Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wanita Hamil Lahir Bayi Di Lapangan Terbang

on Friday, February 17, 2012

Wanita Hamil Lahir Bayi Di Lapangan Terbang
CHENNAI – Seorang wanita hamil yang mahu ke Malaysia melahirkan bayinya di Lapangan Terbang Anna, di sini, selepas “berperang mulut” dengan petugas syarikat penerbangan yang tidak membenarkannya menaiki pesawat itu.
Bagaimanapun bayi Syhamala Sundari, 31, dilahirkan mati.
Dalam kejadian semalam, wanita tersebut yang hamil tujuh bulan tidak dibenarkan menaiki penerbangan selama tiga jam menuju ke Kuala Lumpur atas faktor keselamatan, selepas dia gagal menunjukkan sijil perubatan yang membenarkannya berbuat demikian.
“Berlaku perang mulut antaranya dan petugas syarikat penerbangan sebelum wanita itu berasa sakit mahu bersalin dan cuba ke bilik air namun dia rebah. Wanita itu melahirkan anaknya di bilik air,” lapor akhbar tempatan, hari ini.
Wanita itu kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Shymala dari Andhra Pradesh dilapor dalam perjalanan berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Anugerah Kecemerlangan UiTM P.Pinang 20 Feb Ini

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) UiTM Pulau Pinang 2011 pada 20 Februari ini.
Urusetia HAK UiTM Pulau Pinang, Mohd. Khairul Afzan Mohd. Lazi berkata, program tersebut dianjurkan oleh Unit Aktiviti Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Pulau Pinang.
“Sebanyak 50 persatuan dan kelab UiTM Pulau Pinang akan berentap dalam pelbagai kategori dan kemuncak malam anugerah adalah anugerah kelab dan persatuan terbaik,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Khairul berkata, HAK UiTM Pulau Pinang 2011 dijadual diadakan bermula pukul 8 malam di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang.
Menurutnya, anugerah itu bertujuan menghargai penglibatan mahasiswa dalam persatuan dan kelab sepanjang 2011.
Tambahnya, anugerah seperti itu penting bagi melahirkan graduan universiti yang berdaya saing dan pemikiran proaktif serta inovatif untuk diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.
Jelasnya, para graduan masa kini bukan sahaja akan menggenggam sijil akademik sahaja tetapi perlu memiliki sijil kemahiran insaniah yang melalui penglibatan dalam aktiviti luar kelas seperti persatuan dan kelab.

sumber
Hari Anugerah Kecemerlangan UiTM P.Pinang 20 Feb Ini

RTM Adakan Majlis Tahil Untuk Arwah Sudirman

RTM Adakan Majlis Tahil Untuk Allahyarham Sudirman
KUALA LUMPUR – Kehebatan penghibur nombor satu asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad tetap dikenang hingga kini oleh ramai pihak walaupun telah 20 tahun beliau meninggalkan dunia ini.
Penghibur nombor satu asia itu merupakan seorang ‘penghibur’ yang bukan sahaja boleh menyanyi, menari mahupun melukis malah dilaporkan mempunyai kelulusan jurusan undang-undang Universiti Malaya.
Namun, mungkin ramai terlupa tarikh beliau menghembus nafas terakhir sewaktu berusia 38 tahun iaitu pada 22 Februari 1992.
Mengingati tarikh pemergian seniman tersebut maka Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan satu Majlis Tahlil buat penyanyi legenda negara berkenaan pada 23 Februari ini.
RTM melalui satu kenyataan memberitahu,  Majlis Tahlil tersebut dijadual diadakan Masjid Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam.

sumber

Rosmah Terima Anugerah Wanita Kebajikan Asia

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam ini menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.
Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di sini.
NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.
Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.
Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.
“Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi,” katanya dalam ucapan pada majlis itu.
Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. – BERNAMA
Rosmah Terima Anugerah Wanita Kebajikan Asia

Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup

Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup
PENSACOLA (Florida) – Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.
Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.
“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.
“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.
Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.
Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.
Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP

Diugut bakar rumah kerana perdengar bacaan Al-Quran


KOTA BHARU: Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Lebuh Raya Salor dekat sini, menerima ugutan.
Mangsa yang dikenali sebagai Hassan berusia 50-an memberitahu, dia menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar sekiranya alunan ayat suci al-Quran tersebut terus diperdengarkan ketika awal pagi.
Menurutnya, surat berbaur ugu­tan berkenaan diletakkan dalam peti surat rumahnya yang terletak bersebelahan madrasah itu dan disedari selepas pulang daripada bersarapan jam 7.30 pagi pada 31 Januari lalu.
“Berdasarkan surat itu, ada di antara individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara kami memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh. Bacaan kira-kira 15 minit sebelum azan ini dikatakan mengganggu orang yang masih tidur termasuk anak-anak kecil,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Muhamad Yusof berkata, Jaheaik pernah menyiasat berhubung perkara itu dan tidak melarang supaya berhenti memasangnya.
Bagaimanapun katanya, bermula semalam pihaknya memperlahankan alunan bacaan tersebut kerana mengambil kira daripada penerimaan surat tersebut.
Sumber 

Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq

Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) | Semua tau negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat yang sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi kenal apa itu keamanan. Setiap hari kemusnahan dan kematian berlaku. Terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq. Semacam sudah tidak lagi berharga, kelihatan jongkong emas itu kelihatan seperti batu bata untuk membuat binaan sahaja. Jangan membazir, sebelum terjadi seperti kisah sadis jongkong emas 15kg (LINK) ni, baik bagi je jongkong emas tu secara percuma kepada penulis kan bagus. Hehehe. Mari lihat gambar ratusan jongkong emas Iraq bersepah umpama batu bata tu. sumber









Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah

Gempar! Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah | Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya ‘spodoptera mauritia’ membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.

Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi.

Melayukini.net – Takziah diucapakan kepada petani-petani kita yang mengalami kerugian yang sangat besar dalam perniagaan sawah padinya. Kita mendoakan agak Allah permudahkan urusan mereka semua. Amin.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Berita Menarik Tempatan Informasi Malaysia Kini