Wanita meninggal manakala kekasih nyawa-nyawa ikan dalam kereta

on Sunday, May 6, 2012


sepasang kekasih mengaibkan Wanita meninggal manakala kekasih nyawa nyawa ikan dalam kereta
Mengaibkan dan memalukan. – Itu yang admin mampu katakan tentang kejadian yang menimpa sepasang kekasih di Kilometer 10, Jalan Pontian Lama 29 April 2012. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan punca sebenar kematian berkenaan masih dijalankan.

“Mangsa merupakan wanita berusia 20-an dan telah ditemui mati di dalam kereta bersama pasangannya.
“Bagaimanapun pasangannya berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut,”

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Pada pendapat admin, pasangan ini bermadu asmara di dalam kereta yang tertutup rapat dan membuka penghawa dingin pada masa yang lama. Dah kebanyakkan kes, kematian akibat keracunan karbon dioksida dan kekurangan oksigen paling kerap melibatkan kereta. Semoga menjadi iktibar dan teladan kita semua.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment