Terkini, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang mengedar kad undangan persandingan dan melalui foto tersebut, Abby menulis dengan tulisan berbunyi,
Dalam pada itu, jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh Abby, nampaknya bukan dia sahaja yang merasa bahagia sejak kehadiran Farhan dalam hidupnya, malah anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu.
Melihatkan keletah anak bongsunya itu, Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya
Selain berkongsi foto-foto bahagianya bersama Farhan, Abby juga tidak lokek untuk berkongsi video-video romantisnya bersama suami tercinta.
Untuk info, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.
Jom kita tengok video romantis Abby Abadi bersama Farhan dibawah ini. Semoga terhibur!
Tag - Abby Abadi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment