Norish Karman Tidak Sunyi Beraya Tanpa Anak

on Thursday, August 1, 2013

Norish memberi laluan kepada bekas suaminya untuk menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.


 Pelakon Norish Karman enggan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya kerana ingin memberi laluan kepada bekas suami menyambut perayaan berkenaan bersama mereka.

Norish, 39, berkata, dia tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu kerana mahu merapatkan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka.

"Anak-anak semua tinggal dengan saya dan kami berjumpa hari-hari. Jadi apa salahnya hari raya mereka meluangkan masa bersama bapa mereka.

"Saya tidak pernah memutuskan hubungan mereka kerana itu adalah bapa mereka dan mahu mereka rapat dengannya," katanya kepada mStar Online.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 63, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.

Norish juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun. Bagaimanapun identiti mengenai latar belakang anak itu dirahsiakan.

Sementara itu, Norish berkata, dia tidak berasa sunyi apabila terpaksa menyambut Syawal seorang diri kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Malah kata Norish, dia juga sentiasa sibuk kerana perlu menyiapkan tempahan lauk-pauk untuk pelanggan yang memintanya untuk memasak hidangan untuk mereka.

"Sudah setahun saya menjalankan perniagaan katering @KA Catering Hamper & Cookies dan Aidilfitri kali ini jadual saya sudah penuh dengan tempahan untuk majlis rumah terbuka," jelasnya.

Malah untuk perancangan masa depan, Norish ada menyimpan hasrat mahu mengembangkan perniagaannya dengan membuka restoran.

"Insya-Allah jika diberikan rezeki lebih saya mahu membuka sebuah restoran berkonsepkan 1Malaysia kerana saya boleh masak masakan Melayu, Cina dan India. Saya juga boleh sediakan masakan barat, Jepun dan Thailand," ujarnya.
sumber : http://mstar.com.my/

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

PANAS!!'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal  




JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

“Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.“Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat,” katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Sumber

GAMBAR SUSPEK KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK!






GAMBAR SUSPEK PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK | Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.



Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan

SUAMI DURJANA ROGOL GADIS LEMBAM DEPAN ISTERI!



SUAMI DURJANA PERKOSA GADIS LEMBAM DEPAN ISTERI | Banting: Seorang lelaki tergamak merogol gadis lembam berusia 19 tahun di depan isterinya dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata suspek berusia 24 tahun itu adalah adik angkat ibu mangsa dan dikatakan kerap mengunjungi

Ac Mizal Dan Keluarga Sambut Raya di Hong Kong

Seringkali setiap Aidilfitri, pengacara popular Datuk AC Mizal, 42, bersama anak-anak dan isteri pulang beraya di kampung halaman. Memilih untuk beraya di kampung isterinya, pelakon Emylia Rosnaida, di Ipoh Perak dahulu kemudian mereka akan pulang ke Kulai, Johor. Tetapi tahun ini kata AC, beliau mahu bertukar angin dengan membawa anak dan isterinya beraya di luar negara.


"Tak pernah rasa raya di perantauan. Kami tak pernah merasa raya di luar negara. Jadi saya cadang nak bawa mereka beraya di luar negara. Allhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang. Sebetulnya pada hari raya ke lima saya ada urusan perniagaan di Jakarta. Selepas tu saya akan ke Hong Kong. Saya diberitaka Mface berjaya menembusi bursa saham Hong Kong.

"Alang-alang ke sana, saya bawa sekali keluarga dan kami ambil peluang bercuti sekali dengan beraya lah di sana. Saya akan berada di Hong Kong selama lima hari", katanya yang juga pengasas laman sosial Mface ini, ketika ditemui baru-baru ini.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.

Dalam pada itu AC menambah, raya kali bajetnya semakin besar terutama apabila diturutkan kerenah anak-anak yang sudah punya citarasa tersendiri. Malah seperkara yang mencuit hati AC, anak perempuan bongsunya menyuarakan hasrat mahu membuat tempahan baju raya dengan pereka fesyen terkenal.

"Anak-anak semakin besar, bajet pun besar lah, kan. Masing-masing dah pandai membeli belah. Jadi masing-masing ada pilihan sendiri. Anak perempuan saya siap minta nak tempah baju dengan designer", katanya sambil tergelak kecil.

AC Mizal telah berkahwin dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan mereka mempunyai dua orang anak, Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.

Terdahulu AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Shafiq, Faith, 17, and Muhammad Shabil Faith, 14.
sumber :http://kezoom.blogspot.com/ 

ISU VIDEO HINA ISLAM 1 HARI DI HARI RAYA : CHETZ YUSOF DIPINDAHKAN KE IPD SEGAMAT UNTUK SIASATAN






WANITA BUAT VIDEO KONTROVERSI DIPINDAHKAN KE IPD SEGAMAT UNTUK SIASATAN | Kuala Lumpur, 1 Ogos - Maznah Mohd Yusof, wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing, telah dipindahkan dari Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, untuk siasatan lanjut berhubung kes itu. 






Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata laporan pertama

NORA DANISH BIDAS TANGGAPAN NEGATIF PEMINAT TERHADAP NADEEM!






NORA DANISH ULAS TANGGAPAN NEGATIF PEMINAT TERHADAP NADEEM | Sebelum ini pelakon comel, Nora Danish pernah dikaitkan bercinta dengan seorang anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Nadeem, akan tetapi pelakon tersebut telah menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.



Namun begitu pelakon genit ini pernah akui bahawa dia tidak akan menolak