Azamuddin Omar yang berada dalam kereta ketika Aminulrashid Amzah ditembak mati dan meriba rakan baiknya itu, kecewa dengan pembebasan Koperal Jenain Subi.
“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.
Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.
“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.
“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?” katanya.
Selain itu, Azamuddin juga kerap teringatkan Aminulrasihid setiap kali menonton perlawanan bola sepak di televisyen, lebih-lebih lagi musim bola sepak yang sedang rancak di Malaysia.
Ia berikutan mereka pernah terpilih dalam latihan ‘Soccer Kids’ di Shah Alam, beberapa tahun sebelum kejadian.
“Dia main ‘defend’ (pertahanan). Saya ‘wing’ (sayap) kiri. Tiap kali main bola, saya pasti teringat balik, (ingatan) akan datang tiba-tiba. Itu yang saya tak tahan,” katanya, sebak. -KD-
Sebenarnya kes neh harus menjadi iktibar dan teladan kepada kita seme. Jangan suka2 cop seseorang tue penjenayah hanya kerana mereka melanggar undang2 tertentu. Kadang2 tak salah kita bersikap memahami dan bertolak ansur. Benda bukan tak boleh settle, boleh, asalkan cari penyelesaian yang betul.
Dan, buat PDRM juga, mohon gunapakai kaedah lain jika nak tangkap pesalah ringan. Kadang2 mereka lari bukan sebab mereka penjenayah tegar. Mungkin mereka melakukan satu dua jenis kesalahan kecil / ringan, nak tahan, tahanla, tapi jangan la sampai menyebabkan kematian kepada mana2 pihak baik pdrm dan baik mereka2 yang bersalah tue.
Kisah neh memang menyebabkan kesemua pihak yang terlibat merasa sakit ahti. Baik di pihak PDRM yang tak dapat menampung segala caci maki dan penghinaan ke atas mereka mahupun rakyat malaysia yang tak boleh nak faham apa rasional tembakan bertubi2 dilepaskan ke atas budak kecil yang memandu tanpa lesen. Renungkan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment