Gambar Raya UAI Dan Ketiga-tiga Isteri..!

on Sunday, August 11, 2013



Gambar Raya UAI Dan Ketiga-tiga Isteri
 
WALAU bagaimana pahit hati seorang wanita untuk menerima hakikat bermadu, Islam membenarkannya (dengan bersyarat).
 
Dan bagaimana skeptikal sekalipun kita apabila menerima berita soal lelaki yang mengamalkan poligami, jangan sampai tersilap menidakkan hukum Allah.

Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus misalnya, walaupun menerima banyak kecaman selepas tersebar gambarnya bernikah kali ketiga, tetap tenang melayari rumah tangga.
 
Lihatlah gambar raya UAI tahun ini. Dia kelihatan bahagia tersenyum sambil diapit ketiga-tiga isteri dan anak-anak. Lelaki yang berkahwin cuma satu pun belum tentu mengecap keharmonian lebaran macam dia kan?
 
Yang pasti, tak ramai lelaki yang berani macam UAI untuk mengikut jejak langkahnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment