TANDAS PALING UNIK DI SANDAKAN

on Friday, August 2, 2013

Tandas yang terletak di Sandakan ini mempunyai senarai harga yang entahpape.


(6 GAMBAR)Keluarga Bahagia Along Cham

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik sudah hampir 1 tahun 8 bulan usia anak sulung Along Cham (Raja Lawak) dan Zila AF4. Diberi nama Ahmad Danial, kehadiran si comel ini ternyata melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga. Memang terserlah kebahagiaan.

along cham

Mereka bertiga telah hadir ketika pra tonton filem terbaru lakonan Along iaitu Adnan Sempit 3. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan memurahkan lagi rezeki Along sekeluarga. 5 lagi gambar terbaru mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

along cham
along cham
along cham
along cham
along cham

Foto : Abby Abadi Mula Edar Kad Undangan Persandingan

Screen Shot 2013-08-01 at 6.33.44 PM

Sejak mengumumkan pernikahannya dengan seorang jejaka muda awal Ramadhan lalu, nampaknya Abby Abadi semakin senang dan terbuka untuk berkongsi foto-foto bahagia keluarganya bersama peminat menerusi laman Instagram.

Terbaru, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang mengedar kad undangan persandingan dan melalui foto tersebut, Abby telah menulis caption berbunyi :

Screen Shot 2013-08-01 at 3.06.15 PM

Keluarga Abby Abadi 5
Abby & Farhan sedang mengedar kad persandingan mereka

Dalam pada itu, jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh Abby, nampaknya bukan dia sahaja yang merasa bahagia sejak kehadiran Farhan dalam hidupnya, malah anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu.

Melihatkan keletah anak bongsunya itu,  Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya yang berbunyi:
Screen Shot 2013-08-01 at 4.14.35 PM
Selain berkongsi foto-foto bahagianya bersama Farhan, Abby juga tidak lokek untuk berkongsi video-video romantisnya bersama suami tercinta.

Lihat saja pada senyuman yang tidak pernah lekang dibibir Abby, itu sudah cukup menunjukkan bahawa dia sememangnya sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu. Baguslah. OHBULAN! turut doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi oleh Abby akan terus berkekalan selama-lamanya.
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser

image

Siapa yang tak sedih apabila orang disayangi pergi meninggalkan kita beberapa hari sebelum Hari Raya. Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh Arja Lee selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi tadi.

Ibu Arja, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit sejak 13 tahun lalu telah disahkan meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.

Pelakon yang popular menerusi drama Misiku Kuza itu menyatakan arwah ibunya adalah orang yang banyak memberikan semangat melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni dan semestinya pemergian allahyarhamah amat dirasai.

Sementara itu, Media Hiburan melaporkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat hari ini selepas disembahyangkan di surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras.

Untuk pengetahuan anda, ibu Arja telah dimasukkan ke hospital sejak awal Julai lalu dan Arja sendiri pernah menyatakan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas melihat keadaan ibunya semakin tenat.

Takziah diucapkan dan harapnya Arja serta seluruh ahli keluarga tabah menerima dugaan di bulan Ramadhan ini.

Rohana Jalil Respon Kontroversi Gambar Kilafairy


Sejak akhir-akhir ini nama penyanyi dan pelakon berbibir seksi, Kilafairy sering dikaitkan dengan isu kontroversi, sama ada melalui video mahupun gambar-gambar yang dimuat naik olehnya menerusi akaun laman sosial.

Justeru itu, sebagai seorang ibu dan penyanyi yang berpengalaman, Rohana Jalil telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut, di mana menurut penyanyi era 80-an itu, dia menganggap isu berkenaan sebagai lumrah kehidupan sebagai anak seni.

Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.

Paling penting kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita.

Dalam pada itu, menurut laporan berlainan, pengurus Kilafairy yang dikenali sebagai Jepun, turut menyatakan bahawa pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi berkenaan.

Saya bagi pihak Kilafairy merasakan tidak perlu untuk menjawab perihal video atau gambar kerana mulut orang memang kita tidak boleh tutup. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang mengata. Jadi baik Kila diamkan sahaja.

