

* Ada yang mendakwa sebab Kamal tak bagus atau dalam kata lain tak sesuai jadi pengacara Hip TV sebab tak happening?

Tak pastilah. Rasanya saya dah buat yang terbaik dan sehabis happening. Kalau betul saya tak bagus, kenapa sepanjang saya dan Miera jadi hos, tak ada pula kami terima sebarang teguran? Kalau tak bagus tegurlah dan saya akan berusaha baiki apa yang kurang. Ini tidak, setiap kali saya tanya, mereka akan cakap okey, tak ada masalah, bagus.

* Bila Kamal diberitahu mengenai penamatan kontrak?

Semasa terlibat dalam rakaman episod terakhir program bulan lepas.

* Bila isu macam ini timbul, sebagai pengacara program ketika itu, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Kamal selepas mendapat tahu disingkirkan daripada program yang dah sebati dengan jiwa?

Terus-terang saya katakan, saya jadi bengang sekejap. Terkedu. Iyalah, saya tak tahu apa salah saya tahu-tahu saja diberitahu selepas ini tak payah lagi jadi hos program sebab ada orang lain yang ganti. Kalau nak kata saya tak buat tanggungjawab dengan baik sekali pun, beritahulah. Ini terpinga-pinga saya dibuatnya. Namun dalam masa yang sama, saya faham mungkin pihak stesen mahu buat pembaharuan dan salah satu caranya adalah dengan menggantikan hos yang baru.

* Umpama habis madu sepah dibuang, adakah selepas ini Kamal enggan lagi menerima tawaran jadi pengacara?

Eh! Tak adalah. Mungkin rezeki saya tak ada dengan mereka. Tapi jika ada tawaran untuk program lain, saya akan ambil. Itu semua peluang. Takkanlah sebab satu perkara, saya berterusan nak kecewa dan merajuk tak mahu jadi hos lagi. Kita tengoklah rezeki datang, saya ambil. Insya-Allah.

* Selain berlakon, Kamal memang mencintai bidang pengacaraankah?

Bagi saya berlakon itu adalah fokus utama. Menjadi hos pula menyenangkan hati saya. Seronok sebab kerjaya ini menarik. Untuk program info hiburan seperti Hip TV membenarkan saya menjadi diri sendiri. Boleh buat gila-gila! Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki.

* Ada tawaran lain dalam bidang pengacaraan selepas kontrak dengan Hip TV tamat?

Setakat ini belum ada. Tapi semasa saya sibuk mengendalikan program Hip TV ada beberapa tawaran yang datang. Namun saya tolak sebab memikirkan saya ada komitmen dengan Hip TV.
sumber : http://www.utusan.com.my/