Johan As`ari Rancang Bertunang Hujung Tahun Ini

on Thursday, August 1, 2013

Johan As`ari Rancang Bertunang Hujung Tahun Ini

Aktor berbakat besar, Johan As'ari akui yang dia ketika ini masih `single` namun tidak menafikan yang dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang gadis.

Malah bintang drama Karlos ini berkata jika semuanya berjalan dengan lancar mungkin akan mengikat tali pertunangan dengan gadis tersebut padaa penghujung tahun ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, Johan memberitahu jika jodohnya sudah tertulis bersama gadis itu, dia mahu segera mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan.

"Sebenarnya saya masih lagi 'single' dan pada masa yang sama saya sedang mengenali hati budi seseorang. Bagi saya jodoh itu rahsia tuhan dan saya hanya berserah. Kalau dia pilihan yang tepat, saya akan buktikan perasaan cinta itu melalui ikatan pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga. Itu adalah sasaran saya," jelasnya kepada Sinar Harian.
sumber : http://www.murai.com.my/

10 blogger wanita tercantik didunia




NO.1. The “Gaming First Beauty”, Xin Zhang
- jumlah carian: 5,730,000
- hits blog: 25,675,111.


NO.2. Shu Yao Yao Guo
- jumlah carian: 5,540,000.



NO.3. Diao Chan
- jumlah carian: 2,710,000
- hits blog: 8,697,587


NO.4. Juliet Lin Ke Tong
- jumlah carian: 889,000
- hits blog: 29,661,125


NO.5. Elly Tran
- jumlah carian: 454,000


NO.6. Liu Yu Qi
- jumlah carian: 452,000
- hits Blog: 6,521,818


NO.7. Ding Beili
- jumlah carian: 297,000
- hits blog : 5,295,834


NO.8. Sun Ting
- jumlah carian : 179,000


No.9. Kon Yan Song Sisters
- jumlah carian: 171,000
- hits blog: 3,708,220
- net index: 699,211


NO.10. Deng Fine
- jumlah carian: 46,800
- hits Blog : 338,130

Gambar Anak Jimmy Shanley Yang Comel


 

Gambar Anak Jimmy Shanley Yang Comel | Comel betul anak jimmy nie kan putih mcm bapak dye dah =). Disini kami selitkan beberapa gambar yang sempat dikongsi oleh Jimmy Shanley. 

Dah besar dah anak Jimmy Shanley ni, Zahrah Rania Shanley yang berusia dua tahun lebih. Walaupun Jimmy dan Suhaila telah berpisah selama 8 bulan, namun kasih sayang Jimmy kepada anaknya itu tidak pernah pudar bahkan semakin hari semakin sayang gitue. 

Tapi tidak dipastikan Zahrah kini dalam penjagaan Jimmy atau Suhaila, rasanya Suhaila. -Twitter MrJimmyShanley

Norish Karman Tidak Sunyi Beraya Tanpa Anak

Norish memberi laluan kepada bekas suaminya untuk menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.


 Pelakon Norish Karman enggan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya kerana ingin memberi laluan kepada bekas suami menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.

Norish, 39, berkata, dia tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu kerana mahu merapatkan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka.

"Anak-anak semua tinggal dengan saya dan kami berjumpa hari-hari. Jadi apa salahnya hari raya mereka meluangkan masa bersama bapa mereka.

"Saya tidak pernah memutuskan hubungan mereka kerana itu adalah bapa mereka dan mahu mereka rapat dengannya," katanya kepada mStar Online.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 63, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.

Norish juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun. Bagaimanapun identiti mengenai latar belakang anak itu dirahsiakan.

Sementara itu, Norish berkata, dia tidak berasa sunyi apabila terpaksa menyambut Syawal seorang diri kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Malah kata Norish, dia juga sentiasa sibuk kerana perlu menyiapkan tempahan lauk-pauk untuk pelanggan yang memintanya untuk memasak hidangan untuk mereka.

"Sudah setahun saya menjalankan perniagaan katering @KA Catering Hamper & Cookies dan Aidilfitri kali ini jadual saya sudah penuh dengan tempahan untuk majlis rumah terbuka," jelasnya.

Malah untuk perancangan masa depan, Norish ada menyimpan hasrat mahu mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran.

"Insya-Allah jika diberikan rezeki lebih saya mahu membuka sebuah restoran berkonsepkan 1Malaysia kerana saya boleh masak masakan Melayu, Cina dan India. Saya juga boleh sediakan masakan barat, Jepun dan Thailand," ujarnya.
sumber : http://mstar.com.my/

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal  




JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

“Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.“Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat,” katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Sumber

GAMBAR SUSPEK KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK!






GAMBAR SUSPEK PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK | Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.



Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan

SUAMI DURJANA ROGOL GADIS LEMBAM DEPAN ISTERI!



SUAMI DURJANA PERKOSA GADIS LEMBAM DEPAN ISTERI | Banting: Seorang lelaki tergamak merogol gadis lembam berusia 19 tahun di depan isterinya dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata suspek berusia 24 tahun itu adalah adik angkat ibu mangsa dan dikatakan kerap mengunjungi