Lari dengan lembu, 4 cedera | Pamplona: Empat orang cedera pada hari pertama larian lembu dalam pesta tahunan yang dilancarkan di San Fermin dah bakal berlangsung sembilan hari di sini kelmarin.
Beribu-ribu orang menguji keberanian diri untuk berlari bersama enam ekor lembu sabung di jalan raya sempit Pamplona, utara Sepanyol.
Meskipun ramai yang mengambil bahagian dalam pesta hujung minggu, hanya empat orang dirawat atas kecederaan dan tiada yang kena tanduk, kata pegawai.
Cedera tangan kiri
Seorang yang cedera dihantar ke hospital kerana tangan kirinya cedera manakala seorang lagi dirawat kerana bahunya terseliuh, kata jurucakap Palang Merah, Jose Aldaba.
Satu-satunya detik mencemaskan berlaku apabila kumpulan lembu terakhir dilepaskan.
Lembu itu dilihat seperti keliru dan berhenti sambil melihat keadaan di sekelilingnya.
Bagaimanapun, ia kemudian masuk ke dalam kandang tanpa cuba menanduk sesiapa.
Dapat tarikan
Pesta larian bersama lembu itu mula mendapat tarikan selepas diceritakan dalam novel ‘The Sun Also Rises’ oleh Ernest Hemingway pada 1926.
Pada jam 8 pagi waktu tempatan, enam ekor lembu yang diternak untuk larian itu dilepaskan di jalan sempit Pamplona diiringi beberapa pengawal yang membawa loceng bagi memastikan haiwan itu lari.
“Memang menakjubkan, hebat dan menakutkan pada masa sama,” kata peserta dari Nashville, Tennessee, William Schulz, 34.
Laluan 840 meter
Larian itu membabitkan laluan sejauh 840 meter dan diakhiri di gelanggang matador yang menikam mati lembu.
Lembu yang digunakan biasanya seberat 625 kilogram dan membunuh 15 orang sejak catatan larian direkodkan mulai 1924. - AP BH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment