Ac Mizal Dan Keluarga Sambut Raya di Hong Kong

on Thursday, August 1, 2013

Seringkali setiap Aidilfitri, pengacara popular Datuk AC Mizal, 42, bersama anak-anak dan isteri pulang beraya di kampung halaman. Memilih untuk beraya di kampung isterinya, pelakon Emylia Rosnaida, di Ipoh Perak dahulu kemudian mereka akan pulang ke Kulai, Johor. Tetapi tahun ini kata AC, beliau mahu bertukar angin dengan membawa anak dan isterinya beraya di luar negara.


"Tak pernah rasa raya di perantauan. Kami tak pernah merasa raya di luar negara. Jadi saya cadang nak bawa mereka beraya di luar negara. Allhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang. Sebetulnya pada hari raya ke lima saya ada urusan perniagaan di Jakarta. Selepas tu saya akan ke Hong Kong. Saya diberitaka Mface berjaya menembusi bursa saham Hong Kong.

"Alang-alang ke sana, saya bawa sekali keluarga dan kami ambil peluang bercuti sekali dengan beraya lah di sana. Saya akan berada di Hong Kong selama lima hari", katanya yang juga pengasas laman sosial Mface ini, ketika ditemui baru-baru ini.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.

Dalam pada itu AC menambah, raya kali bajetnya semakin besar terutama apabila diturutkan kerenah anak-anak yang sudah punya citarasa tersendiri. Malah seperkara yang mencuit hati AC, anak perempuan bongsunya menyuarakan hasrat mahu membuat tempahan baju raya dengan pereka fesyen terkenal.

"Anak-anak semakin besar, bajet pun besar lah, kan. Masing-masing dah pandai membeli belah. Jadi masing-masing ada pilihan sendiri. Anak perempuan saya siap minta nak tempah baju dengan designer", katanya sambil tergelak kecil.

AC Mizal telah berkahwin dengan Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan mereka mempunyai dua orang anak, Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.

Terdahulu AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin dan bercerai pada 17 Oktober 2001. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Shafiq, Faith, 17, and Muhammad Shabil Faith, 14.
sumber :http://kezoom.blogspot.com/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment