Home > All posts
Pegawai Kanan Polis Didakwa Rogol Gadis 13 Tahun
Posted by TerbaikLaH on Sunday, August 4, 2013 at 10:28 AM
Wanita Cuba Memenangi Hati Suami, Janji Anak Dara Sebagai Hidangan Seks
Posted by TerbaikLaH at 10:28 AM
China – Hanya kerana ingin memenangi hati suaminya, seorang wanita yang sedang sarat mengandung sanggup menipu seorang jururawat dengan berpura-pura sakit agar suaminya itu dapat melakukan hubungan seks dengan gadis itu.
Mangsa, Hu Yixuan, 17, telah dirogol dan dibunuh oleh pasangan kejam itu.
Kejadian berlaku selepas Hu menolong wanita itu yang dikenali sebagai Tan ketika dia berpura-pura sakit di tepi jalan di bandar Jiamusi.
Hu yang ikhlas menolong wanita itu telah membawanya pulang ke rumah Tan.
Di rumah itu, Hu telah diberi makan yoghurt mengandungi pil tidur oleh suami Tan sebelum dia cuba merogol Hu.
Namun Hu telah terjaga dan cuba melawan sebelum pasangan itu melemaskannya tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Mayat remaja itu kemudian ditanam di kawasan pedalaman.
Perbuatan mereka itu akhirnya dikesan selepas CCTV merakamkan wanita itu dan suaminya membawa beg mengandungi mayat Hu ke dalam kereta.
Dalam masa sama, Hu sebelum itu telah menulis mesej dalam WeChat bahawa dia sedang menghantar seorang wanita mengandung ke rumahnya.
Sementara itu, jiran-jiran pasangan berkenaan memberitahu, Tan telah berpisah dengan suaminya selepas Tan menangkap suaminya meniduri seorang wanita.
Dia kemudiannya cuba kembali ke pangkuan suaminya dan telah menjanjikan bahawa dia akan mencari seorang anak dara bagi membolehkan suaminya melakukan seks dengan gadis tersebut.
Tan kini berada di hospital dan dijangka akan bersalin tidak lama lagi. Mynewshub
Rumah jutawan kosmetik Vida Beauty terbakar 3 maut termasuk anak beliau
Posted by TerbaikLaH at 9:59 AM
IPOH 4 Ogos – Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.
GAMBAR EKSKLUSIF ABBY ABADI BERSAMA ADIK IPAR,IBU DAN BAPA MERTUA
Posted by TerbaikLaH at 9:42 AM
Beginilah hubungan mesra terjalin diantara Abby Abadi dengan keluarga suaminya.Jika dilihat berdasarkan gambar yang dikongsikan Abby Abadi menerusi laman sosialnya,jelas menunjukkan kehadiran Abby dalam keluarga Farhan disambut baik dan terbuka.
Hubungan kekeluargaan seperti inilah yang kita semua impikan,hubungan yang bahagia tanpa ada titik hitam yang mendatanginya.Ternyata Abby tidak janggal bersama keluarga ini dan kehadirannya dalam keluarga ini diterima baik adik beradik suami,ibu dan bapa mertua.
Semoga kehadiran Abby dalam keluarga ini menjadi lebih bahagia dan ceria..Tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby dan pasangan,semoga ikatan perkahwinan yang tulus dan ikhlas ini kekal selamanya..Aminn..
Jom Kita layan Gambar Eksklusif Abby Abadi bersama adik ipar,ibu dan bapa mertuanya..Enjaice!!!
AWAS ~ Ayam Celup Arus Elektrik
Posted by TerbaikLaH at 8:28 AM
AWAS ~ Ayam Celup Arus Elektrik | Seolah-olah makan bangkai. Itu dilakukan empat pusat penyembelihan ayam yang dikesan menggunakan arus elektrik berlebihan bagi mempercepatkan proses kematian ayam selepas disembelih sebelum dijual kepada orang ramai.
Lebih meloyakan, terdapat juga ayam yang sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan dan ia ternyata tidak memenuhi standard halal ditetapkan.
Kegiatan pengusaha pusat penyembelihan terbabit terbongkar dalam operasi mengejut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Cheras, Jinjang dan Chow Kit, awal pagi semalam. Ada juga pengusaha pusat itu meletakkan ayam yang siap diproses di atas lantai kotor tanpa pelapik.
Difahamkan, pusat penyembelihan ayam di Cheras dikesan mampu memproses kira-kira 20,000 ekor ayam sehari, Jinjang sebanyak 4,000 ekor dan Pasar Chow Kit sebanyak 2,000 ekor.
Operasi bermula jam 1 pagi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan.
Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, dalam operasi mengejut ke atas empat premis itu mendapati kawasan penyembelihan dan jualan ayam tidak memenuhi kriteria kebersihan.
“Pemeriksaan turut mendapati mereka menggunakan arus elektrik yang kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.
“Beberapa ayam turut ditemui sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan. Malah, mereka dikesan meletakkan ayam atas lantai yang kotor. Proses itu tidak memenuhi standard halal JAKIM,” katanya.
Menurutnya, keempat-empat pusat penyembelihan berkenaan adalah untuk pasaran pengguna Islam, bagaimanapun premis berkenaan didapati tidak mempunyai sijil halal JAKIM.
“Malah, ada pusat penyembelihan yang mempunyai tiga tukang sembelih tapi hanya seorang yang bertauliah,” katanya. Beliau berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri itu bagi memastikan pengusaha pusat penyembelihan ayam mematuhi standard halal ditetapkan pihaknya.
Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.
Menurutnya, pengusaha pusat sembelihan yang tidak bertanggungjawab itu diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard dipatuhi dan pihaknya membuat pemantauan berterusan.
“Pemantauan akan terus dilakukan di beberapa pusat penyembelihan lain terutama menjelang musim perayaan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya mendapati kelonggaran dari segi peraturan dan undang-undang sedia ada di peringkat pihak berkuasa berkaitan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyebabkan tiada kawalan boleh dilakukan ke atas tempat penyembelihan dan pasar awam. sumber

Gambar - Panas Melampau, Goreng Telur Dan Udang di Atas Jalan
Posted by TerbaikLaH at 8:27 AM
Gambar - Panas Melampau, Goreng Telur Dan Udang di Atas Jalan | Anda tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur. Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.
Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.
Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.
Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.
Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.
Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu. sumber

Gambar Serta Video Romantis Terkini Abby Bersama Farhan - Edar Kad Kahwin
Posted by TerbaikLaH at 8:26 AM
Gambar Serta Video Romantis Terkini Abby Bersama Farhan - Edar Kad Kahwin | Setelah mengumumkan pernikahan bersama Farhan awal ramadan lalu, Abby Abadi dilihat semakin terbuka berkongsi gambar bahagia keluarganya bersama peminat menerusi laman Instagram.
Terkini, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang mengedar kad undangan persandingan dan melalui foto tersebut, Abby menulis dengan tulisan berbunyi,
Dalam pada itu, jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh Abby, nampaknya bukan dia sahaja yang merasa bahagia sejak kehadiran Farhan dalam hidupnya, malah anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu.
Melihatkan keletah anak bongsunya itu, Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya
Selain berkongsi foto-foto bahagianya bersama Farhan, Abby juga tidak lokek untuk berkongsi video-video romantisnya bersama suami tercinta.
Untuk info, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.
Jom kita tengok video romantis Abby Abadi bersama Farhan dibawah ini. Semoga terhibur!
Tag - Abby Abadi