Walaupun Telah Mula Berlakon, Fasha Sandha Masih Berpantang

on Sunday, July 7, 2013



Fasha Sandha, walaupun telah mula turun ke lokasi penggambaran selepas 50 hari melahirkan anak sulungnya, Putra Rayfal namun, Fasha Sandha mengakui dia masih menjalani cara berpantang bersalin seperti biasa.



Menurut Fasha Sandha, dia masih mahu meneruskan niatnya untuk berpantang sehingga 100 hari biarpun terpaksa memulakan penggambaran drama bersiri Tentang Hati terbitan Global Station Sdn Bhd.

"Lepas bersalin saya akui ini job pertama saya. Sebenarnya saya terima tawaran ini kerana mereka telahmenawarkan saya untuk membintangi drama bersiri terlebih dahulu iaitu sejak 3 bulan sebelum saya melahirkan Rayfal lagi. Mereka telah cuba dapatkan saya.

"Malah saya sukakan jalan cerita dan watak saya yang kali ini lebih berat selain sudah biasa bekerjasama dengan produksi dan pengarahnya, Feroz Kadir. Memang saya pernah kata mahu berpantang 100 hari dan sehingga kini saya akui masih meneruskannya tetapi saya tidak kata saya mahu berpantang daripada bekerja atau berlakon.

"Bahkan selepas 40 hari berpantang saya juga sudah keluar ke saloon milik saya, Chinta untuk menguruskan apa yang patut," katanya kepada sebuah portal hiburan tanahair.

Fasha Sandha ditemui dilokasi penggambaran drama Tentang Hati yang terletak di Hulu Langat Selangor. Drama itu turut dibintangi pelakon lain seperti Aaron Aziz, Rusdi Ramli, Anzalna dan ramai lagi.

Tambah Fasha lagi, dia perlu kembali aktif bekerja dan melakukan aktiviti yang sihat kerana mahu mengembalikan bentuk badan yang ideal setelah berat badannya naik sehingga 15 kilogram selepas bersalin.

"Terus-terang saya perlu banyak melakukan aktiviti di luar dan kembali aktif berlakon untuk kembalikan bentuk badan ideal dan nampak fit. Selain bergerak aktif saya juga perlu menjaga makan dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk anak saya yang masih menyusu.

"Namun bersyukur, berat badan saya kini sudah susut 13 kilogram daripada 15 kilogram selepas bersalin," kongsinya lagi.

Berkongsi pengalaman setelah menjadi seorang ibu sejak melahirkan putera sulungnya pada 15 April lalu, Fasha memuji anaknya itu kerana tidak punya banyak ragam seperti kebiasaan bayi lain.

"Rayfal seorang bayi yang baik dan sihat. Dia tidak banyak meragam seperti bayi lain. Malah waktu tidur dia juga normal iaitu mula tidur pada jam 12 malam dan berjaga pada waktu Subuh tanpa ada terjaga di dipertengahan waktu tidurnya," luahnya lagi.
kredit to KEZOOM

Video Wanita Terkena Sihir Minyak Dagu





Subhanallah Lihatlah sendiri bagaimana keadaan wanita ini yang telah disihir menggunakan minyak dagu.Dalam masa yang yang jin yang ganggu wanita ini telah memeluk islam







Apakah  Yang Dikatakan Sihir Minyak Dagu?

Minyak Dagu atau Minyak Guna-guna ialah ....bahan untuk menundukkan seseorang adalah termasuk dalam kategori amalan sihir. Sihir bererti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda, pergerakan dan segala-galanya menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya.

Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai at-tiwalah. Orang yang berbuat demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik.

Terdapat banyak cara menyediakan minyak guna-guna ini, antaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung.

Minyak perempuan mati bersalin diambil pada malam hari yang sama ia dikebumikan. Setelah digali, mayat disandarkan di pangkal sebatang pokok. Kedua-dua belah tangan dipegang oleh dua orang. Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan di bawahnya.Kerja-kerja ini dimulakan selepas tengah malam. Minyak dibawa balik ke rumah, dimasukkan dalam botol kaca, diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan berkenaan dipanggil. Suara tersebut adalah suara qarin yang ikut balik bersama minyak.

Menurut keterangan seorang lelaki, minyak dagu yang paling kuat ialah minyak dagu diambil dari perempuan mati mengandung sulung, di mana anak tersebut juga mati dalam kandungan.

Mereka yang hendak membuat kerja ini mesti berbilangan ganjil, iaitu sama ada tiga atau lima orang dan tidak melebihi tujuh orang. Setelah berkumpul di satu tempat, tidak jauh dari tanah perkuburan, mereka akan dijampi, menyebabkan mereka seumpama terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan menjadi berani, patuh pada arahan. J

ampi dilakukan oleh orang yang mengetuai kumpulan itu, yang dikatakan mempunyai ilmu batin yang kuat, yang pernah melakukan kerja-kerja seperti ini. Kemudian mereka mesti melucutkan kesemua pakaian dan pergi ke kubur dalam keadaan bogel atau hanya berseluar dalam. Setiap orang dipakaikan tangkal yang diperbuat daripada 12 helai benang mentah yang diikat di dahi masing-masing, sebagai pelindung daripada segala gangguan yang mungkin datang ketika melakukan kerja.

Setelah mayat dinaikkan daripada lubang kubur, bahagian tertentu badan dicucuh dengan lilin putih. Ada lima tempat sahaja yang perlu dilayur, antaranya ialah pada bahagian siku, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

Menurut responden, mayat itu mungkin akan bergerak ketika dilayur dan akan mengganggu orang yang terlibat. Kerana itu, orang yang mengepalai kerja-kerja ini perlu mempunyai ilmu batin yang kuat, boleh membaca doa tanpa henti-henti dan dengan lancar sambil membalingkan bahan yang dibawa ialah beras kunyit dicampur dengan pasir, yang diambil dari tiga pantai dan buah lenga hitam yang digoreng tanpa minyak.

Mereka yang terlibat balik ke tempat asal di mana mereka berkumpul dalam keadaan telanjang membolehkan iblis dan syaitan ikut mereka sama. Sekiranya orang yang terlibat tiga orang, mereka mesti tidur di tempat berkenaan tiga malam, begitulah yang perlu dilakukan sekiranya kumpulan itu terdiri daripada lima orang. Mayat ditinggalkan begitu sahaja di atas kubur.

Setelah dimasukkan jarum, minyak itu ditapakan dalam tanah. Botol hanya boleh ditutup dengan tutup kaca. Penutup lain, seperti gabus tidak boleh digunakan. Minyak akan meletup keluar dan kering, menyebabkan minyak tidak berapa kuat atau hilang langsung hikmatnya.

Orang yang memerlukan minyak ini mengambilnya dengan kapas, digunakan dengan menculiknya kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit, dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Menurut seorang responden, minyak dagu yang diambil daripada mangsa bunuh yang dilakukan oleh orang yang membuat minyak adalah lebih kuat. Selain diambil selepas tengah malam, minyak ini boleh diambil pada waktu maghrib kerana waktu ini adalah waktu segala iblis dan syaitan keluar dari tempat kediaman atau tempat persembunyian untuk mengganggu manusia, tetapi bagi orang yang terlibat mengambil minyak ini, makhluk tersebut adalah sahabat.

Minyak kadang-kadang diambil seorang diri tanpa pembantu untuk mengelak daripada timbul masalah. Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya. Selain dicampur dalam makanan atau minuman, dicalit atau disapu pada kulit, bahan ini boleh ditanam di tempat-tempat tertentu, seperti di bawah tangga, di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa.

Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi, juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur. Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa, atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan, menyebabkan ia rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan. Sukar hendak tidur. Kalau tidur dia terjaga, kalau terjaga rasa gelisah. Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja, lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada hakikatnya, perbuatan ini bukan menyebabkan seseorang itu menyayangi pasangannya, tetapi menjadikannya bodoh, seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya tunduk melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih jenis ini ada kalanya digunakan untuk menundukkan seseorang, terutama kaum wanita semata-mata untuk tujuan seks, merampas isteri orang, untuk membalas dendam yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan atau lelaki memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu, menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir jenis ini.

Mangsa ilmu guna-guna jenis ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, hilang rasa harga diri, tidak peduli nasihat ibu bapa dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Kesan daripada amalan sihir berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan iaitu kekuatan syaitan yang terlibat. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Kebanyakan mangsa tidak menyedari dirinya kena sihir, padahal perubahan besar berlaku pada dirinya.

Iblis dan syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia sejauh-jauhnya, agar dapat dibawa bersama terheret dalam neraka bersamanya. Di antara jalan mudah untuk menyesatkan manusia ialah dengan tipu helah, menyebabkan manusia berdampingan dengan jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, menyeru, memanggil dan memuja dengan rangkaian jampi, mantera atau serapah ataupun dengan kata-kata biasa untuk melaksanakan hajat jahat manusia, termasuk amalan menundukkan perempuan atau lelaki agar jatuh kasih kepada si pemuja.

Apabila ini dilakukan oleh seseorang, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir. Salah satu dosa besar yang membinasakan.

Terlalu banyak kaedah untuk menundukkan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan selain menggunakan kaedah yang dijelaskan. Apa yang pasti berlaku, amalan seperti ini semuanya melibatkan iblis dan syaitan untuk menyampaikan hajat seseorang.

Biarpun hajat itu baik, untuk menjadikan sebagai teman perempuan yang telah memutuskan hubungan itu kembali mengingatinya, tetapi apabila caranya salah, iaitu menggunakan khidmat jin-jin, maka perbuatan tersebut tetap terlarang dan termasuk dalam golongan orang yang melakukan perbuatan syirik.

Manusia yang berakal tidak akan rela melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain, biarpun tujuan asalnya baik. Walaupun demikian, akibat kejahilan diri, manusia yang mempunyai akal waras sekalipun ada kalanya tercebur dengan perbuatan yang menyakiti orang lain.

Dunia sudah maju...namun masih lagi individu masih mempercayai dan menggunakan cara yang salah ini bagi tujuan tertentu...bunga bukan sekuntum..dan kumbang bukan seekor....segala jodoh adalah ketentuan ALLAH SWT...kita manusia hanya mampu merancang sahaja....


Ciri-ciri orang yang kena Minyak

di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.

2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)

3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.

4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.

5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya

6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan

7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya

8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.

9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.

10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh

11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Kecoh, Pengacara Popular 'Bergaduh' Atas Pentas

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Barisan peserta Kecoh Pengacara Beraya bersama AG. - Foto instagram Scha Al-Yahya

LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).
Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.
Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.
Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.
“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.

Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”
Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.
Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.

Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG bertindak sebagai suara latar.
Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3.
sumber : http://senapisanapang.blogspot.com/

Lisa Ubah Gaya Pemakanan Yusry

                                
Sejak berkahwin, rezeki pelakon Ombak Rindu, Lisa Surihani, 27, semakin mencurah. Selepas dilantik menjadi duta jenama Sony dan WeChat, terbaru Lisa disambar menjadi duta produk jus terkenal Marigold Peel Fresh.

Menariknya mengenai perlantikan itu, Lisa secara tidak langsung berjaya mengubah ‘perangai’ dan cara pemakanan suaminya, Yusry Abdul Halim yang menggemari minuman berkarbonat.

“Dulu suami sangat suka minum minuman bergas dan jarang minum air putih. Malah, kalau makan ubat sekalipun, susah hendak lihat dia minum dengan air putih.

“Sebagai isteri, saya selalu galakkan dia minum jus buah sekurang-kurangnya dapat membekalkan vitamin C, A, E dan antioksidan.
“Lalu apabila dilantik sebagai duta Marigold Peel Fresh, saya memberi penekanan mengenai pengambilan jus untuk diri saya dan Yusry,” katanya gembira.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Ngeri!!! Tertusuk Besi Pagar Yang Panjang


Memang Ngeri!!!! inilah nasib seorang pencuri yang malang apabila kantoi aksi mencurinya dihidu oleh tuan rumah ketika melarikan diri pagar yang dipanjatkan tertusuk dalam dubur hingga berdarah lebih memalukan kejadian ini telah ditonton ramai orang.








