Ibu Arja Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser

on Friday, August 2, 2013



Siapa yang tak sedih apabila orang disayangi pergi meninggalkan kita beberapa hari sebelum Hari Raya. Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh Arja Lee selepas ibunya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi tadi.

Ibu Arja, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit sejak 13 tahun lalu telah disahkan meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang.

Pelakon yang popular menerusi drama Misiku Kuza itu menyatakan arwah ibunya adalah orang yang banyak memberikan semangat melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni dan semestinya pemergian allahyarhamah amat dirasai.

Sementara itu, Media Hiburan melaporkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat hari ini selepas disembahyangkan di surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras.

Untuk pengetahuan anda, ibu Arja telah dimasukkan ke hospital sejak awal Julai lalu dan Arja sendiri pernah menyatakan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas melihat keadaan ibunya semakin tenat.

Takziah diucapkan dan harapnya Arja serta seluruh ahli keluarga tabah menerima dugaan di bulan Ramadhan ini.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment