Johan As`ari Rancang Bertunang Hujung Tahun Ini

on Thursday, August 1, 2013

Johan As`ari Rancang Bertunang Hujung Tahun Ini

Aktor berbakat besar, Johan As'ari akui yang dia ketika ini masih `single` namun tidak menafikan yang dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang gadis.

Malah bintang drama Karlos ini berkata jika semuanya berjalan dengan lancar mungkin akan mengikat tali pertunangan dengan gadis tersebut padaa penghujung tahun ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, Johan memberitahu jika jodohnya sudah tertulis bersama gadis itu, dia mahu segera mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan.

"Sebenarnya saya masih lagi 'single' dan pada masa yang sama saya sedang mengenali hati budi seseorang. Bagi saya jodoh itu rahsia tuhan dan saya hanya berserah. Kalau dia pilihan yang tepat, saya akan buktikan perasaan cinta itu melalui ikatan pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga. Itu adalah sasaran saya," jelasnya kepada Sinar Harian.
sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment