Turut parah dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki selepas terjun dari tingkat satu premis berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri. Mayat adik beradik berusia 10 dan 12 tahun serta lelaki berusia 26 tahun itu ditemui dalam bilik air di tingkat atas premis berkenaan.
Difahamkan, dua kanak-kanak itu anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida. Beliau yang berada di Pulau Pinang bergegas pulang ke Ipoh sebaik mendengar berita buruk itu dan tiba di sini jam 11.30 malam, namun enggan ditemubual pihak media.
Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.23 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak terutama di kawasan bumbung.
Adakah benar kereta Bently meletup menjadi punca kebakaran rumah ini? |
Beliau berkata, penghuni lain terselamat kerana dipercayai keluar dari rumah itu lebih awal, tetapi tiga yang lain termasuk mangsa terperangkap sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk bedah siasat dan pengecaman identiti.
Dalam satu dakwaan pula mengatakan, rumah pengasas produk kecantikan ini terbakar setelah kereta Bently miliknya meletup angkara mercun. sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment