Zaryl Hakiem Part 3 | Terkedu seketika Shima dan Anis."Err,tak ada apa-apa cikgu."jawab Shima yang lebih berani daripada Anis."Jika tiada apa-apa,tolong berikan tumpuan ketika pelajar baru memperkenalkan diri."tegas arahan yang diberikan Cikgu Fatimah.Shima dan Anis hanya menganggukkan kepala.
"Saya anak ketiga daripada enam adik-beradik.Ayah saya jurutera Jabatan Kerja Raya dan mak saya pula suri rumah."Zaryl meneruskan kata-kata selepas Cikgu Fatimah habis bercakap.Zaryl terus berdiam diri.Tidak tahu apa lagi yang perlu diberitahu kepada kawan-kawan baru dan gurunya.
Sekadar hiasan
Zaryl mengangkat begnya ke meja yang telah disediakan.Sampai sahaja Zaryl di meja tersebut,Zaryl disambut dengan senyuman daripada Saiful.Tangan dihulur dan nama pun diperkenalkan."Saya Saiful Shahadan.Asal Tanjung Tualang."Sambil meletakkan beg di belakang kerusi,Zaryl membalas dengan senyuman.
Zarul berpusing ke belakang.Sambil menghulurkan tangan,Zarul memperkenalkan dirinya."Nama kita hampir-hampir sama la.Engkau Zaryl Hakiem,aku Zarul Hazieq."kata Zarul kepada Zaryl."Zarul Hazieq Muslim.Sila pandang depan.Nanti kenalkan diri tu.Tak lari ke mana Zaryl tu."tiba-tiba satu suara berbunyi dari arah belakang Zarul.
Bersambung..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment