Aksi Seorang Chef Menggoreng Dengan Mengunakan Tangannya. (Gambar & Video)

on Tuesday, July 9, 2013



Nama seorang chef daripada Thailand dimasukkan ke dalam Guinness Book World Record. Ini kerana, ia berjaya menggoreng 20 potong ayam dalam kuali yang diisi minyak goreng sepanas 480 darjah Celcius dalam masa seminit dengan tangan kosong.


Kann Trichan (50) mempertunjukkan kebolehannya dengan menggoreng beberapa potong ayam tanpa alat pengaduk atau sudu. Dalam kuali yang telah dipenuhi minyak goreng mendidih, Trichan mulai memasukkan beberapa potongan ayam. Tak berapa lama, tangannya mulai membolak balikkan potongan ayam itu tanpa terluka sedikitpun.


Setelah masak, ia mengambil potongan ayam tersebut juga dengan tangannya. Akhirnya, dalam masa seminit, ia telah menggoreng sebanyak 20 potong ayam.

Trichan yang berasal Chiang Mai, Thailand ini menyedari kemampuannya menggoreng dengan tangan kosong 7 tahun lalu. Waktu itu seekor tupai menjatuhkan sebuah tomato yang terjatuh ke dalam periuk yang dipenuhi minyak goreng mendidih.



Namun, percikan dari minyak goreng yang mengenai wajah, leher, dan badannya itu sama sekali tidak melepuhkan kulitnya. "Setelah kejadian itu saya melihat dicermin untuk memastikan apakah ada yang lebam atau melepuh. Tapi, ternyata tidak ada," ujar Trichan.

Dia menambah, ketika tangannya masuk ke dalam kuali berisikan minyak goreng yang mendidih ia juga merasakan panasnya. Kedai Trichan dekat Chiang Mai Technical College, 470 batu utara Bangkok kini mulai laris sebab sambil menjual, ia juga mempamerkan kebolehannya.......... ada sesiapa nak cubake?.


Sumber 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment