Yakuza Kedua Terbesar di Jepun Berjaya diTangkap

on Tuesday, December 25, 2012


BBC melaporkan bahawa pihak polis Jepun berjaya menahan Kiyoshi Takayama, 63 tahun yang dipercayai bos nombor 2 kepada Yamaguchi-gumi, kumpulan sindiket jenayah terancang terbesar di Jepun. Yamaguchi-gumi juga adalah antara kumpulan jenayah terancang terbesar di dunia.

Godfather bagi organisasi dengan keahlian mencecah 40 000 orang ini, iaitu Kenichi Shinoda kini berada di penjara tetapi bakal dibebaskan pada musim bunga nanti.

Kiyoshi Takayama ditangkap dan didakwa kerana memeras $400,000 (£250,000) daripada seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment