Fizz Fairuz Belajar Dari Kesilapan

on Friday, August 2, 2013



Enggan pisang berbuah dua kali, pelakon Fizz Fairuz memberitahu dia menjadikan kegagalan kisah hubungan cintanya sebelum ini sebagai satu tauladan untuk lebih berhati-hati dalam mencari pasangan baru selepas ini.

Fizz sebelum ini pernah bercinta dengan aktres Almy Nadia, namun hubungan mereka putus di tengah jalan selepas lebih lima tahun menyulam cinta. Februari lalu, Fizz mencetuskan kontroversi apabila bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela, namun ikatan pertunangan mereka putus selepas mendapat tahu tunangnya itu merupakan isteri orang.

“Tidak dinafikan,apa bila sudah solo, ada juga wanita yang cuba dekati saya, termasuklah daripada golongan VIP. Namun saya lebih bataskan pergaulan dan tidak mahu terlalu rapat kerana saya belajar daripada kesilapan lalu dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Saya seorang yang memang cepat mesra dan mudah berkawan dengan orang. Jadi, ramai orang yang salah anggap dan ingat saya memberi harapan kepada mereka. Justeru itu, saya ambil pendekatan untuk membataskan pergaulan saya kerana tidak mahu meletakkan harapan pada mereka,” ujar Fizz yang mengakui selesa berkawan semula dengan bekas kekasihnya, Almy.

“Kami masih berhubung tapi jika dulu kami lebih rapat. Ssekarang apabila kawan sahaja, jadi ada jurang sikit. Setakat ini tidak ada apa-apa masalah antara kami kerana saya jenis seorang yang senang, hari ini putus, esok dah boleh bersembang. Kami borak seperti biasa, malah saya selesa bekerjasama dengan dia dalam program ‘Seiring Sejalan Raya’,” jelas Fizz lagi.

“Ibu saya sekarang tidak berapa sihat dan dia selalu juga bertanya bila saya nak kahwin. Dia ada juga suruh berbaik semula dengan Almy dan suruh kami bercinta semula, Wallahualam. Saya tak boleh nak bercakap tidak dan hanya boleh serahkan soal jodoh ini kepada Allah. Ibu pun ada juga cuba jodohkan saya dengan orang lain dan insyaAllah, jika ada rezeki, saya mahu berkahwin sama ada pada tahun ini ataupun tahun depan,” ujar Fizz yang akan beraya di Raub, Pahang.
sumber : http://www.gua.com.my/

Penyanyi One Direction Sertai Kelab Profesional Liga Satu Inggeris



Louis Tomlinson.

KELAB Divisyen Satu Liga Inggeris, Doncaster Rovers berjaya mendapatkan khidmat penyanyi kumpulan popular One Direction iaitu Louis Tomlinson sebagai pemain bukan kontrak untuk musim baharu yang akan bermula Sabtu ini.

Penyanyi berusia 21 tahun itu adalah anak kelahiran Doncaster tetapi tidak pernah bermain bola secara profesional melainkan pada hujung minggu sahaja.

Louis kini diberi jersi bernombor 28 untuk musim 2013-14. Dia bersetuju bermain untuk Doncaster sebagai sebahagian daripada kerja amal untuk hospital kanak-kanak Bluebell Wood Children's Hospice berhampiran Sheffield.

"Ini adalah saat yang sungguh gembira buat diri saya kerana sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk bermain mewakili kelab bandar kelahiran saya,” katanya kepada laman web rasmi kelab tersebut.

Louis Tomlinson sebelum ini memang pernah muncul mewakili kelab berkenaan dalam perlawanan amal bagi mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pada masa yang sama, penyanyi popular itu juga adalah pemegang tiket bermusim Doncaster Rovers.

Doncaster sememangnya mempunyai sejarah sedemikian. Sebelum ini pengerusi mereka, John Ryan, turut disenaraikan sebagai pemain bukan kontrak dengan memakai jersi bernombor 28.

Ryan mencatat sejarah sebagai pemain paling tua yang pernah disenaraikan sebagai pemain untuk sebuah kelab profesional di England, iaitu pada usia 52 tahun dan 11 bulan
sumber : http://mstar.com.my/

Maya Karin Menyokong Kempen Anti-Sampah


Penyanyi dan pelakon terkenal, Maya Karin adalah Selebriti yang menyokong satu kempen yang diadakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu (KeTTHA) danMalaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) iaitu kempen anti-sampah di kawasan awam baru-baru ini. Sebanyak 15,000 beg sampah boleh diguna semula telah diedarkan di kawasan Damansara, Sg Buloh dan pondok tol Sg Besi sempena cuti Hari Raya.

