Hujan Pelangi Baggio

on Thursday, August 1, 2013

Apabila disebut nama Baggio Damasutra, pasti terngiang-ngiang di telinga lagu yang popular sekitar tahun 90-an, ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Pelantun lagu tersebut yang sudah begitu lama menyepi, kini kembali dengan single terbaru ciptaan Awang BPR, ‘Hujan Pelangi’.

“Ramai peminat yang meminta saya menghasilkan lagu ala-ala tahun 90-an. Lagu ini ibarat lagu-lagu sekitar tahun tersebut tapi diberi nafas baru dan gaya nyanyian yang matang sesuai dengan usia saya sekarang. Saya harap lagu ‘Hujan Pelangi’ ini akan menjadi satu fenomena dan diterima baik oleh peminat yang sudah lama menanti kemunculan semula saya,” kata Baggio.

Menganggap kemunculannya di malam berprestij Anugerah Bintang Popular BH 2012 memberi kesan yang sangat besar dalam kerjaya seninya, Baggio ingin terus mengorak langkah sebagai anak seni dan berharap tahun 2013 dapat memberi sinar dalam kerjayanya.

“Saya ingin teruskan dalam bidang nyanyian kerana saya percaya itu merupakan salah satu cara untuk saya mengekalkan jenama ‘Baggio’ itu sendiri. Lagipun, ramai peminat yang meminta saya untuk kembali aktif dalam industri ini,” kata Baggio yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan barang kemas yang diberi nama ‘Baggio Jewelery’.

Walaupun namanya agak suram sejak kebelakangan ini, namun Baggio sebenarnya sibuk mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup dan menguruskan peniagaannya.

“Saya baru nak bertatih dalam bidang perniagaan. Bagi saya kalau nak berniaga, mesti letak komitmen yang tinggi, jujur dan tulus. Tapi pada masa yang sama, menyanyi juga penting untuk saya,” jelas Baggio.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment