KETUA SYIAH TERIMA ANCAMAN BUNUH BUAT LAPORAN POLIS!

on Thursday, August 1, 2013



KETUA SYIAH BUAT LAPORAN POLIS TERIMA ANCAMAN BUNUH | PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.



Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna

KEMALANGAN NGERI MENYAKSIKAN TEMAN LELAKI TIDAK BERGERAK!



KEMALANGAN NGERI MENYAKSIKAN LIMA MAYAT DI SISI | Johor Bahru: “Sejurus tersedar, saya lihat teman lelaki dan empat rakan lain tidak bergerak. Saya sendiri tak boleh berbuat apa-apa kerana tersepit di dalam kereta.



“Saya hanya mampu menangis kesakitan dan sedih mengenangkan nasib mereka,” kata Nor Syarifah Hazwani Bardaidi.




NOR Syarifah Hazwani sebak menceritakan kejadian. Gambar bulat,

ISU ROGOL GADIS 14 TAHUN : 8 DITUDUH SUBAHAT



KES ROGOL REMAJA 14 TAHUN : 8 ORANG DITUDUH SUBAHAT | TEMERLOH - Lapan lelaki termasuk empat remaja di bawah umur dituduh di Mahkamah Sesyen Temerloh dan Mahkamah Majistret Maran semalam atas tuduhan bersubahat dan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.



Di Temerloh, lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan bersubahat

AR Badul Bimbang Untuk Berpoligami

                                                   
AR Badul

PETALING JAYA: Pelawak AR Badul mengakui ramai yang menganggap dia memiliki lebih daripada seorang isteri sedangkan dia tidak pernah mengamalkan hidup berpoligami.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 63, berkata, walaupun agama Islam membenarkan untuk berbuat demikian namun dia tidak sanggup menerima cara hidup berpoligami kerana risau sekiranya tidak dapat berlaku adil.

"Memang ramai yang anggap saya ini ada ramai isteri. Memang betul, saya ada lima orang isteri. Tetapi sudah menjadi bekas isteri sahaja. Saya berkahwin, kemudian berpisah dan berkahwin lain.

"Dan yang hanya ada kini ialah seorang wanita dalam hidup saya di mana kami baharu mendirikan rumah tangga pada dua tahun lalu.

"Mungkin kerana kekeliruan itu membuatkan saya dilabel lelaki yang mengamalkan hidup berpoligami," selorohnya.

Bagaimanapun tambah Badul, dia tidak kisah dengan tanggapan orang ramai kerana mengakui ia berpunca daripadanya yang tidak terlalu mendedahkan hal peribadinya kepada umum.

"Salah saya juga kerana tidak berkongsi hal peribadi saya, tetapi tidak mengapa, bukan salah mereka untuk menganggap saya begitu (berpoligami)," ujarnya.

Sementara itu, Badul memberitahu, dia kini mula beralih ke bidang produksi animasi pula sejak tawaran lakonannya semakin berkurangan.

Animasi yang dihasilkan itu diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu Makmur Megah Sdn Bhd.

"Sekarang ini saya sibuk dengan kerja-kerja produksi animasi. Alhamdulillah, beralih sedikit ke bidang ini memberi kepuasan yang berlain pula.

"Maklumlah tawaran lakonan dah semakin tidak ada. Jadi saya perlu memikirkan sesuatu untuk terus hidup dalam dunia seni ini," ujarnya.

Ditanya adakah dia kecewa dengan situasi industri seni yang semakin melupakannya, Badul berkata, dia akur dengan perkara tersebut kerana sudah lama bersiap sedia untuk kemungkinan itu.

"Dahulu saya selalu jadi hero, kemudian jadi bapa dan lama-lama hilang terus. Saya rasa itu satu perkara yang normal dalam industri seni kita.

"Bukan di negara ini sahaja, bahkan di Indonesia mengalami situasi yang sama lebih-lebih lagi terlalu ramai pendatang baharu yang ingin bergelar pelakon.

"Jadi rasanya, tidak perlulah untuk kita berasa kecewa kerana tidak dipanggil berlakon. Saya anggap ia adalah sebahagian proses kehidupan sebagai pelakon," tuturnya.
sumber : http://mstar.com.my/

Hujan Pelangi Baggio

Apabila disebut nama Baggio Damasutra, pasti terngiang-ngiang di telinga lagu yang popular sekitar tahun 90-an, ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Pelantun lagu tersebut yang sudah begitu lama menyepi, kini kembali dengan single terbaru ciptaan Awang BPR, ‘Hujan Pelangi’.

“Ramai peminat yang meminta saya menghasilkan lagu ala-ala tahun 90-an. Lagu ini ibarat lagu-lagu sekitar tahun tersebut tapi diberi nafas baru dan gaya nyanyian yang matang sesuai dengan usia saya sekarang. Saya harap lagu ‘Hujan Pelangi’ ini akan menjadi satu fenomena dan diterima baik oleh peminat yang sudah lama menanti kemunculan semula saya,” kata Baggio.

Menganggap kemunculannya di malam berprestij Anugerah Bintang Popular BH 2012 memberi kesan yang sangat besar dalam kerjaya seninya, Baggio ingin terus mengorak langkah sebagai anak seni dan berharap tahun 2013 dapat memberi sinar dalam kerjayanya.

“Saya ingin teruskan dalam bidang nyanyian kerana saya percaya itu merupakan salah satu cara untuk saya mengekalkan jenama ‘Baggio’ itu sendiri. Lagipun, ramai peminat yang meminta saya untuk kembali aktif dalam industri ini,” kata Baggio yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan barang kemas yang diberi nama ‘Baggio Jewelery’.

Walaupun namanya agak suram sejak kebelakangan ini, namun Baggio sebenarnya sibuk mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup dan menguruskan peniagaannya.

“Saya baru nak bertatih dalam bidang perniagaan. Bagi saya kalau nak berniaga, mesti letak komitmen yang tinggi, jujur dan tulus. Tapi pada masa yang sama, menyanyi juga penting untuk saya,” jelas Baggio.
sumber : http://www.gua.com.my/

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

 
 Wajah Suspek

Setelah dua hari kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, pihak polis telah mengenalpasti identiti Pembunuh Upahan melalui rakaman CCTV berhampiran Lorong Ceylon Kuil Kuan Yin. Lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur.

Semasa kejadian Najadi sedang berjalan ke kereta bersama dengan isterinya selepas berunding mengenai perjanjian harta tanah di sebuah kuil. Seorang lelaki datang tiba-tiba datang dari belakang dan menembak beliau. Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah teksi.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Motif pembunuhan itu adalah dendam dan dipercayai berkaitan dengan pembelian harta tanah, yang dilakukan oleh mangsa.

p/s: tengok muka suspek, macam relax je..tak sangka ada misi besar.


Sumber

BAYI MALANG DITEMUI DALAM BAKUL!



BAYI DITINGGALKAN DALAM BAKUL | JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu, ditemui ditinggalkan dalam bakul yang diletakkan hadapan rumah seorang lelaki di Jalan Camar, Taman Perling, di sini, pagi semalam.



Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi oleh Lee Nyang Puang, 59, yang terjaga dari tidur selepas terdengar pintu rumahnya diketuk beberapa kali sebelum melaporkan