Wanita Dirogol Dan Dibunuh Dengan Kejam

on Sunday, August 4, 2013


Hajat seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.
“Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.
“Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja,” katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.
“Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.
“Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat,” katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.
Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.
“Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.
“Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.
“Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. [wowberita]

Pelajar IPT Dirogol Dalam Rumah Kosong


Seorang pelajar sebuah istitusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Kangsar dirogol teman lelakinya, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek berusia 48 tahun itu menggunakan helah mengajak mangsa keluar bersiar-siar di sekitar pekan Kuala Kangsar sebelum berhenti di sebuah rumah kosong bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad, mangsa bersetuju untuk keluar dengan suspek setelah lelaki tersebut menghubungi mangsa dan mengajaknya bersiar-siar.
“Suspek membawa pengadu keluar berjalan-jalan di pekan sebelum mereka tiba di sebuah rumah kosong. Malangnya mangsa tidak tahu lokasi rumah berkenaan.
“Lelaki tersebut kemudian mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Gadis itu dalam keadaan terpaksa telah melakukan hubungan seks dengan suspek,” katanya.
Abdul Gaffar berkata, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah selepas melakukan kegiatan tersebut.
Menurutnya, mangsa membuat laporan mengatakan dia dirogol di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar pada Ahad lepas.
Abdul Gaffar berkata, suspek yang juga kakitangan IPT berkenaan menyerah diri di IPD Kuala Kangsar pada hari sama mangsa membuat laporan polis.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta hukuman sebat. sumber


Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran

Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di Ipoh malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian. sumber

(GAMBAR) Pemandu Forklift Mati Dihempap Kontena Di Port Kelang

Seorang warga Myanmar yang memandu kenderaan pengangkut barang (forklift) maut selepas dihempap kontena dibawa sebuah kren di stor penyimpanan kontena di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.
Namun, pemandu kren yang membawa kontena berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian. beberapa minit kemudian.
Menurutnya, pihaknya sukar mengangkat kontena yang menghempap mangsa berikutan melebihi had berat yang mampu ditampung jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba terpaksa menggunakan kren pihak swasta untuk mengangkat kontena sebelum besi forklift yang menghempap mangsa dapat dipotong.
“Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi yang menghempap mangsa sebelum mengeluarkannya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala kerana dihempap besi,” katanya.
Ahmad Zaidi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dan pemandu kren berkenaan menyiapkan kerja memunggah sebelum kren membawa kontena itu tiba-tiba membrek secara mengejut menyebabkan kontena dibawanya berayun dan jatuh lalu menghempap forklift dipandu mangsa yang kebetulan berada di depannya.
Muatan kontena yang berat menghempap bumbung forklift menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
Operasi mengeluarkan mangsa tamat sepenuhnya jam 7.05 pagi dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. [wowberita]

Lagi Kemalangan Maut Di Jalan Sri Aman-Sarikei


Dua maut manakala tiga lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dalam nahas di Kilometer 56, Jalan Sri Aman-Sarikei hari ini.
Kemalangan pukul 6.40 pagi ini berlaku hanya tujuh kilometer dari lokasi nahas ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori balak, kelmarin yang mengakibatkan empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak terbunuh.
Lebih tragis, nahas terbaharu itu juga berlaku di lokasi sama yang menyaksikan lima warga Indonesia maut apabila MPV dinaiki mereka meletup selepas dirempuh sebuah lori muatan 10 tan, 10 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad berkata, kemalangan kali ini melibatkan dua lelaki dan dua perempuan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara serta seorang wanita yang memandu Perodua Viva.
Dua penumpang Proton Iswara iaitu Anthony Wong Siow Wei, 28, dan Ling Lee Chen, 26 maut di tempat kejadian.
Sementara itu, pemandu kenderaan tersebut, Ling Tai Hung, 24, dan seorang lagi penumpang, Stephanie Ting Xiang, 20, serta pemandu Perodua Viva, Nora Karu, 40, cedera parah.
Menurut Mat Jusoh, Proton Iswara yang dipandu Tai Hung dalam perjalanan dari arah Sarikei ke Sri Aman namun hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali di tengah laluan.
“Dalam masa sama, Perodua Viva dipandu Nora yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian kiri kenderaan tersebut.
“Dua mangsa iaitu Anthony dan Lee Chen disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa lain termasuk pemandu Perodua Viva parah namun terselamat,” katanya.
Mayat Anthony dan Lee Chen dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat manakala tiga lagi mangsa yang cedera dirawat di Hospital Betong sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. [wowberita]

Lelaki Maut Ditembak Di Depan Restoran Di Penampang


Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.
Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.
Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.
Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.
Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.
Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. sumber

Lelaki Sedar Dari Mabuk Terkejut Alat Sulit Hilang

Lelaki Sedar Dari Mabuk Terkejut Alat Sulit Hilang

SANTIAGO – Terkejut. Itu reaksi pertama Geraldo Ramos selepas dia sedar dari mabuk dan mendapati alat sulitnya telah hilang.
Lelaki berusia 45 tahun itu tidak mengetahui kemana menghilangnya organ sulitnya itu.
Namun jirannya memberitahu stesen TV Noticias Sin bahawa Ramos telah diserang oleh anjing ketika dia sedang mabuk.
Bagaimanapun Ramos langsung tidak ingat mengenai serangan itu malah anjing yang dimaksudkan oleh jirannya itu juga tidak ditemui.
Jika benar dakwaan jirannya itu, maka ia bukan kali pertama alat sulit manusia hilang angkara anjing.
Bulan lepas, seorang lelakiyang  lumpuh di Arkansas, terkejut selepas mendapati anjing peliharaannya sedang makan buah zakarnya, ketika dia sedang tidur.
Jun lalu, seekor anjing di Brazil telah mengunyah ibu jari kaki tuannya.
Dalam kejadian itu, doktor percaya bahawa anjing berkenaan yang diberi nama Bo cuba membantu tuannya yang mengalami jangkitan di bahagian kaki. Mynewshub