Diana Kena Serang Kerana Mengaku Serah Dara

on Tuesday, December 25, 2012

Adeh.

Cuba baca twitter dia sat ;


Lelaki tak guna. Dah dapat dara aku tinggalkan aku.

Thanks sebab hilangkan dara aku ok. Khas untuk haziq.

Dem. Berlakon jadi mangsa plak budak neh. Hey ko pun dapat sedap gak kan? Takyah arh meroyan marahkan haziq. Kalau ko taknak jadi kes rogol. Tapi disebabkan ko nak + haziq nak = jadi seks bebas = zina.

Berani pula tue terang2 mengaku berzina dengan haziq. Lepas tue dok kecoh kat twitter suruh orang fahami dia. Alamak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii oke. Oke. Aku boleh faham ko.

Wakaka.

So baby diana yang comel lote. Meh sini meh. Meh aku tolong ko. Aku faham ko. Tapi dalam pada itu ko kena faham juga lumrah alam. Benda neh melibatkan keaiban ko le. Cover sikit nak mengaku takde dara ke apa ke. Buat la fake profile nak kutuk2 haziq sekalipun. Letak gambar dia dan titik dia kaw2. Bagitau satu dunia, inilah jantan yang hilangkan dara seseorang. Dan seseorang itu pun rela dara dia dihilangkan. Selepas dia rela lagi dia meroyan bila kena tinggal. Dasar mengungkit. Ikhlas ke tak ko tue? Hehe.

Oke. Oke. Aku gurau je. Yang sebenarnya itu bukan cara nak melepaskan dendam plus sakit ahti ko. Sepatutnya ko jangan la gtau kat sesapa ko dah main dengan sekian2 lelaki itu ka lelaki ini ka. Benda neh private life ko oke. Belajar la rasa malu. 

Bab haziq tue kalau ko tak boleh contact, contact juga sampai dapat. Mesti ko tahu kat mana dia tinggal kan? Rumah dia, rumah family dia, no telefon member2 dia, tempat kerja dia dan sebagainya. Takan ko beromen dengan seseorang yang ko baru kenal dan tatau apa2 pasal dia plak?

Mestilah dah kenal2 kan. Jadi cari dia dengan cara itu. Dan lagi satu aku nak tanya, ko boleh bagi no telefon mak ko tak? Bapa ko pun oke. Ataupun member2 ko. Tak kisah la sapa2 pun. Pasal aku nak contact keluarga ko untuk tarbiah ko. 

Aku kesian kat ko. Sampai nak bunuh diri tue yang tak boleh blah tue. Pasal putus cinta je pun. Nak marah rasa cam serba salah. Taknak marah rasa cam geram. So keputusannya kena cari jalan untuk ubah sikap ko neh. Kalau la jakim boleh menahan seseorang bila dia mengaku dia berzina.. kan bagus. Lue fikirlah sendiri. Bai.

Gambar ehsan : CMK.

Yakuza Kedua Terbesar di Jepun Berjaya diTangkap


BBC melaporkan bahawa pihak polis Jepun berjaya menahan Kiyoshi Takayama, 63 tahun yang dipercayai bos nombor 2 kepada Yamaguchi-gumi, kumpulan sindiket jenayah terancang terbesar di Jepun. Yamaguchi-gumi juga adalah antara kumpulan jenayah terancang terbesar di dunia.

Godfather bagi organisasi dengan keahlian mencecah 40 000 orang ini, iaitu Kenichi Shinoda kini berada di penjara tetapi bakal dibebaskan pada musim bunga nanti.

Kiyoshi Takayama ditangkap dan didakwa kerana memeras $400,000 (£250,000) daripada seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan.

Rakan Baik Arwah Aminulrashid Sedih/Hampa

on Monday, December 24, 2012


Sedih la pula baca luahan rakan baik arwah adik Aminulrashid yang disuruh memberikan respon atas pembebasan Koperal Jenain baru2 ini dalam pertuduhan tidak mengikuti SOP ketika bertugas sehingga menyebabkan arwah [individu yang dikejar] terkorban dalam satu adegan kejar mengejar antara arwah dan polis ketika itu.

Azamuddin Omar yang berada dalam kereta ketika Aminulrashid Amzah ditembak mati dan meriba rakan baiknya itu, kecewa dengan pembebasan Koperal Jenain Subi.
“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.

Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.
“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.

“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?” katanya.
Selain itu, Azamuddin juga kerap teringatkan Aminulrasihid setiap kali menonton perlawanan bola sepak di televisyen, lebih-lebih lagi musim bola sepak yang sedang rancak di Malaysia.
Ia berikutan mereka pernah terpilih dalam latihan ‘Soccer Kids’ di Shah Alam, beberapa tahun sebelum kejadian.

“Dia main ‘defend’ (pertahanan). Saya ‘wing’ (sayap) kiri. Tiap kali main bola, saya pasti teringat balik, (ingatan) akan datang tiba-tiba. Itu yang saya tak tahan,” katanya, sebak. -KD-
Sebenarnya kes neh harus menjadi iktibar dan teladan kepada kita seme. Jangan suka2 cop seseorang tue penjenayah hanya kerana mereka melanggar undang2 tertentu. Kadang2 tak salah kita bersikap memahami dan bertolak ansur. Benda bukan tak boleh settle, boleh, asalkan cari penyelesaian yang betul.

Dan, buat PDRM juga, mohon gunapakai kaedah lain jika nak tangkap pesalah ringan. Kadang2 mereka lari bukan sebab mereka penjenayah tegar. Mungkin mereka melakukan satu dua jenis kesalahan kecil / ringan, nak tahan, tahanla, tapi jangan la sampai menyebabkan kematian kepada mana2 pihak baik pdrm dan baik mereka2 yang bersalah tue.

Kisah neh memang menyebabkan kesemua pihak yang terlibat merasa sakit ahti. Baik di pihak PDRM yang tak dapat menampung segala caci maki dan penghinaan ke atas mereka mahupun rakyat malaysia yang tak boleh nak faham apa rasional tembakan bertubi2 dilepaskan ke atas budak kecil yang memandu tanpa lesen. Renungkan.

'GF i ajak tidur sekali, apa lagi..'

"Betul..bro..girlfren aku ajak aku tido sekali.... per lagi..kita orang main lah"....BANGGA LAA TU...
Mengucap panjang baca status budak bodoh ni... anak sape laa ni. pulak tu, ramai plak yang like tu...aduhaii...dunia..dunia..
semua nak di share nya di mukabuku. 

Ko tido sekali ker, beromen ker..ada aku kisah ker.. tak kan benda2 jahat macam tu pun nak kecoh 1 dunia.
Melakukan zina dan berbangga dengan nya ada lah satu perkara bodoh dan terkutuk..tuiiii..

Macam dah tak der perasaan malu lagi, semua nak di crita nya.
Entah sape la budak kat atas nie.... bangga laa tu..dah fofulor...

Haram Rezeki Pelakon Yang Tidak Menutup Aurat

Figura yang berstatus ‘pendakwah selebriti’ di gelanggang pentas ceramah politik ini iaitu Abby Abadi diyakini terkenal dengan pandangan kritisnya.
Bahkan rakan-rakan artis yang pernah sama-sama berjuang didalam cabangnya yang sama suatu ketika dahulu tidak terlepas dari menerima tempelan lantangnya. Ini termasuk satu lagi dakwaanya yang mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya.

Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram. Haram rezeki kepada pelakon-pelakon yang berlakon tanpa mengikut syariat Islam itu sebenarnya.

“Kita boleh lihat sendiri contohnya macam apa yang ada dalam TV tu, dengan cara berpakaianya dengan cara pergaulanya dan juga asik menonjolkan cerita cerita yang tak sepatutnya dipertontonkan. Sampai dalam filem boleh berkemban dan berpeluk sakan, macam tak ada yang melarang.”

Jelas Abby lagi jika dahulu dia agak memilih untuk tidak melakonkan babak-babak yang tidak sepatutnya dilakonkan seperti babak memerlukanya didukung dan seumpamanya tapi keadaan seperti itu pada ketika ini seperti tidak dikawal tingkah laku para pelakon tersebut.

Artis Kita Suka Dress Seksi..Sampai Bila??

Fuhhh... cerita artis Malaysia seksi ni dah banyak sangat kita dengar dan lihat juga "terliur di buatnya" di akbar2,majalah2 hiburan, di tv dan juga di internet. Memang syarat nak jadi artis populor, kena seksi. Skirt pendek sampai nampak pangkal peha, dada terdedah, terbelah sana, terbelah sini., terdedah di belakang, rambut panjang mengurai dan macam-macam gaya seksi yang buat peminat terkasima dan secara tak langsung memenat kan MALAIKAT sebelah kiri kita menulis perkara dosa yang kita telah buat. Berikut ni alasan BODOH artis kita..
“Selesa berpakaian begitu
“Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”
“Keluarga lebih mengenali saya”
“Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”
” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”
“Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”
“Seksi itu subjektif”
“”Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya”
“Saya pakai ikut kesesuaian majlis”
“”Itu urusan antara saya dengan tuhan”
“Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”
“Apa yang saya pakai, itu hak saya”
Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”
Macam tu lah jawapan yang mereka berikan.. Memang dia orang ni tak takut dosa dan sanggup pulak tu berkongsi dosa dengan peminat2 mereka...

Agak menghairan kan, semacam tiada tindakan langsung yang di kena kan kepada artis wanita seksi ni, tapi.. bila si Faizal Tahir bukak baju masa buat persembahan, terus di kena kan tindak kan. Dia orang ni salah nuntut ilmu agama agak nya sampai tak tau nak di beza kan aurat wanita dan aurat lelaki, lain laa si Faizal tu bukak seluar tinggal kan seluar dalam jer.

Tapi artis wanita kita dah taraf macam BERKEMBAN jer..apa tindak kan yang di buat oleh jabatan2 berkaitan.
Hakikat nya pihak media cetak dan elektronik turut sama bertanggung jawap dalam isu ini kerana mereka mengalak kan lagi penyebaran dosa2 kering nie...

pada peminat2... tepuk dada tanya nafsu... hihihi..

Info Terkini Banjir di Kuantan V2 [24/12/2012]


Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir. Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.

Kenderaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.


Seorang penduduk Kuantan yang dihubungi Harakahdaily, Khairatul Solehah Khairul Anuar memberitahu, beliau terperangkap selama satu jam sebelum berjaya keluar dari kawasan Stadium Darul Makmur.

Menurutnya, banyak kenderaan terperangkap di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang turut dinaiki air.

“Nasib baik saya letak kereta dekat dengan stadium. Di situ sahaja yang selamat. Kalau parking di Padang MPK, memang tenggelam,” katanya.


Beliau juga berkata, Pasar Besar Kuantan turut dimasuki air di beberapa bahagian.

“Dalam pasar di kawasan jual barang basah, air naik. Jalan raya sangat sesak, lampu isyarat pula rosak,” katanya lagi.

Terminal Bas Makmur turut dinaiki air menyebabkan bas-bas terpaksa menunda waktu perjalanan seperti yang dijadualkan.