Kesan Yang Sangat Megerikan Bagi Dadah Jenis Baru Di Rusia

on Friday, August 2, 2013

Sebuah jenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.

Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.










Kejutan! Klip Video Adele Mula Diedarkan di Internet



Salam sejahtera... Adele kini berada di puncak tertinggi kerjayanya selepas menggondol enam anugerah dalam Anugerah Grammy kini dipalit kontroversi terbesar dalam hidupnya. 


Ini berikutan gambar dan video lucah beliau (Adele) telah tersebar. Gambar dan video berkenaan dikatakan telah diedarkan oleh teman lelakinya untuk membalas dendam terhadap Adele. 

Namun begitu Adele menafikan yang beliau adalah individu di dalam gambar dan video tersebut.


Aweera Bankrap Muflis Tidak Bayar Hutang

Aweera MOJO telah diisytiharkan bankrap muflis kerana tidak bayar hutang bank! 
Aweera vokalis kumpulan MOJO ini pernah popular dengan lagu 'Andai Ku Bercinta Lagi' malah sebelum itu Aweera yang popular dalam program realiti merupakan peserta OIAM ketiga pada tahun 2009. 
Umur Aweera sekarang pada tahun 2013 baru 22 tahun sudah kena notis bankrap muflis, pinjaman apa yang dibuat sehingga Aweera tidak mampu bayar ya?

Notis Iklan Aweera MOJO Diisytihar Muflis Tidak Bayar Pinjaman Bank



Penyanyi yang berbakat Aweera atau nama sebenarnya (Gambar) Nasharul Aweera Bin NorHissham telah diisytiharkan muflis / bankrap sejak 11 Julai 2013. Jabatan Insolvensi Malaysia akan bermesyuarat mengenai hutang yang tidak dibayar oleh Aweera berkaitan dengan pinjaman sejumlah wang daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
sumber ; http://www.mohdrohaizad.com/



GEMPAR!!! Kadar Tol Istimewa Sempena Sambutan Hari Raya 2013


KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.


 Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.

 "Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam. - Kosmo

Gambar Death Road, jalan paling bahaya di dunia (14 gambar)


Jalan mengerikan ini bernama Death Road. Kenapa jalan ini di katakan jalan maut sebab sekurang-kurangnya dalam 1 tahun ada 200 - 300 nyawa melayang di jalan ini kerana terjatuh dalam gaung.

Death Road ini memang sangat berbahaya sebab jalan ini tepat berada di tepi jurang yang sangat dalam sekali, jika ada yang terjatuh ke jurang ini dipastikan akan mati.

Jalan ini Dibina pada tahun 1930 semasa Perang Chaco oleh tahanan Paraguay. Merupakan salah satu daripada beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan Amazon Bolivia Utara, atau Yungas menuju ibu negara.

Jalan yang penuh batu dan sering dilitupi kabus membuat jalan ini menjadi sangat sukar untuk di lalui, namun walaupun jalan ini berbahaya tetap ada kereta kereta yang meleintasi jalan berbahaya ini.





































Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.
KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Sinar Harian

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser



Siapa yang tak sedih apabila orang disayangi pergi meninggalkan kita beberapa hari sebelum Hari Raya. Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh Arja Lee selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi tadi.

Ibu Arja, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit sejak 13 tahun lalu telah disahkan meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.

Pelakon yang popular menerusi drama Misiku Kuza itu menyatakan arwah ibunya adalah orang yang banyak memberikan semangat melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni dan semestinya pemergian allahyarhamah amat dirasai.

Sementara itu, Media Hiburan melaporkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat hari ini selepas disembahyangkan di surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras.

Untuk pengetahuan anda, ibu Arja telah dimasukkan ke hospital sejak awal Julai lalu dan Arja sendiri pernah menyatakan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas melihat keadaan ibunya semakin tenat.

Takziah diucapkan dan harapnya Arja serta seluruh ahli keluarga tabah menerima dugaan di bulan Ramadhan ini.
sumber : http://www.ohbulan.com/