Home > All posts
LUAHAN PUTERI AWANI AHMAD | VIDEO BUDAK COUPLE SEMINGGU
Posted by TerbaikLaH at 2:59 PM
LUAHAN PERASAAN PUTERI AWANI | VIDEO TAU TAK? DAH SEMINGGU KITA KAPEL? | Terbaru, budak perempuan bernama Puteri Awani Ahmad yang dikritik hebat melalui video yang bertajuk DAH SEMINGGU KITA COUPLE telah meluahkan perasaannya di dalam blog beliau.
BACA LUAHAN PUTERI AWANI YANG BERTAJUK ALLAH RINDU DOA HAMBANYA DI BAWAH.
Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri
MISTERI LELAKI MENARI DI ATAS MOTOR!
Posted by TerbaikLaH at 1:37 PM
MENYINGKAP PENYAKIT MISTERI LELAKI MENARI ATAS MOTOSIKAL | Sekarang ini viral di laman sosial mengenai VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL dan sebelum ini Mazeer telah pun menulis entri mengenai KISAH SEBENAR LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL namun masih terdapat segelintir pihak yang membuat kisah hidup beliau sebagai bahan gurauan.
Siapapun yang menyaksikan video ini pastinya
Kejam!!Dera anak angkat tunang hingga mati!!
Posted by TerbaikLaH at 12:39 PM
Kejam!!Dera anak angkat tunang hingga mati!! | AYER KEROH - Padah menyebabkan kematian anak angkat tunangnya di sebuah rumah tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindahan yang disabitkan ke atasnya.Berdasarkan pertuduhan, Amiezul didapati menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, dan melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh di sebuah rumah di Taman Seri Telok Mas, kira-kira jam 4 petang pada 1 September 2012.Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Melaka untuk diperiksa doktor sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan mengalami kesan bengkak pada dahi, selain lebam di leher, tangan, kaki serta dada.Melalui keterangan, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan ibu mangsa sebelum tertuduh yang hilang pertimbangan kemudian bertindak membawa mangsa ke dalam bilik lalu memukul dan menampar kanak-kanak itu.
Tertuduh turut mengambil sebotol air mineral lalu membalingnya ke arah mangsa lalu terkena di kepala sebelum dihantar ke hospital selepas badannya didapati sejuk dan lemah pernafasan.Terdahulu, Amiezul diwakili peguam Collin Andrew meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan termasuk kedua ibu bapanya yang menghidap kencing manis.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal ketika mengendalikan kes meminta tertuduh yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah diberi hukuman berat sebagai pengajaran.“Berdasarkan fakta kes, kecederaan mangsa disebabkan perbuatan tertuduh yang melepaskan geram.
Malah, tertuduh tidak menyerah diri selepas melakukan kesalahan tersebut dan ditangkap lima bulan kemudian.Selepas meneliti fakta kes dan mempertimbangkan rayuan dikemukakan, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula tarikh tangkapan pada 21 Mac lalu terhadap tertuduh.Sebelum ini, Sinar Harian 8 September lalu melaporkan tertuduh bertindak mendera anak angkat teman wanitanya hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan menemui ajal akibat kecederaan teruk organ dalaman.SH

Mayat ditemui sujud,51 maut serangan ketika solat
Posted by TerbaikLaH at 8:20 AM
Mayat ditemui sujud,51 maut serangan ketika solat | Kaherah: Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.Seorang saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.
Serangan mengejut
“Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.”Saya sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.
“Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Ada yang cuba membantu mangsa cedera turut maut ditembak,” katanya.Katanya, serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut.
"Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah,” katanya.Saksi lain, Dr Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan pengkhianatan tentera terhadap rakyat Mesir.
Mayat ditemui sujud
Menurutnya, ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.
"Kekejaman tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman tentera Zionis pada rakyat Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir) kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan presiden Hosni Mubarak pada 2011.Katanya penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.
“Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera Khamis lalu. Sesungguhnya darah mangsa yang mengalir ini akan menjadi laknat kepada mereka (tentera),” katanya.Katanya, jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.Sementara itu tinjauan mendapati beberapa jalan utama menuju ke Dataran Raba'ah Al Adawiyah, di sini, ditutup oleh beratus anggota tentera menggunakan kenderaan perisai.BH