Gian jalin hubungan seks dengan kuda, dua kali ditahan!!

on Monday, July 8, 2013


Gian jalin hubungan seks dengan kuda, dua kali ditahan!! | Austin (Texas): Seorang lelaki dari Hidalgo ditahan dua kali dalam tempoh dua minggu kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan seekor kuda, lapor media semalam.
Minggu lalu Cirilo Castillo, 43, didakwa menceroboh harta persendirian dan berkelakuan kejam ke atas haiwan milik jirannya.
Sekadar hiasan

Jurucakap polis berkata, Castillo dipercayai menyetubuhi seekor kuda bernama Nadia milik jirannya. Pada Januari 2012, Castillo juga pernah ditangkap atas kesalahan sama. Dia dibebaskan dari penjara pada April.
Ekoran sabitan itu, jiran Castillo mengambil sikap lebih berhati-hati dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber polis berkata, tindakan jiran terbabit memasang CCTV membolehkan perlakuan lucah melampau Castillo didedahkan. “Sebenarnya Castillo bukan lelaki yang berbahaya atau ganas - kecuali terhadap kuda,” katanya.

Justeru, kata sumber itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak ke atas Castillo.
“Jika tidak, dia akan terus melakukan perbuatan itu,” katanya.

Katanya, kejiranan di situ semakin meluat dengan ketagihan aneh Castillo. Setakat ini tidak diketahui ikat jamin perlu dijelaskan Castillo bagi membolehkan dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraan. - Agensi HM

JDT terlepas aksi Piala AFC tahun depan

JDT terlepas aksi Piala AFC tahun depanJohor Bahru: Selangor muncul naib juara Liga Super sekali gus layak ke saingan Piala AFC biarpun sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim (DT) pada aksi terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.  

Pemain Selangor ceria sebaik menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua selepas seri 1-1 dengan Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.  

Keputusan itu memastikan anak didik Irfan Bakti Abu Salim mengumpul 40 mata dan menyamai kutipan mata barisan kendalian Fandi Ahmad namun kelebihan jaringan memihak Red Giants untuk mengiringi Kelantan yang muncul juara Piala FA ke saingan kelab-kelab Asia buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, Harimau Selatan tampak lebih garang untuk memburu slot ke Piala AFC apabila lebih awal mengancam kubu Selangor menerusi rembatan deras Jasazrin Jamaluddin seawal minit keempat tetapi tersasar.


Bisa Forkey Doe

Selang empat minit kemudian skuad Gergasi Merah juga hadir menerusi percubaan berbahaya hasil rembatan leret Forkey Doe tetapi gagal merobek gawang tuan rumah.

Selepas berhempas pulas mengasak ke kubu lawan, akhirnya gol yang dicari Johor DT menjelma pada minit ke-21 berpunca sepakan lintang Mohd Farid Ramli yang menyaksikan Leonel Nunez yang menyusup dari belakang pantas merembat leret menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee.

Bersambung babak kedua, Red Giants tampak rakus mengasak ke kubu tuan rumah dan akhirnya mencipta gol penyamaan pada minit ke-51 selepas Francis Forkey Doe yang mengambil sepakan percuma bijak melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol sekali gus menewaskan Mohd Al-Hafiz Hamzah yang tergamam di gawang sendiri. BH

RM765,511 perlu dibayar budak 12 tahun


RM765,511 perlu dibayar budak 12 tahun | Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.
Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.
Sekadar hiasan

Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.
Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak. Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa. - AN HM

Akibat tikam pemain,pengadil maut dipenggal kepala

Akibat tikam pemain,pengadil maut dipenggal kepala |

Penonton, ahli keluarga Santos masuk padang belasah da Silva

SAO PAULO: Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah.

Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza. 

Sekadar hiasan

Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan.


Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang.

Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital.

Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang.