Sebagai seorang pengurus, Jepun turut menyatakan bahawa, tiada guna untuk pihaknya memberikan sebarang kenyataan lanjut, ini kerana Kilafairy telah mendapat pelbagai kritikan daripada peminat dan pihaknya mengambil keputusan untuk lebih selesa mendiamkan diri, berbanding membidas segala tanggapan negatif masyarakat terhadap penyanyi berkenaan
sumber : http://www.ohbulan.com/

Artis Malaysia Yang Hot Kerana Bertudung

Berikut senarai top 20 artis wanita yang berpenampilan bertudung paling cantik di Malaysia pada tahun 2013:
1. Diana Amir (Pelakon)
2. Siti Nurhaliza (Penyanyi)

3. Heliza Helmi (Penyanyi)
4. Farrah Adeeba (Pengacara/Model)
5. Wardina Safiyyah (Pelakon/Pengacara)
6. Nurul Syuhada Nurul Ain (Pengacara)
7. Yatt Hamzah (Pelakon/Model)
'
8. Norjuma Habib (Pengacara)
9. Natasha Hudson (Pelakon/Model)
10. Irma Hasmie (Pelakon/Pengacara)

Lagi kes hina Islam, Ucapan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing dengan tema takbir raya (Video)


Hari ini sekali lagi heboh laman sosial apabila satu video dimuatnaik dan disebarkan mengenai seorang lelaki yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan tema Takbir Raya bersama tiga ekor anjingnya. Mungkin tujuan asalnya mahu mempromosikan anti-racism namun tidak kena pada tempatnya.

Anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.

Antara komen didalam Facebook

Rata-rata komen mahukan si pembuat video tersebut dikenakan tindakan sama seperti yang diterima oleh pasangan kontroversi Alvin dan Vivian.

Namun, Admin telah membuat semakan laman blog lelaki berkenaan pada alamat http://www.cekap.org. Domain tersebut bukan lagi kepunyaan lelaki itu. Sebaliknya telah berpindah ke blog percuma di alamat http://anjingcekap.blogspot.com. Blog itu tidak lagi dikemaskini dan post terakhir ialah pada 4 Ogos 2010.

Artikel terakhir dalam blog cekap
Hasil pencarian google telah membawa admin ke akaun youtube lelaki bernama Chetzyusof. Video yang dikatakan menghina Islam itu sebenarnya telah diupload pada 6 September 2010 dengan tajuk "Iklan Raya 2010". Melihat kepada ruangan komen, memang ramai yang tidak berpuas hati dan dan tidak kurang juga yang mengutuk video tersebut. (Ruangan komen dan butang like/dislike telah di disabled kan oleh Chetzyusof)


Melalui info, Chetzyusof merupakan seorang Melayu beragama Islam. Dengan sedikit research, jika membaca post-post terbaru di Facebook Personalnya, Chetzyusuf memang amat obses dengan anjing.  Kini dia menjadi seorang pelatih anjing dan menawarkan khidmat latihan anjing di sekitar lembah Klang dengan mengikut tips-tips yang diberikan.

Mungkin kerana kurang pengetahuan dan keliru dengan Islam, dia bertindak menerbitkan video tersebut. Umat Islam tidak harus cepat melatah, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Lagipun video ini telah lama dimuatnaik, agak pelik pada 2010 tiada sebarang tindakan dikenakan jika lelaki ini terbukti bersalah.

Video


Sumber : FB

UPDATE

1) Who is Chetz Yusof



2) Informasi Chetz Yusof

Servis Latihan untuk anjing


Pekerjaan kini: Pelatih Anjing
Kerjaya: Engineer, Usahawan
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 38 Tahun
Agama: Islam

Laman FB Personal- https://www.facebook.com/chetzyusof
Laman Page Cekap - https://www.facebook.com/cekap
Website/Contact - http://chetztogom.com/legend/contact/


3) Chetz Yusof bukanlah seorang lelaki sebaliknya adalah seorang wanita. 
Female Magazine - August 2011
4) Chetz Yusof telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.