Nad Zainal Akui Geli Bila Berlakon Dengan Kekasih

on Sunday, July 7, 2013

Selama ini, Nad Zainal berhati-hati dan memilih untuk tidak terlalu bercerita tentang hal personal terutama ketika ditanyakan soal teman lelaki walaupun Nad Zainal sering membawa kekasihnya yang dikenali dengan nama Azwan itu ke majlis-majlis yang dihadirinya.

Namun tidak untuk kali ini, Nad Zainal tidak mampu lagi mengelak dari bercerita tentang dia dan Azwan. Apatahlagi bila pasangan itu buat pertama bakal muncul menerusi lakonan dalam telemovie sempena Aidilfitri nanti berjudul, Adnan Balik Raya.

"Saya akan jalani penggambaran telemovie itu dalam bulan Ramadan ini. Sebenarnya sebelum ni kami pernah berlakon dalam drama yang sama tapi ketika tu tak ada babak yang temukan kami. Tapi kali ini, pertama kali saya dan dia ada dalam satu babak yang sama. Dalam cerita tu dia kononnya suka kat saya tapi saya tak suka kat dia. Saya tergila-gilakan Adnan (lakonan Shaheizy Sam).

"Sebetulnya saya rasa kekok dan geli bila on screen dengan dia. Saya rasa sangat dibuat-buat. Sebab, saya ni kalau kat luar memang tak reti nak ayu, ayu. Saya akui memang sukar nak dapat keserasian bila kami berlakon bersama", katanya.

Dalam pada itu, reaksi Nad Zainal ketika mengulas mengenai penjelasan Azwan baru-baru ini di dalam sebuah akhbar mengenai hubungan cinta mereka, menurut Nad, dia tidak marah dengan tindakan teman lelakinya itu. Belajar dari pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling, Nad tetap dengan prinsipnya dia tidak mahu terlalu bercerita hal mereka berdua.

"Saya tak marah. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, saya sudah ada teman lelaki. Tapi untuk bercerita lebih-lebih tu, tidak. Saya juga nak kurangkan update di Instagram sebab banyak pengalaman orang sekeliling saya, apabila mereka terlalu sangat bercerita, akhirnya hubungan tu tak ke mana", kata Nad Zainal.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment