Mayat ditemui sujud,51 maut serangan ketika solat | Kaherah: Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.Seorang saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.
Serangan mengejut
“Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.”Saya sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.
“Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Ada yang cuba membantu mangsa cedera turut maut ditembak,” katanya.Katanya, serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut.
"Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah,” katanya.Saksi lain, Dr Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan pengkhianatan tentera terhadap rakyat Mesir.
Mayat ditemui sujud
Menurutnya, ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.
"Kekejaman tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman tentera Zionis pada rakyat Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir) kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan presiden Hosni Mubarak pada 2011.Katanya penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.
“Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera Khamis lalu. Sesungguhnya darah mangsa yang mengalir ini akan menjadi laknat kepada mereka (tentera),” katanya.Katanya, jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.Sementara itu tinjauan mendapati beberapa jalan utama menuju ke Dataran Raba'ah Al Adawiyah, di sini, ditutup oleh beratus anggota tentera menggunakan kenderaan perisai.BH
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment