Gempar!!Bayi di kubur 3 hari masih hidup

on Monday, August 12, 2013

Gempar!!Bayi di kubur 3 hari masih hidup

BANDUNG – Kisah ajaib dan kebesaran Tuhan ini terjadi di desa Cihanjuang Hilir, Parogong, Kabupaten Bandung, Jawa Barat. Seorang bayi yang sudah meninggal dunia yang telah dikubur selama tiga hari  di nyatakan masih hidup setelah di gali oleh kedua orang tuanya, namun setelah diperiksa doktor bayi tersebut di nyatakan meninggal duni,yang menghairankan walaupun sudah meninggal tidak tercium bau seperti orang meninggal dunia.

Warga kampung Manglayang, desa Cihanjuang Hilir heboh dengan khabar adanya bayi yang sudah meninggal masih hidup lagi di dalam kubur.

Kejadian ini berlaku ketika bayi dari buah hati pasangan Rulli dan Yayah, yang lahir secara premature, meninggal diperjalanan menuju ke hospital pada  13 Julai 2010.Sebelumnya tidak ada keanehan pada ketika bayi tersebut meninggal dan dikebumikan.

Namun pada malam 16 Julai 2010 pukul 1.00 pagi penduduk dan keluarga mendengar tangisan bayi, ketika disiasat ternyata suara tangisan tersebut berasal dari kubur umum yang letaknya tidak jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Suara tersebut berasal dari kubur bayi yang tesebut,lalu warga dan keluarga beramai-ramai menggali kuburan itu dan menemukan bayi yang sudah terkubur selama 4 hari ,dengan keadaan masih ada tanda-tanda hidup dan bayi tersebut dibawa pulang kerumah dan dibersihkan dari kotoran tanah.

Ibu bayi Yayah sempat menyusukan bayi itu dengan susu tambahan,bahkan bayi tersebut sempat menangis, dan buang air kecil.”Saya sempat kasih susu botol , anaknya menangis ,”jelas Ibu Yayah.
Bayi tersebut sempat diperiksa bidan dari pusat kesihatan masyarakat(puskesmas) dan menyarankan agar dibawa ke hospital.

Namun kerana keterbatasan wang akhirnya niat itu di batalkan dan pada pagi sekitar jam 8.00 atas inisiatif ketua kampung dipanggil dan doktor dari puskesmas setempat untuk memeriksa keadaan bayi tersebut dan doktor pun menyatakan bayi tersebut sudah meninggal.

Bila Sehaheizy Sam Memasak

on Sunday, August 11, 2013

Memang jarang melihat selebriti lelaki memasak, tip top Shaheizy Sam sebenarnya pandai juga memasak. Bahan-bahan yang disediakan seperti gambar dibawah dan akhirnya siap menjadi satu hidangan digambar yang seterusnya.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman sosial itu menunjukkan yang Sam berada di rumahnya kemungkinan untuk makan malam bersama keluarganya.


Rumah Di Bina Di Celah Batu !


 Monsanto adalah sebuah kampung yang indah yang dibina di kawasan luar bandar Portugis. Memaparkan jalan-jalan sempit yang diukir dari rumah-rumah batu dan granit dihimpit antara batu-batu besar, ia kelihatan seperti Bedrock kehidupan sebenar.

Di bahagian atas bukit 400 kaki tinggi berdiri istana yang sangat tua dibina. Istana ini memainkan peranan yang penting pada masa-masa zaman pertengahan apabila Templar Grand Master dibina sebuah istana yang berjaya menahan beberapa pertempuran termasuk pencerobohan Napoleon. Pada tahun 1938, Monsanto telah dikurniakan dengan gelaran "Portuguese town in Portugal."












Marsha dan Dafi bergambar mesra

Gambar Raya UAI Dan Ketiga-tiga Isteri..!



Gambar Raya UAI Dan Ketiga-tiga Isteri
 
WALAU bagaimana pahit hati seorang wanita untuk menerima hakikat bermadu, Islam membenarkannya (dengan bersyarat).
 
Dan bagaimana skeptikal sekalipun kita apabila menerima berita soal lelaki yang mengamalkan poligami, jangan sampai tersilap menidakkan hukum Allah.

Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus misalnya, walaupun menerima banyak kecaman selepas tersebar gambarnya bernikah kali ketiga, tetap tenang melayari rumah tangga.
 
Lihatlah gambar raya UAI tahun ini. Dia kelihatan bahagia tersenyum sambil diapit ketiga-tiga isteri dan anak-anak. Lelaki yang berkahwin cuma satu pun belum tentu mengecap keharmonian lebaran macam dia kan?
 
Yang pasti, tak ramai lelaki yang berani macam UAI untuk mengikut jejak langkahnya.

Gambar romantik Lisa Surihani tidur bersama Yusry di hari raya..!

Romantik sungguh aksi Lisa Surihani ketika tidur sambil dipeluk oleh Yusry KRU di atas kusyen kerana terlalu kenyang makan lemang, ketupat dan rendang di Hari Raya.

Berpakaian serba biru, kedua-dua selebriti ini tertidur dengan lena sekali sehingga tidak menyedari gambar mereka dalam aksi sedemikian telah diambil secara senyap-senyap oleh seorang jurukamera.

Nampaknya, keserasian antara Lisa dan Yusry begitu terserlah di Hari Raya ini. Lagipun, Lisa mempunyai sikap yang suka merendah diri, bertolak-ansur dan memahami diri suami. Bertuah Yusry kan, tak gitu?

Apa yang lebih menarik tentang sekeping gambar ini ialah komen dan like yang diterima di laman facebook sebaik sahaja dimuatnaik oleh blogger Rotikaya.

Hanya dalam tempoh tiga jam, gambar berkenaan telah mendapat 2,298 likes dan 58 comments. Rata-rata komen yang diterima adalah berbentuk pujian.

Foto : Siti Saleha Sambut Aidilfitri Bersama Ibu Di England

Siti Saleha  6

Pelakon yang terkenal menerusi drama Memberku Hawa, Siti Saleha difahamkan baru sahaja terbang ke England pada 29 Julai lalu dan pelakon kacukan Inggeris - Melayu ini dikatakan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman di sana.
Menerusi laman Instagram milik Siti Saleha, pelakon ini juga dilihat sudah mula memuat naik beberapa foto menariknya sepanjang berada di England untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.

Siti Saleha  8
Saleha bersama ibu tersayang, Aishah Rahman

Meskipun cuaca di Portsmouth pada ketika ini adalah musim panas, akan tetapi Saleha tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berpuasa dan perkara berkenaan turut dibuktikan melalui sebuah video yang di kongsikannya di laman sosial Keek.