Fathia, Aiman Rakan Niaga

on Friday, August 2, 2013

Antara reka bentuk jam tangan hiasan swarovski jenama Thia yang dijual oleh Nur Fathia dan Aiman.

SEWAKTU berkunjung ke pejabat Hits baru-baru ini pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 26, dengan ramah mempersila rakan-rakan media untuk melihat jam tangan yang dijualnya.

"Menjual jam tangan pula, kenapa?," tanya Hits kepadanya yang ditemani oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, 24.Jelas Fathia, dia mengambil keputusan menjual jam tangan buatan sendiri bagi mengisi aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini kerana tidak sibuk dengan penggambaran.

Katanya, sebelum mengambil keputusan untuk menjual jam tangan wanita yang dihiasi dengan batu-batu swarovski, dia terlebih dahulu pernah memakai jam rekaan saudaranya itu.
Untuk produk yang diberi nama Thia dengan hiasan batu swarovski dari Austria itu, Fathia mengambil keputusan berkongsi perniagaan tersebut dengan rakan artis, Aiman Hakim.Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.

Dalam pada sibuk mendengar penjelasan Fathia tentang jam tangan Thia itu, Hits juga mengambil kesempatan bertanya kenapa Aiman yang dipilih sebagai rakan niaga.

Katanya, Aiman dipilih menjadi rakan kongsi kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak terlibat dalam drama bersiri Diandra yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Apabila saya usul hasrat untuk berniaga jam tangan kepada Aiman, dia bersetuju untuk terlibat sama kerana sememangnya kami sama-sama minat bidang perniagaan," jelasnya.

Sementara itu, Aiman pula menganggap kerjasamanya dengan Fathia adalah sebagai langkah permulaan untuk melangkah dalam bidang perniagaan.

"Saya bersetuju untuk menjadi rakan niaga kerana saya lihat dia bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Siapa tahu ini satu langkah permulaan dan mungkin di masa akan datang, kami bakal menghasilkan jam tangan untuk lelaki pula," kata pelakon kacak ini.
sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment