Gadis Melayu Yang Kerja Cashier Dirompak Dan Dipukul

on Sunday, July 7, 2013


Memang menyedihkan!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita atau saudara atau adik-adik kita bagaimana perasaannya ketika itu? inilah nasib malang seorang gadis melayu yang bekerja di kedai-kedai yang tiada majikan.

Gambar Comel Anak Adi Putra, Zara Adelia Haadi



Adi Putra semakin hangat setelah drama Teduhan Kasih yang dilakonkan beliau menerima sambutan hangat peminat. Sebaik sahaja drama itu tamat, keluar satu gossip mengatakan Adi Putratidak menjengah anaknya di hospital. Segala tugas diserahkan kepada isterinya.


Bagaimanapun, Adi Putra yang enggan mengulas panjang lebar gossip tersebut hanya berkata,"Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup."

Apapun, kita doakan yang terbaik buat puterinya Zara Adelia Haadi, dan semoga anak kecil itu sihat dan ceria selalu. jom lihat gambar Zara yang lain dibawah.





kredit to KEZOOM


Nad Zainal Akui Geli Bila Berlakon Dengan Kekasih

Selama ini, Nad Zainal berhati-hati dan memilih untuk tidak terlalu bercerita tentang hal personal terutama ketika ditanyakan soal teman lelaki walaupun Nad Zainal sering membawa kekasihnya yang dikenali dengan nama Azwan itu ke majlis-majlis yang dihadirinya.

Namun tidak untuk kali ini, Nad Zainal tidak mampu lagi mengelak dari bercerita tentang dia dan Azwan. Apatahlagi bila pasangan itu buat pertama bakal muncul menerusi lakonan dalam telemovie sempena Aidilfitri nanti berjudul, Adnan Balik Raya.

"Saya akan jalani penggambaran telemovie itu dalam bulan Ramadan ini. Sebenarnya sebelum ni kami pernah berlakon dalam drama yang sama tapi ketika tu tak ada babak yang temukan kami. Tapi kali ini, pertama kali saya dan dia ada dalam satu babak yang sama. Dalam cerita tu dia kononnya suka kat saya tapi saya tak suka kat dia. Saya tergila-gilakan Adnan (lakonan Shaheizy Sam).

"Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila on screen dengan dia. Saya rasa sangat dibuat-buat. Sebab, saya ni kalau kat luar memang tak reti nak ayu, ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama", katanya.

Dalam pada itu, reaksi Nad Zainal ketika mengulas mengenai penjelasan Azwan baru-baru ini di dalam sebuah akhbar mengenai hubungan cinta mereka, menurut Nad, dia tidak marah dengan tindakan teman lelakinya itu. Belajar dari pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling, Nad tetap dengan prinsipnya dia tidak mahu terlalu bercerita hal mereka berdua.

"Saya tak marah. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, saya sudah ada teman lelaki. Tapi untuk bercerita lebih-lebih tu, tidak. Saya juga nak kurangkan update di Instagram sebab banyak pengalaman orang sekeliling saya, apabila mereka terlalu sangat bercerita, akhirnya hubungan tu tak ke mana", kata Nad Zainal.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

AC Mizal & Hanis Zalikha Bakal Pengacara AF 2013?



Kita jadi keliru apabila ada teman produksi yang terbabit dalam rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia 2013 memberitahu yang untuk musim ini Hanis Zalikha dan Datuk AC Mizal dipilih menjadi pengacara.

Kita keliru sebab sebelum ini sudah dinyatakan Zizan Razak akan mengendalikan rancangan yang ditunggu-tunggu itu. Malah sumber rapat kepada rancangan musim terbaru ini turut mengesahkannya.

Jelas teman itu kepada kita, memang Zizan akan mengendalikan Akademi Fantasia 2013, tetapi ia hanya membabitkan konsert mingguan.

Untuk penerbitan musim baru ini rupanya banyak lagi perancangan program selari akan dilaksanakan dan ia tidak terhad kepada Diari Akademi Fantasia saja. Malah setiap hari ada beberapa program lain tetapi berkaitan dengan program realiti itu akan dilaksanakan.

Jadi Hanis dan AC akan mengendalikan dua program berkaitan dengan Akademi Fantasia 2013 dan memandangkan ia akan ditayangkan setiap hari sehingga konsert mingguan, ada dua tiga lagi program turut dihasilkan dan dikendalikan pengacara berbeza.

Sampai begitu sekali? Maknanya penonton setia Astro Ria akan melekat depan TV sepanjang Akademi Fantasia 2013 disiarkan nanti. Sebabnya, banyak program berkaitan turut dibuat.

Kita pasti bajet dikeluarkan untuk menghasilkan keseluruhan program ini juga agak besar. Nampaknya pihak produksi berhabis juga bagi memastikan kegemilangan rancangan realiti itu dapat dikembalikan.

Apapun, usaha yang mahu dilaksanakan produksi rancangan realiti popular ini, pesan kita hanya satu. Biarlah peserta dipilih itu nanti benar-benar mempunyai bakat dan memiliki ‘faktor X’ agar mampu muncul sebagai penghibur disegani. Sebab kalau setakat nak jual gimik dan kejutan, rasanya sudah tidak boleh jalan. – Harian Metro

Nadiya Nisaa Bersama Teman Artis

Comelnya bila artis-artis buat muka sengal. Takde la asik nak control ayu je kan.

Nadiya Nisaa ni dalam watak Adam Hawa nampak ayu je tapi sebenarnya real life rugged dan seksi jugak tahu. Meh kita layankan gambar-gambar Nadiya Nisaa artis baru yang meingkat naik ni.







sumber : http://gossipkini.blogspot.com/

Kehidupan Selebriti Popular Tasha- Shila



Tasha Shila Hot Cantik & Liar
Tahun lalu merupakan tahun sukar buat artis Malaysia yang cantik ini apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah kontroversi yang kurang enak.

Bukan sahaja dituduh sebagai artis liar yang gemar berparti sana-sini, malah pelakon cantik, (Gambar Artis) Tasha Shila, juga dikaitkan dengan kisah cinta bersama golongan VIP.

Di lembaran 2013, nama Tasha atau nama sebenarnya, (Gambar) Natasha Sheila Abd Razak, 26 tahun, dilihat mula reda dengan kisah-kisah kontroversi.

Tasha Shila & Mahali Jasuli Hangat Bercinta?

Hanya kisah cintanya bersama pemain sayap pertahanan kanan Malaysia dan juga Selangor, Mahali Jasuli yang menjadi perhatian umum.

Namun, enggan bercerita panjang mengenai kisah cintanya, Tasha Shila hanya mengakui dia dan Mahali sedang mengenali hati budi dan masih berkawan seperti biasa.

Tidak terhenti di situ, kini nama Tasha sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi baru apabila dia dikatakan telah berkahwin, namun jejaka itu bukanlah Mahali ataupun Datuk J.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu, Tasha hanya mampu tergelak kecil dan terus memberi penjelasan sebenar.

Gosip Hangat Tasha Shila Sudah Berkahwin Secara Rahsia
"Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan.

"Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama.

"Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu," katanya dengan nada bergurau.

Tasha Shila Tidak Peduli Tentang Kontroversi

Enggan ambil pusing mengenai kontroversi yang bertebaran, Tasha Shila lebih selesa mengabaikan perkara itu.

Menganggap dengan cara itu sahaja boleh menyelamatkan keadaan, Tasha berkata, sebagai selebriti, dia tidak boleh mengambil jalan singkat untuk bertindak.

"Lumrah sebagai selebriti, memang segala tindakan kita akan jadi perhatian. Malah, jika perkara itu tidak benar sekalipun, saya hanya memekakkan telinga dan butakan mata.

"Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tak lakukan perkara itu. Lama-kelamaan, orang bosan juga nak bercerita lagi.

"Lagipun, saya tak pernah ambil tahu gosip-gosip sebegitu. Setahu saya, saya tak pernah bercakap mengenai perkahwinan," kata pelakon drama Bidadari Syurga ini.





Kehidupan Selebriti Popular Tasha Shila
Menganggap pengalaman lalu banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai selebriti, Tasha lebih berhati-hati dalam setiap perkara.

Katanya, bukan sahaja dari soal kehidupan peribadi, malah apa sahaja yang boleh menjejaskan kariernya perlu dihindari.

"Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit.

"Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada.

"Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja," kata Tasha Shila yang sedang menjalani penggambaran drama sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebaran Kasih untuk tayangan TV3.

Katanya, pada bulan puasa nanti, dia tidak berkesempatan untuk berehat panjang kerana masih terikat dengan penggambaran dan rakaman raya. - Sinar Harian
kredit to http://www.mohdrohaizad.com/


Kereta Stacy, Peugeot 307 Kemalangan



Kereta yang dimenangi Stacy sebagai juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6) terbabit dalam satu kemalangan jalan raya pada hari Ahad yang lalu di Bandar Kinrara Hancur. Kereta itu bukan dipandu Stacy tapi yang pandu kereta tu tapi ialah Abang Stacy, yang dikenali sebagai Chelto. Abang Stacy mengalami patah kaki selain buku lalinya hancur dalam kemalangan tu. Sewaktu kejadian itu, Stacy berada di Sabah untuk bersama keluarganya disana.