2 Anggota Tentera Maut Dalam Nahas



DUA ASKAR MAUT NAHAS... Keadaan kereta yang dinaiki empat askar dari 21 RAMD selepas merempuh sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan dalam kemalangan di Kampung Chica, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh 

 Dua anggota tentera Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terputus dua setelah merempuh sebuah treler yang berhenti di bahu jalan di Kampung Chicha, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh malam tadi.

Kereta jenis Honda Accord itu sebelum kejadian dikatakan terbabas akibat gagal mengelak lalu melanggar belakang sebuah kereta di hadapan yang sedang membuat pusingan U.

Kedua-dua mangsa yang maut ialah Firdaus Abd. Rani, 23, dan Mohd. Norhamidi Ismail, 23, manakala dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu kereta itu, Ferdaus Che Fadzil, 25, dan penumpang belakang, Halim Hussain, 24.


Hajat empat sahabat untuk menghadiri majlis kenduri seorang kenalan berkecai setelah dua daripada mereka terbunuh selepas kereta Honda dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan malam kelmarin.
sumber : http://www.utusan.com.my/


10 Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga




1. Abu Bakar Ash-Shiddiq ra.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah. Abu Bakar r.a, adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah S.A.W, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah S.A.W berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah S.A.W yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah S.A.W sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah S.A.W wafat. Rasulullah S.A.W selalu mengutamakan Abu Bakar r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah -tengah orang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda : “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Baihaqi)

Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian Beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Al-Qur'an (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut,

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

2. Umar bin Khatab ra.
Umar Ibnu Khattab r.a, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah S.A.W. Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar r.a, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang memeluk Islam. Di sisi kaumnya Umar r.a dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta berwatak kasar. Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian dilakukan secara terang-terangan.
Begitupun di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar. r.a

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.

Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam usia 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah ra yang sekarang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Sebagai khalifah Islam yang kedua, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan umatnya, sampai setiap malam ia berkeliling kerana khuatir masih ada yang belum terpenuhi keperluannya, serta kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab.
3. Utsman bin Affan ra.

Utsman bin Affan r.a, sebuah Hadis yang menggambarkan peribadi Utsman r.a: “Orang yang paling kasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi).
Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan pernah Utsman r.a yang membiayainya seorang diri.

Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya-lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam usia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi'.
4. Ali bin Abi Thalib ra.

Ali bin Abi Talib r.a, merupakan sepupu Rasulullah S.A.W dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah S.A.W di tempat tidurnya saat beliau hijrah. Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah S.AW.

Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah S.A.W, kekasih yang amat mereka cintai.

Merupakan khalifah keempat, Beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khaththab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, sekarang Irak.

5. Thalhah bin Abdullah ra.

Talhah bin Ubaidillah r.a, yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana mengira Rasulullah S.A.W telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah S.A.W, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi S.A.W tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Talhah kebajikan.” Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud.

Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, Beliau-lah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh sehingga putus jari-jari Beliau. Thalhah bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal di masa pemerintahan Ali bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair bin Awwam ra.

Azzubair bin Awwam r.a, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang ia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.

Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu Awwam.” Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada Rasulullah S.A.W saat beliau hijrah bersama ayahnya.

Pada masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir, Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin, Umar r.a mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.

Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.
7. Sa'ad bin Abi Waqqas ra.

Saad bin Abi Waqqash r.a, beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah dalam membela agama Allah, dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:

"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk Islam." Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi S.A.W juga. Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W.

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan kedua ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi'.
8. Sa'id bin Zaid ra.
Said bin Zaid r.a, beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah tangan.

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah ra pernah diperintahkan oleh Rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi'.

9. Abdurrahman bin Auf ra.
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Ash-Shiddiq ra dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali.

Abdurrahman bin Auf r.a, adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah pun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a

Beliaupun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah r.a berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga.”
Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi'.

10. Abu Ubaidillah bin Jarrah ra.


Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar, sehingga Allah menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah S.A.W, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya.

Abu Ubaidah r.a mendapat gelar dari Rasulullah S.A.W sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanat umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.”

Masuk Islam bersama Utsman bin Math'uun, turut berhijrah ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) kerana penyakit, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
kredit to http://sekadarfikrah.blogspot.com/