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 2 Julai lalu berhubung kejadian itu yang masih disiasat, kata Souza.
Polis dilaporkan mencari dua lelaki lagi dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’, lapor beberapa blog Brazil.


Bercanggah undang -undang

Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa, mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Saksi memberi laporan mengenai orang yang berada di tempat kejadian. Kami akan kenal pasti mereka yang perlu bertanggungjawab atas kejadian itu.

“Jenayah tidak boleh jadi alasan untuk membalas dendam jenayah lain. Tindakan ini bercanggah dengan undang-undang.”

Brazil menghadapi tekanan supaya membuktikan ia adalah selamat untuk kedatangan pelancong di 12 kota tuan rumah Piala Dunia 2014 selain kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. - REUTERS BH

Lari dengan lembu, 4 cedera

Lari dengan lembu, 4 cedera | Pamplona: Empat orang cedera pada hari pertama larian lembu dalam pesta tahunan yang dilancarkan di San Fermin dah bakal berlangsung sembilan hari di sini kelmarin. 


Beribu-ribu orang menguji keberanian diri untuk berlari bersama enam ekor lembu sabung di jalan raya sempit Pamplona, utara Sepanyol.




Meskipun ramai yang mengambil bahagian dalam pesta hujung minggu, hanya empat orang dirawat atas kecederaan dan tiada yang kena tanduk, kata pegawai.


Cedera tangan kiri

Seorang yang cedera dihantar ke hospital kerana tangan kirinya cedera manakala seorang lagi dirawat kerana bahunya terseliuh, kata jurucakap Palang Merah, Jose Aldaba.

Satu-satunya detik mencemaskan berlaku apabila kumpulan lembu terakhir dilepaskan.

Lembu itu dilihat seperti keliru dan berhenti sambil melihat keadaan di sekelilingnya.
Bagaimanapun, ia kemudian masuk ke dalam kandang tanpa cuba menanduk sesiapa.

Dapat tarikan

Pesta larian bersama lembu itu mula mendapat tarikan selepas diceritakan dalam novel ‘The Sun Also Rises’ oleh Ernest Hemingway pada 1926.

Pada jam 8 pagi waktu tempatan, enam ekor lembu yang diternak untuk larian itu dilepaskan di jalan sempit Pamplona diiringi beberapa pengawal yang membawa loceng bagi memastikan haiwan itu lari.

“Memang menakjubkan, hebat dan menakutkan pada masa sama,” kata peserta dari Nashville, Tennessee, William Schulz, 34.

Laluan 840 meter

Larian itu membabitkan laluan sejauh 840 meter dan diakhiri di gelanggang matador yang menikam mati lembu.

Lembu yang digunakan biasanya seberat 625 kilogram dan membunuh 15 orang sejak catatan larian direkodkan mulai 1924. - AP BH

VIDEO CIKGU BERTUDUNG DERA MURID DI SINGAPURA!






VIDEO KEJAM CIKGU BERTUDUNG MEMUKUL ANAK MURIDNYA | Kejadian kejam ini dipercayai berlaku di negara Singapura yang memaparkan seorang wanita dengan imej bertudung yang dipercayai cikgu budak berkenaan telah berkali-kali mendera dan memukul anak muridnya.



Video yang berdurasi 3 minit 30 saat ini memaparkan kekejaman guru terbabit memukul budak kecil berkenaan dan diselangi dengan tangisan

VIDEO WANITA MALANG TERKENA SIHIR MINYAK DAGU!



VIDEO GADIS MALANG TERKENA SIHIR MINYAK DAGU | Tentu sahaja anda pernah dengar perkataan dan kehebatan sejenis minyak yang dipanggil minyak dagu atau lebih tepat lagi minyak yang diambil dari dagu mayat wanita yang masih dara. Mari kita lihat kesan penggunaan minyak dagu terhadap mangsa.




Subhanallah. Lihatlah sendiri bagaimana keadaan wanita ini yang telah disihir menggunakan minyak dagu.