Jenis Makanan yang Mengatasi Masalah Perut Buncit

on Thursday, July 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Coklat Gelap

Siapa yang tidak menyukai coklat gelap ( dark chocolate )? Lebih lebih lagi kini kita mengetahui ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit. Coklat gelap mengandungi egen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak. Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.

contoh dark chocolate ^^

Mentega Kacang 

Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan spt 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan. Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang ? Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang spt badam dan walnut ketika bersarapan.

Bijirin Oat

Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati hati dengan cara memasaknya. Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

Kayu Manis

Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

Cili Merah

Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin. Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

Teh Hijau

Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak dalam perut.

Sayur Sayuran

Sayur sayuran hijau seperti brokoli dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

Telur

Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6,B12,A,D,E dan K , folat, kalsium,zat besi dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.

Hukum Mandi Wajib Dalam Keadaan Telanjang



Hukum tanpa seurat benang di badan ni, kita perlu paham dulu tentang aurat. Kita jelaskan semula aurat-aurat ni, bila kata aurat, anggota yang wajib kita tutup daripada siapa, benda ni kita patut belajar.


Yang pertama tutup aurat tu bukan dari Allah, kerana Allah sentiasa melihat, dan bukan daripada Malaikat, sebab kalau kita kena tutup dari malaikat macam mana kite nak mandi, malaikat ada di kedua-dua bahu kita, bagaimana nak bersetubuh? tidak wajib tutup daripada Allah, tidak wajib tutup daripada Malaikat, tidak waijib tutup daripada haiwan.
Kena tutup daripada orang sahaja, orang mana, orang yang haram lihat, orang yang tak haram lihat tak pe, siapa yang tak haram lihat aurat kita, isteri kita kerana tiada aurat antara suami isteri. Aurat wajib tutup dari orang yang haram lihat.
Sekarang ni kalau kita masuk bilik air tanpa seurat benang ada isteri kita, tidak mengapalah kerana isteri kita.
Tiada masalah mandi wajib tanpa seurat benang selagi tiada orang yang haram melihat. sumber

Suami Maki Isteri di Facebook Kerana Bertudung


Macam-macam hal yang dapat kita lihat dan baca di Facebook. Kali ini perihal lelaki yang tak suka isteri bertudung.
Sepatutnya dia bersyukur kerana isterinya nak bertudung kerana tak perlu disuruh-suruh untuk bertudung, juga merupakan satu rahmat besar kerana isteri berubah sedemikian. Paling tidak sokongan dari suami diperlukan dan bukannya cacian dan makian yang diperlukan. Apatah lagi makian itu disiarkan pula di Facebook untuk tatapan umum.
Cuma hanya satu pesanan, tak perlulah isteri tersebut upload gambarnya di Facebook, biarlah si dayus itu meroyan sendiri!! sumber

Subhanallah! Lelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat


Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.
Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.
Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu
” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?
Lelaki Amerika itu menjawab
” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”
Sheikh itu berkata
” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”
Lelaki itu menjawab
” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”
Sheikh itu berkata lagi
Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”
Lelaki Amerika itu menjawab
” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”
Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah
” Rapatkan Saf… “
Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.
Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH
I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger
Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini… sumber

Pelakon Drama Di Cekup Tak Puasa di Puchong

Pelakon Drama Di Cekup Tak Puasa di Puchong | Nampaknya kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, semalam.
Pelakon Drama Di Cekup Tak Puasa di Puchong

Pelakon drama yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Menurut info, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. sumber


Budak Hampir Jatuh Main Permainan Di Genting Highlands

Budak hampir jatuh main salah sebuah permainan di Genting Highlands. Menerusi perkongsian dilaman sosial, video yang  berdurasi 59 saat memaparkan adegan cemas seorang kanak-kanak hampir terlepas dari tempat duduk permainan tersebut. Apapun, mujurlah tiada kecederaan berlaku memandangkan ianya adalah permainan Space Shot untuk kanak-kanak dan jarak ketinggian pun tidak begitu tinggi. Bayangkan apa akan terjadi kalau kanak-kanak tersebut bermain di Space Shot untuk orang dewasa? Ingatlah, di taman permainan hiburan terutamanya macam-macam boleh berlaku diluar dugaan kita.

budak


Video Budak Hampir Jatuh Di Genting Highlands



sumber


Zaryl Hakiem Part 3


Zaryl Hakiem Part 3 | Terkedu seketika Shima dan Anis."Err,tak ada apa-apa cikgu."jawab Shima yang lebih berani daripada Anis."Jika tiada apa-apa,tolong berikan tumpuan ketika pelajar baru memperkenalkan diri."tegas arahan yang diberikan Cikgu Fatimah.Shima dan Anis hanya menganggukkan kepala.

"Saya anak ketiga daripada enam adik-beradik.Ayah saya jurutera Jabatan Kerja Raya dan mak saya pula suri rumah."Zaryl meneruskan kata-kata selepas Cikgu Fatimah habis bercakap.Zaryl terus berdiam diri.Tidak tahu apa lagi yang perlu diberitahu kepada kawan-kawan baru dan gurunya.

Sekadar hiasan

"Zaryl,ada apa-apa lagi yang nak diperkenalkan tentang diri kepada kawan-kawan semua?"tanya Cikgu Fatimah."Tak ada cikgu.Saya budak biasa saja dari kampung.Harap cikgu dan kawan-kawan dapat beri tunjuk ajar."balas Zaryl bersungguh-sungguh."Baiklah Zaryl,awak boleh duduk di meja kosong di belakang sana." Cikgu Fatimah menunjukkan arah kerusi dan meja yang kosong di sebelah Saiful,di belakang Zarul.

Zaryl mengangkat begnya ke meja yang telah disediakan.Sampai sahaja Zaryl di meja tersebut,Zaryl disambut dengan senyuman daripada Saiful.Tangan dihulur dan nama pun diperkenalkan."Saya Saiful Shahadan.Asal Tanjung Tualang."Sambil meletakkan beg di belakang kerusi,Zaryl membalas dengan senyuman.

Zarul berpusing ke belakang.Sambil menghulurkan tangan,Zarul memperkenalkan dirinya."Nama kita hampir-hampir sama la.Engkau Zaryl Hakiem,aku Zarul Hazieq."kata Zarul kepada Zaryl."Zarul Hazieq Muslim.Sila pandang depan.Nanti kenalkan diri tu.Tak lari ke mana Zaryl tu."tiba-tiba satu suara berbunyi dari arah belakang Zarul.

Bersambung..