AWAS ~ Ayam Celup Arus Elektrik |

on Friday, August 2, 2013

 Seolah-olah makan bangkai. Itu dilakukan empat pusat penyembelihan ayam yang dikesan menggunakan arus elektrik berlebihan bagi mempercepatkan proses kematian ayam selepas disembelih sebelum dijual kepada orang ramai.

Lebih meloyakan, terdapat juga ayam yang sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan dan ia ternyata tidak memenuhi standard halal ditetapkan.

Kegiatan pengusaha pusat penyembelihan terbabit terbongkar dalam operasi mengejut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Cheras, Jinjang dan Chow Kit, awal pagi semalam. Ada juga pengusaha pusat itu meletakkan ayam yang siap diproses di atas lantai kotor tanpa pelapik.

Difahamkan, pusat penyembelihan ayam di Cheras dikesan mampu memproses kira-kira 20,000 ekor ayam sehari, Jinjang sebanyak 4,000 ekor dan Pasar Chow Kit sebanyak 2,000 ekor.

Operasi bermula jam 1 pagi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, dalam operasi mengejut ke atas empat premis itu mendapati kawasan penyembelihan dan jualan ayam tidak memenuhi kriteria kebersihan.

“Pemeriksaan turut mendapati mereka menggunakan arus elektrik yang kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

“Beberapa ayam turut ditemui sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan. Malah, mereka dikesan meletakkan ayam atas lantai yang kotor. Proses itu tidak memenuhi standard halal JAKIM,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat pusat penyembelihan berkenaan adalah untuk pasaran pengguna Islam, bagaimanapun premis berkenaan didapati tidak mempunyai sijil halal JAKIM.

“Malah, ada pusat penyembelihan yang mempunyai tiga tukang sembelih tapi hanya seorang yang bertauliah,” katanya. Beliau berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri itu bagi memastikan pengusaha pusat penyembelihan ayam mematuhi standard halal ditetapkan pihaknya.

Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Menurutnya, pengusaha pusat sembelihan yang tidak bertanggungjawab itu diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard dipatuhi dan pihaknya membuat pemantauan berterusan.

“Pemantauan akan terus dilakukan di beberapa pusat penyembelihan lain terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapati kelonggaran dari segi peraturan dan undang-undang sedia ada di peringkat pihak berkuasa berkaitan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyebabkan tiada kawalan boleh dilakukan ke atas tempat penyembelihan dan pasar awam.
Sumber : kezoom

GAMBAR EKSKLUSIF ALIF SATAR (PENGACARA IDOLA KECIL) DAN KELUARGA…OPEN FAMILY TAUUU!!!

alif satar
alif satar1
alif satar2
Nuffnang Ads
alif satar3
alif satar4
alif satar5
alif satar6

One Forteen Menang di World of Performing Art 2013 di Los Angeles

Rasanya tak terlewat lagi untuk Budiey ucapkan tahniah buat Rizu atau kini dikenali dengan nama One Forteen yang telah berjaya membawa pulang dua buah medal emas (dolf medal) di World of Performing Art 2013 yang telah berlangsung di Los Angeles awal Ramadan lalu.

Dengan menyampaikan tiga buah lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu di Pertandingan World Of Performing Art, Los Angeles telah memberi tuah apabila berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Good job!


Berbekalkan kecekalan dan cintanya terhadap dunia nyanyian, One yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Forteen itu mencabar diri untuk menghadiri uji bakat dan sama sekali tidak menyangka mampu menyumbang sesuatu untuk negara.

“Rendah diri dan takut adalah dua rasa yang berkecamuk pada awalnya, namun saya sematkan dalam hati yang saya perlu berjaya”

Tahniah Rizu. Jom ikuti temubual eksklusif Budiey bersama Rizu… eh.. One Forteen!
sumber : http://www.budiey.com/

Mila AF Tayang Gambar Rumah Baru

Tahniah kepada Mila Akademi Fantasia kerana sudah pun memiliki rumah kedua hasil titik peluhnya dalam industri seni tanah air.


Mila telah pun berkongsi gambar rumah barunya itu menerusi laman Instagramnya. Bagaimanapun rumah berkenaan masih belum siap dan menurut Mila, rumah keduanya ini dijangka akan siap pada tahun 2016 nanti.
Melalui gambar tersebut, boleh dilihat rumah terbaru Mila ini dilengkapi dengan kolam peribadi.
Sememangnya rumah penyanyi ini kelihatan sangat eksklusif dan rekaannya juga moden.
sumber : http://www.akupunyer.com/

Elly Mazlein Nafi Sudah Putus Tunang Dengan Azmi Hatta


Bermacam-macam cerita yang didengar mengenai Elly Mazlien. Ada kata pelakon cantik ini telah putus tunang dengan Azmi Hatta setelah lebih kurang dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu. Ada yang mengatakan kesibukan mereka di lokasi antara punca keretakan hubungan itu.

Ada juga yang meniupkan cerita mengatakan Elly Mazlien kuat cemburu dan membuatkan pengarah drama berusia 37 tahun itu tidak tahan dengan karenah tunangnya yang juga penyanyi itu. Ketiak ditemui, Elly Mazlein yang pernh popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu hanya memberikan jawapan sinis kepada andaian peminat mengenai statusnya kini.

Dia menyatakan bahawa hubungan mereka masih seperti biasa cuma dia masih belum menemukan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Elly Mazlien ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album sempena Aidilfitri oleh KRU Music di Hotel Peninsula, Damansara baru-baru ini.

"Kepada yang membuat andaian dan lebih tahu mengenai hal peribadi saya sekarang, saya hanya boleh cakap kepada mereka adalah 'anda boleh cuba lagi'. Apa sahaja hal peribadi saya kalau saya mahu kongsi, saya akan cerita. Tetapi kalau sekadar andaian dan bukan saya cakap sendiri, jawapannya adalah 'anda boleh cuba lagi'.

"Hubungan saya dan dia(tunang) masih seperti biasa. Kami berdua sibuk mencari duit dan masing-masing memahami kerjaya masing-masing. Semasa masih kuat saya mahu cari rezeki untuk masa hadapan saya, begitu juga dengan dia.

"Semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Insyallah, jika sudah ada masa yang sesuai dan kami sudah bersedia, saya akan beritahu anda-anda semua yang berada disini (media) untuk datang ke hari bahagia saya nanti.

"Maaflah kepada mereka yang membuat andaian dan sekadar meneka status saya kerana jawapan saya adalah 'anda boleh cuba lagi',"ucap Elly dalam nada sinis dan berjenaka ketika ditanyakan mengenai statusnya dengan pengarah drama itu setelah bertunang pada Mei 2011.
sumber : http://www.murai.com.my/

Keluarga Ini Memilih Untuk Tinggal Dalam Tandas Demi Anak Kesayangan

Nampaknya jurang ekonomi di China sangat ketara. Orang yang mempunyai wang yang banyak, sudah pasti mempunyai rumah mewah dan kehidupan yang sempurna. Namun, bagaimana dengan keluarga yang berpendapatan rendah?

Harga rumah sewa di beberapa wilayah di China sangat tinggi, sehingga banyak penduduknya yang memilih untuk tinggal di rumah sempit seperti yang berada di kota Wuhan.

Parahnya lagi, ada sebuah keluarga sederhana yang lebih memilih untuk menjadikan tandas awam sebagai rumahnya.

Mereka adalah keluarga Xiaoming. Liao Xiaoming (33) sebagai ketua keluarga hanya mempunyai pendapatan sebanyak 3,000 yuan.

Pasangan suami-isteri ini bekerja sebagai tukang cuci salah satu tandas awam di pinggir jalan yang sibuk di wilayah Guangdong, China. Dengan bekerja sebagai tukang cuci,mereka memilih untuk tinggal di toilet tersebut.

Alasan mereka menerima pekerjaan seperti itu ialah supaya mereka mereka dapat masuk ke sekolah negeri di Guangdong tanpa membayar yuran sekolah sementara.

Sebenarnya, mereka mempunyai rumah yang besar di kampung halamannya. Menurut pengakuan Liao Xiaoming, pendapatannya pun jauh lebih tinggi di desa, meskipun hanya dengan bercucuk tanam, berjual sayur, dan ternakan babi.

Akan tetapi, Liao Xiaoming dan isterinya tidak mahu anak kesayangan mereka membesar di desa terpencil, sehingga mereka berusaha bermati-matian untuk berpindah ke bandar besar seperti Guangdong, demi mencari kehidupan yang lebih baik, khususnya bagi pendidikan anak mereka.

Bagi si isteri, kebahagiaan tidaklah ditentukan oleh banyaknya wang yang dimiliki, melainkan ditentukan oleh keharmonian dan kebahagiaan keluarga.

Dengan suami yang sangat sayang pada dirinya dan anaknya, serta baik hati dan cerdas, itu sudah merupakan kebahagiaan bagi si isteri.

Berikut adalah foto-foto tempat tinggal mereka di dalam tandas awam.





sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Fathia, Aiman Rakan Niaga

Antara reka bentuk jam tangan hiasan swarovski jenama Thia yang dijual oleh Nur Fathia dan Aiman.

SEWAKTU berkunjung ke pejabat Hits baru-baru ini pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 26, dengan ramah mempersila rakan-rakan media untuk melihat jam tangan yang dijualnya.

"Menjual jam tangan pula, kenapa?," tanya Hits kepadanya yang ditemani oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, 24.Jelas Fathia, dia mengambil keputusan menjual jam tangan buatan sendiri bagi mengisi aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini kerana tidak sibuk dengan penggambaran.

Katanya, sebelum mengambil keputusan untuk menjual jam tangan wanita yang dihiasi dengan batu-batu swarovski, dia terlebih dahulu pernah memakai jam rekaan saudaranya itu.
Untuk produk yang diberi nama Thia dengan hiasan batu swarovski dari Austria itu, Fathia mengambil keputusan berkongsi perniagaan tersebut dengan rakan artis, Aiman Hakim.Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.

Dalam pada sibuk mendengar penjelasan Fathia tentang jam tangan Thia itu, Hits juga mengambil kesempatan bertanya kenapa Aiman yang dipilih sebagai rakan niaga.

Katanya, Aiman dipilih menjadi rakan kongsi kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak terlibat dalam drama bersiri Diandra yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Apabila saya usul hasrat untuk berniaga jam tangan kepada Aiman, dia bersetuju untuk terlibat sama kerana sememangnya kami sama-sama minat bidang perniagaan," jelasnya.

Sementara itu, Aiman pula menganggap kerjasamanya dengan Fathia adalah sebagai langkah permulaan untuk melangkah dalam bidang perniagaan.

"Saya bersetuju untuk menjadi rakan niaga kerana saya lihat dia bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Siapa tahu ini satu langkah permulaan dan mungkin di masa akan datang, kami bakal menghasilkan jam tangan untuk lelaki pula," kata pelakon kacak ini.
sumber : http://www.utusan.com.my/