[18 Foto] Evolusi Fara Fauzana Dulu dan Sekarang

on Monday, February 4, 2013

Bagaimanakah rupa Fara Fauzana atau nama penuhnya Farah Fauzana binti Mohd Fadzi ketika masih berhingus? Mungkinkah Fara maintain comel sejak kecil hingga remaja? Kesemua persoalan itu akan terjawab selepas anda menatap 29 keping gambar eksklusif Fara ini.

Biodata: 

Farah Fauzana dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai tiga orang adik-beradik. Hobinya ialah memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah. Fara memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam. 

Pengakuan Sebenar Norish Karman

WAJAHNNYA pilu dan sesekali jari-jemarinya mengesat air yang tumpah dari kolam matanya yang berkaca, namun Norish Karman, 37, tetap mengagahkan diri. Dia bercerita dan terus bercerita tentang lara yang sedang dihadapi ekoran pelbagai kontroversi.

Tahun lepas namanya panas gara-gara kehadiran seorang bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang sehingga kini masih dirahsiakan identiti bapanya. Tahun ini, air muka pelakon berkaliber yang cukup dikenali dengan panggilan NK itu masih belum habis diconteng dengan arang.

Sama ada terhukum oleh kesilapan lalu atau dihukum sewenang-wenangnya oleh media, apa yang berlaku kepada Norish sebenarnya satu episod hitam. Luka hidupnya tidak pernah sembuh.
Semuanya bermula beberapa tahun lalu selepas rumah tangganya bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir hancur dipukul badai pada 2008. Dalam tempoh beberapa tahun ini, namanya tenggelam timbul. Selesai soal penjagaan anak-anak, muncul pula kisah bercinta lelaki muda. Tidak habis dengan perkara itu, tiba-tiba pula dia dikatakan menyembunyikan diri dan hamil anak luar nikah.

Terbaharu, Norish dikecam seorang wanita yang mendakwa pelakon itu cuba merampas suaminya. Norish, baru-baru ini terpaksa merasakan sudah tiba masa untuknya bangkit memperjelaskan keadaan sebenar kepada media.

"Semua cerita dan kontroversi yang selama ini dipaparkan oleh pihak media sangat mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya. Saya lebih teruk daripada banduan kerana media terus menjatuhkan hukuman kepada saya tanpa mempedulikan berita itu sahih atau tidak," getus Norish dalam nada hiba usai majlis solat hajat dan jamuan makan buat peminat-peminatnya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Norish mengambil peluang itu untuk beramah-mesra dengan media yang selama ini disifatkannya tidak habis-habis mencungkil cerita panas tentang dirinya.
"Tanyalah saya apa sahaja, selama ini pihak media tidak habis-habis telefon saya minta komen macam-macam cerita," katanya separuh tegas, separuh berseloroh.

Lebih memburukkan keadaan, kata Norish: "Karier lakonan saya mendapat impak yang paling teruk. Selama enam bulan sampai ke hari ini, saya tidak berlakon dan tidak mendapat sebarang tawaran lakonan. Semua itu kesan cerita buruk tentang saya yang dijaja oleh media."
Kehilangan sumber pendapatan hasil lakonan menyebabkan Norish melakukan kerja-kerja sampingan lain seperti katering dari rumah dan memenuhi jemputan mengadakan ceramah motivasi. Sepanjang tiada tawaran lakonan juga, Norish menumpukan perhatian untuk promosi albumnya, Terus Melangkah.

Untuk tahun 2013, dia masih punya harapan untuk menjayakan promosi dan persembahan jelajah untuk album berkenaan ke seluruh negara.
"Mujurlah saya masih ada peminat yang terus memberi sokongan. Sekarang saya ada empat akaun Facebook kerana satu akaun tidak menampung jumlah pengikut yang ramai," akui Norish.

Berhubung kontroversi terbaharu dituduh sebagai artis perampas suami orang yang terpalit ke mukanya, ibu kepada empat orang anak itu menjelaskan dakwaan itu adalah kenyataan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang pernah dianggap seperti kakak sendiri.

"Tuduhan itu buat saya bertambah sedih dan terkilan. Dia bukan sahaja kawan bahkan saya anggap sebagai kakak sendiri. Saya kenal rapat keluarga tapi tidak perlulah namanya disebut, saya tidak mahu dia pula yang dicerca oleh masyarakat.

"Ini semua kerana cemburu dan iri hati. Dia cemburu kerana anak-anaknya sangat rapat dengan saya. Dia mungkin kurang senang dan fikir saya mahu rampas suaminya. Saya langsung tidak tergamak untuk runtuhkan rumah tangga orang lagipun suaminya sudah berusia 66 tahun," jelas Norish.

Menurut Norish, dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah berkenaan. Dia cuma kesal kerana hubungan yang terbina selama lima tahun musnah begitu sahaja gara-gara prasangka tanpa usul periksa.

Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay, tapi pengapit pula jadi tumpuan, macam rahib gereja?

on Sunday, February 3, 2013

Sorilah kami tak sempat berkongsi dengan anda gambar-gambar majlis perkahwinan Liyana Jasmay dan suaminya.

Bukan tak sempat atau tak ada masa, tapi melayan kontroversinya empat lima hari lepas, kami jadi muak pulak nengokkan couple ni. Sekadar lihat untuk tatapan sendiri boleh la...

Bila bercakap mengenai majlis pasangan ini, kami sekadar layan melihat ia dimuatnaik oleh blog-blog hiburan seperti Budiey, Oh Bulan! , Rotikaya dan lain-lain.

Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah beberapa komen yang agak sinis bertanyakan hal pengapit pengantin perempuan dengan style bajunya yang disekalikan dengan tudung. Kami pun kurang pasti adakah itu fesyen tudung terkini atau tidak kerana rambutnya tetap dibiar berjurai keluar.
Komen-komen tersebut ada yang mengatakan gaya pengapit itu ala-ala rahib gereja! Waah...sampai ke situ perginya, tapi kami malas nak tulis panjang, kepada yang singgah membaca kisah ini, anda boleh nilaikan sendiri ya...!

Menurut Anda Gadis Ini Langsing Atau Gendut .?


Ilusi optical sering membuat orang tertipu dengan kenyataan yang sebenarnya, seperti pada gambar ini. Sepintas perempuan ini terkesan mempunyai badan yang sexy dan langsing, namun apapbila kita melihatnya dengan teliti, maka kita akan mendapati kenyataan yang sebenarnya. Apa kenyataan itu? Sila perhatikan baik-baik gambar ini dan katakan apa yang harus anda katakan sesuai dengan apa yang anda lihat.




Lelaki Ini Menikahi Anjing, Bosan Dengan Perempuan Mungkin


Ada lelaki menikahi anjing nya sendiri, lelaki menikahi anjing ini berlaku di banyak tempat di dunia ini. Memang dunia sudah semakin tua dan semakin gila saja, inilah yang patut kita katakan, bagaimana tidak dua lelaki lebih memilih menikahi anjing dari pada wanita. Ini bukanlah filem tapi sebuah kenyataan yang patut anda ketahui. Perkahwinan lelaki dengan seekor anjing ini berlangsung di dua tempat iaitu di India dan Australia. Untuk yang di India sudah berlangsung agak lama. Lelaki bernama Selvakumar nekad berkahwin dengan anjing betina bernama Silva.



Sebenarnya perkahwinan tersebut lebih pada penebusan dosa kerana lelaki itu telah merejam dua anjing dengan batu hingga mati 15 tahun silam. Setelah anjing itu terbunuh, Selvakumar mengalami lumpuh dan kehilangan pendengaran serta kemampuan bicaranya. Kerana merasa terkena kutukan dia memanggil seorang dukun dan dukun tersebut mengatakan kalau mau hilang kutukannya Selvakumar harus berkahwin dan hidup bersama anjing.

Pernikahan Lelaki dengan anjing yang kedua adaah di Australia, lelaki bernama Joseph Guiso menikahi anjing peliharaannya yang bernama Honey. Pernikahan itu berlangsung di Taman Laurel, Bandar Toowoomba Guiso. Awalnya Guiso mengadopsi Honey lima tahun lalu. Kemudian dia merasa bersalah pada Honey kerana hidup serumah dengannya tanpa ikatan apa-apa.

Kerana alasan itulah kemudian Dia menikahi Anjing itu, dan dilakukannlah perkahwinan tersebut dengan dihadiri 30 rakan serta keluarganya. Pernikahan tersebut berlangsung sangat khidmat seperti layaknya perkahwinan dengan wanita.

Ketika melakukan pernikahan tersebut Guiso mengucapkan sumpah pada anjing tersebut, "Kau adalah sahabatku dan membuat hidupku lebih baik". Tapi sayang anjing itu tidak mengatakan apa-apa, namanya juga anjing. Walaupun anjing itu diam saja, Guiso menganggapnya sebagai jawapan ya.

Gambar-Gambar Lucu Dan Menarik Hanya Ada Di Asia


Asia memang gudangnya orang-orang yang selalu mempunyai idea untuk membuat kelucuan bahkan mengarut, seperti gambar-gambar di bawah ini. Tidak tahu apa tujuan mereka melakukan aksi-aksi mengarut tersebut yang pasti apa yang mereka lakukan pasti akan membuat sesiapa yang melihatnya ketawa.

Dari beberapa gambar yang saya posting ini, ada juga hal-hal mengarut yang sebenarnya sangat berbahaya untuk dilakukan.














Inilah Kenny Easterday..Manusia Dengan Setengah Badan

Lelaki ini bernama Kenny Easterdy, tubuhnya tumbuh tidak normal dan kelihatan seperti hanya mempunyai setengah badan dari perut hingga kepala tanpa punggung dan kaki. Sebetulnya Kenny mempunyai kaki tetapi kakinya tidak tumbuh dan hanya menjadi kaki kecil yang terlipat.

Dalam keadaan tubuh yang seperti ini ternyata Kenny mampu menjalankan aktiviti-aktiviti hidupnya seperti manusia pada umumnya, bahkan dia boleh bermain bowling dan Billiar. Kenny juga mempunyai seorang isteri dan seorang putri yang tumbuh normal.

Sebuah contoh hidup dari seseorang yang hidup dengan segala keterbatasan namun dengan kegigihannya dia dapat menjalankan peranannya sebagai manusia dengan segala keterbatasan yang ada.


\