Penghibur yang berusia 33 tahun yang telah merakamkan album Erti Cinta dan Bukan Qalamaya itu juga akan bekerjasama dengan GreenTech Malaysia pada siri kempen yang lain untuk menggalakkan amalan hijau yang mapan. Ini adalah selaras dengan kempen peribadi beliau, MayaLovesNature, yang mendorong kesedaran mengenai penggunaan yang berlebihan dan pembaziran beg plastik.Maya Karin adalah selebriti Malaysia yang menyokong KeTTHA dan GreenTech Malaysia Kempen untuk Malaysia yang lebih hijau

Terkenal dengan aktivisme pemuliharaan, penghibur itu sentiasa menjadi sangat ghairah tentang penjagaan alam sekitar dari usia muda kerana pengaruh oleh bapanya. Kerjanya dalam kempen perlindungan alam sekitar dan haiwan telah melihat kerjasama pelbagai organisasi bukan kerajaan itu (NGO) termasuk Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Beg sampah boleh diguna semula akan diedarkan bersama CD album Maya Karin yang mempunyai lagu single Hari Raya dan single pertama untuk album yang akan datang. Ini akan menjadi album ketiga, yang dihasilkan selepas terhenti 9 tahun.

Untuk menambah kemeriahan perayaan, sekotak Hari Raya cookies juga dimasukkan bersama di dalam beg bersama-sama dengan mesej oleh Kerajaan untuk menggalakkan amalan 3R (Recycle, Reuse dan Mengurangkan). Setiap beg akan menampilkan autograf Maya Karin. Wah sangat special ya.

Kempen yang bakal disampaikan kepada pengguna jalan raya ini adalah, bertujuan untuk mengurangkan sampah, terutama di lebuh raya semasa balik kampung dan juga sepanjang cuti akan datang. Sampah di lebuh raya menjana tan sampah setiap hari. Ini tabiat yang tak sihat bukan sahaja mesra alam tetapi ia juga menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Bercakap di majlis tersebut, YB Dato ‘Seri DiRaja Mahdzir Khalid Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata,
“Kami sedang berusaha ke arah menjadikan Malaysia karbon rendah dan rendah ekonomi rumah hijau gas. Tetapi kita tidak boleh melakukannya tanpa bantuan daripada orang ramai di Malaysia, kita perlu bekerja bersama-sama sebagai sebuah negara bagi memudahkan transformasi Malaysia kepada sebuah negara hijau “.
“Kebersihan alam sekitar harus menjadi sumber tanggungjawab peribadi dan kebanggaan. Kami menggalakkan penumpang untuk menggunakan dan menggunakan semula beg untuk memastikan lebuh raya bebas sampah.”
Kempen ini juga melihat pelancaran Bus Kenderaan elektrik (EV Bus) projek perintis. Bas EV adalah bateri dikendalikan dan mempunyai sifar pelepasan karbon. Setiap bas yang sepatutnya untuk mencapai 250km 300km – kini terdapat 20 stesen mengecas dipasang di Lembah Klang.
Kata Ir Ahmad Hadri Haris, Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia.
“Juruterbang berfungsi sebagai prototaip untuk penempatan kejayaan sistem pengangkutan awam hijau, Mereka akan diuji di laluan terpilih di bandar untuk menentukan kebolehlaksanaan EV Bas, terutamanya kepada penggunaan tenaga dan kesan alam sekitar.”
Pelancaran Bas EV juga akan menampilkan dua lagi kenderaan elektrik (EV) – Daun Nissan dan petah Renault.

Inisiatif-inisiatif ini akan menyumbang ke arah matlamat Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada tahun 2020 yang dijanjikan oleh Kerajaan.

Sejak penubuhannya, GreenTech Malaysia telah melaksanakan program-program kesedaran awam untuk menggalakkan teknologi hijau kepada orang ramai di Malaysia. Antara program utama termasuk Greentech Antarabangsa dan Pameran Produk Eko & Conference Malaysia (IGEM) dan Anugerah GreenTech Malaysia di mana amalan hijau terbaik akan dihormati. Ini anugerah tahunan kini dibuka untuk permohonan daripada lima kategori utama – pemaju, industri, institusi kewangan, sekolah dan media.
“Kami berharap rakyat Malaysia akan menyertai kami dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih hijau dan bersih dan mula menendang tabiat membuang sampah semasa musim perayaan ini,” kata Hadri.

Video : Gelagat Comel Anak Rita Rudaini Merempit

Sekitar minggu lalu, Rita Rudaini telah memuat naik sebuah video menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :
Rita Rudaini
Melihat sahaja caption tersebut, pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Rita, adakah anaknya yang masih kecil itu sudah pandai merempit dan menunggang motorsikal seperti anak-anak muda sekarang?

Ingin tahu apakah makna sebenar disebalik caption tersebut? Jom layan video comel anak-anak Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna selepas ini :
sumber :http://www.ohbulan.com/

AWAS ~ Ayam Celup Arus Elektrik |

 Seolah-olah makan bangkai. Itu dilakukan empat pusat penyembelihan ayam yang dikesan menggunakan arus elektrik berlebihan bagi mempercepatkan proses kematian ayam selepas disembelih sebelum dijual kepada orang ramai.

Lebih meloyakan, terdapat juga ayam yang sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan dan ia ternyata tidak memenuhi standard halal ditetapkan.

Kegiatan pengusaha pusat penyembelihan terbabit terbongkar dalam operasi mengejut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Cheras, Jinjang dan Chow Kit, awal pagi semalam. Ada juga pengusaha pusat itu meletakkan ayam yang siap diproses di atas lantai kotor tanpa pelapik.

Difahamkan, pusat penyembelihan ayam di Cheras dikesan mampu memproses kira-kira 20,000 ekor ayam sehari, Jinjang sebanyak 4,000 ekor dan Pasar Chow Kit sebanyak 2,000 ekor.

Operasi bermula jam 1 pagi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, dalam operasi mengejut ke atas empat premis itu mendapati kawasan penyembelihan dan jualan ayam tidak memenuhi kriteria kebersihan.

“Pemeriksaan turut mendapati mereka menggunakan arus elektrik yang kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

“Beberapa ayam turut ditemui sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan. Malah, mereka dikesan meletakkan ayam atas lantai yang kotor. Proses itu tidak memenuhi standard halal JAKIM,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat pusat penyembelihan berkenaan adalah untuk pasaran pengguna Islam, bagaimanapun premis berkenaan didapati tidak mempunyai sijil halal JAKIM.

“Malah, ada pusat penyembelihan yang mempunyai tiga tukang sembelih tapi hanya seorang yang bertauliah,” katanya. Beliau berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri itu bagi memastikan pengusaha pusat penyembelihan ayam mematuhi standard halal ditetapkan pihaknya.

Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Menurutnya, pengusaha pusat sembelihan yang tidak bertanggungjawab itu diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard dipatuhi dan pihaknya membuat pemantauan berterusan.

“Pemantauan akan terus dilakukan di beberapa pusat penyembelihan lain terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapati kelonggaran dari segi peraturan dan undang-undang sedia ada di peringkat pihak berkuasa berkaitan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyebabkan tiada kawalan boleh dilakukan ke atas tempat penyembelihan dan pasar awam.
Sumber : kezoom

GAMBAR EKSKLUSIF ALIF SATAR (PENGACARA IDOLA KECIL) DAN KELUARGA…OPEN FAMILY TAUUU!!!

alif satar
alif satar1
alif satar2
Nuffnang Ads
alif satar3
alif satar4
alif satar5
alif satar6

One Forteen Menang di World of Performing Art 2013 di Los Angeles

Rasanya tak terlewat lagi untuk Budiey ucapkan tahniah buat Rizu atau kini dikenali dengan nama One Forteen yang telah berjaya membawa pulang dua buah medal emas (dolf medal) di World of Performing Art 2013 yang telah berlangsung di Los Angeles awal Ramadan lalu.

Dengan menyampaikan tiga buah lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu di Pertandingan World Of Performing Art, Los Angeles telah memberi tuah apabila berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Good job!


Berbekalkan kecekalan dan cintanya terhadap dunia nyanyian, One yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Forteen itu mencabar diri untuk menghadiri uji bakat dan sama sekali tidak menyangka mampu menyumbang sesuatu untuk negara.

“Rendah diri dan takut adalah dua rasa yang berkecamuk pada awalnya, namun saya sematkan dalam hati yang saya perlu berjaya”

Tahniah Rizu. Jom ikuti temubual eksklusif Budiey bersama Rizu… eh.. One Forteen!
sumber : http://www.budiey.com/