Enggan pisang berbuah dua kali, pelakon Fizz Fairuz memberitahu dia menjadikan kegagalan kisah hubungan cintanya sebelum ini sebagai satu tauladan untuk lebih berhati-hati dalam mencari pasangan baru selepas ini.
Fizz sebelum ini pernah bercinta dengan aktres Almy Nadia, namun hubungan mereka putus di tengah jalan selepas lebih lima tahun menyulam cinta. Februari lalu, Fizz mencetuskan kontroversi apabila bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela, namun ikatan pertunangan mereka putus selepas mendapat tahu tunangnya itu merupakan isteri orang.
“Tidak dinafikan,apa bila sudah solo, ada juga wanita yang cuba dekati saya, termasuklah daripada golongan VIP. Namun saya lebih bataskan pergaulan dan tidak mahu terlalu rapat kerana saya belajar daripada kesilapan lalu dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Saya seorang yang memang cepat mesra dan mudah berkawan dengan orang. Jadi, ramai orang yang salah anggap dan ingat saya memberi harapan kepada mereka. Justeru itu, saya ambil pendekatan untuk membataskan pergaulan saya kerana tidak mahu meletakkan harapan pada mereka,” ujar Fizz yang mengakui selesa berkawan semula dengan bekas kekasihnya, Almy.
“Kami masih berhubung tapi jika dulu kami lebih rapat. Ssekarang apabila kawan sahaja, jadi ada jurang sikit. Setakat ini tidak ada apa-apa masalah antara kami kerana saya jenis seorang yang senang, hari ini putus, esok dah boleh bersembang. Kami borak seperti biasa, malah saya selesa bekerjasama dengan dia dalam program ‘Seiring Sejalan Raya’,” jelas Fizz lagi.
“Ibu saya sekarang tidak berapa sihat dan dia selalu juga bertanya bila saya nak kahwin. Dia ada juga suruh berbaik semula dengan Almy dan suruh kami bercinta semula, Wallahualam. Saya tak boleh nak bercakap tidak dan hanya boleh serahkan soal jodoh ini kepada Allah. Ibu pun ada juga cuba jodohkan saya dengan orang lain dan insyaAllah, jika ada rezeki, saya mahu berkahwin sama ada pada tahun ini ataupun tahun depan,” ujar Fizz yang akan beraya di Raub, Pahang.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment