Unik dan Pelik!!Lelaki rambut terpanjang di dunia!!

on Monday, August 5, 2013

Unik dan Pelik!!Lelaki rambut terpanjang di dunia!!

Wanita dengan rambut panjangnya, itu adalah biasa, namun kisah ini menurut admin sangat unik, iaitu lelaki dengan rambut terpanjang. 

Setelah lebih dari 42 tahun tidak memotong rambut, lelaki 73-tahun Tran Van Hay di Hoa dari Desa Mong Tho Commune, Chau Thanh District, Kien Giang Province of Vietnam. Dia baru-baru ini telah dicatat dalam Guinness Book Vietnams untuk rambutnya yang panjangnya 6.3 meter (lebih dari 20 kaki ) panjang dan berat 9kg, wow.... luar biasa bukan?. 

Sekarang dia sedang menunggu untuk dicatat dalam rekod dunia sebagai rambut lelaki terpanjang. Cuba kita perhatikan rambutnya yang melilit-lilit dan bentuknya sudah seperti kapas kasur setelah ditiduri 100 tahun, pasti sangat payah untuk di shampoo atau barangkali tidak pernah dicuci sama sekali, 

hem bagaimana baunya ya? apakah anda tertarik memiliki rambut seperti itu? 
Tanpa panjang lebar lagi berikut admin lampirkan foto-fotonya :







Macamana nak mencucinya...payah bukan main

Sumber

Pelajar Bunuh Diri Kerana Kecewa Ditegur Ibu


Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku Kudin 2, Gelugor, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kawasan tempat letak kereta.
Siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya itu berada dalam keadaan terbuka.
Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada persekolahan yang bakal bermula.
Sumber itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan.
“Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit kemudian mayat mangsa ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah pembelajaran,” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk bedah siasat. [wowberita]

Budak 21 Bulan Mati Lemas Dalam Mesin Basuh


“Setiap kali mendengar suara bayi jiran menangis ketika tidur, saya akan terjaga dan berharap ia adalah anak saya, namun itu tidak mungkin akan berlaku,”, kata Tiffany Hebb. Wanita ini tidak mungkin akan lupa untuk selamanya bagaimana anaknya yang berusia 21 bulan, Ollie Hebb meninggal dunia selepas lemas di dalam mesin basuh.


Kejadian berlaku pada 23 Mac lalu selepas Ollie yang suka membantu ibunya membasuh baju, telah memanjat ke atas mesin basuh itu supaya dia dapat memasukkan baju ke dalam mesin berkenaan, iaitu aktiviti hariannya.
Perbuatannya itu tidak disedari Tiffany yang ketika itu sedang membaca majalah kira-kira 30 meter dari kawasan berkenaan.
Namun tanpa diduga, Ollie hilang selama beberapa minit, menyebabkan Tiffany mencarinya di seluruh rumah, namun gagal menemuinya.
“Saya berlari mencarinya sambil memanggil namanya, namun gagal menemui Ollie. Saya tidak menyangka yang dia sebenarnya berada dalam mesin basuh,” katanya.
Ollie, yang tidak sedarkan diri selama 24 jam akhirnya menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas ibu dan bapanya memutuskan untuk mematikan mesin sokongan hayatnya.
Organ Ollie didermakan kepada kanak-kanak yang memerlukannya. [wowberita]

(GAMBAR) Bila ‘Amoy’ Sindir Muslimah Yang Enggan Bertudung

Dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.

Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.
Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan? sumber

Cerita Tentang Arwah Roslan Ishak Yang Meninggal Dalam Keadaan Sujud


xxx
Sedikit cerita tentang arwah Roslan Ishak
Alhamdulillah…Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah ttg kehidupan yg telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yg dpt dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan bersama.
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu. Beliau bersama-sama bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yg diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau menaiki.motor dengan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dlm hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yg didengar ketika kuliah kepada ank2 dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda shj yg kita bawa bila mati – “ayah x ada harta nak infaq, ini lah saja…. ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau…. (amal soleh & insya Allah anak2 beliau yg soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia – tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nnt solat jamaah beliau (surau) macamana pula…
Itu lah antara amalan beliau yg Istiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (x berapa ingat) yg meninggal dlm keadaan sujud. Kata beliau, orang biasa mcm kita x boleh dapat ke mcm tu, maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT.
Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian utk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan lembut orgnya, yg sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu…rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar x banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tp beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT. Al fatihah…
Semoga kita yg hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta…

sumber nescafeais

Punca Rumah Pengasas Vida Beauty Terbakar

Punca Rumah Pengasas Vida Beauty Terbakar  | Dipercayai dua kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan dan seorang kakitangan syarikat tersebut maut selepas rumah dua tingkat yang turut dijadikan penginapan pekerja di Meru Hill, Laluan Taman Meru 24, terbakar malam tadi.
Punca Rumah Pengasas Vida Beauty Terbakar

Turut parah dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki selepas terjun dari tingkat satu premis berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri. Mayat adik beradik berusia 10 dan 12 tahun serta lelaki berusia 26 tahun itu ditemui dalam bilik air di tingkat atas premis berkenaan.

Difahamkan, dua kanak-kanak itu anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida. Beliau yang berada di Pulau Pinang bergegas pulang ke Ipoh sebaik mendengar berita buruk itu dan tiba di sini jam 11.30 malam, namun enggan ditemubual pihak media.

Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.23 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak terutama di kawasan bumbung.

Punca Rumah Pengasas Vida Beauty Terbakar  | Dipercayai dua kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan dan seorang kakitangan syarikat tersebut maut selepas rumah dua tingkat yang turut dijadikan penginapan pekerja di Meru Hill, Laluan Taman Meru 24, terbakar malam tadi.
Adakah benar kereta Bently meletup menjadi punca kebakaran rumah ini?
Maklumat awal diperoleh mengatakan ada sembilan penghuni di premis itu, namun selepas api berjaya dikawal, anggota bomba hanya menemui tiga mayat dalam bilik air termasuk dua kanak-kanak dalam keadaan terduduk dan terbaring di lantai, katanya sambil menambah kes itu masih disiasat termasuk punca dan nilai kerugian dialami.

Beliau berkata, penghuni lain terselamat kerana dipercayai keluar dari rumah itu lebih awal, tetapi tiga yang lain termasuk mangsa terperangkap sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk bedah siasat dan pengecaman identiti.

Dalam satu dakwaan pula mengatakan, rumah pengasas produk kecantikan ini terbakar setelah kereta Bently miliknya meletup angkara mercun. sumber


Apa akan jadi pada mereka?