Sejak mengumumkan pernikahannya dengan seorang jejaka muda awal Ramadhan lalu, nampaknya Abby Abadi semakin senang dan terbuka untuk berkongsi foto-foto bahagia keluarganya bersama peminat menerusi laman Instagram.
Terbaru, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang mengedar kad undangan persandingan dan melalui foto tersebut, Abby telah menulis caption berbunyi :
Abby & Farhan sedang mengedar kad persandingan mereka
Dalam pada itu, jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh Abby, nampaknya bukan dia sahaja yang merasa bahagia sejak kehadiran Farhan dalam hidupnya, malah anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu.
Melihatkan keletah anak bongsunya itu, Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya yang berbunyi:
Selain berkongsi foto-foto bahagianya bersama Farhan, Abby juga tidak lokek untuk berkongsi video-video romantisnya bersama suami tercinta.
Lihat saja pada senyuman yang tidak pernah lekang dibibir Abby, itu sudah cukup menunjukkan bahawa dia sememangnya sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu. Baguslah. OHBULAN! turut doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi oleh Abby akan terus berkekalan selama-lamanya.
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment