Pereka Fesyen Australia Cipta Gaun Pengantin Guna Klip Pembungkus Roti.

on Sunday, April 21, 2013

Pereka fesyen warga Australia Stephanie Watson telah berjaya mencipta gaun yang hanya menggunakan barangan kitar semula iaitu klip pembungkus beg roti dengan hanya berharga $36AUD.

Klip roti  tersebut telah dikumpulkannya sejak sedekad yang lalu, apabila dia dan kekasihnya yang dikenali dengan nama Wapling masih didalam usia remaja.
Selepas sepuluh tahun kemudian Watson mula berfikir mungkin sudah cukup klip roti tersebut digunakan untuk mencipta sehelai gaun perkahwinannya dan beliau dengan teliti mencipta pakaian impiannya yang dinamakan “Nadine” diblog beliau dan mengambil masa sepanjang 300 jam dengan berat pakaian tersebut lebih kurang 15 paun. 


Terdapat banyak keadaan di mana anda boleh memakai pakaian wanita cantik dalam hidup anda. Untuk hari yang benar-benar istimewa saya berfikir, mengapa tidak mempunyai sesuatu yang aneh? kata Watson.

- terjemahan: infoduniaaku -

 

Wanita Taiwan Bunuh 4 Juta Ekor Nyamuk



Seorang wanita Taiwan Yuyen Huang telah berjaya memenangi satu pertandingan yang menghendaki para peserta membunuh seberapa banyak nyamuk didalam masa sebulan.

Yuyen Huang bersama anaknya dan bungkusan plastik yang dipenuhi nyamuk yang dibunuhnya
Yuyen Huang yang juga dikenali sebagai “Mosquitoes Buster” telah berjaya membunuh atau menangkap sebanyak 3 paun (1.36kg.) ataupun lebih daripada empat juta nyamuk dalam masa satu bulan, atau kira-kira 90 ekor nyamuk didalam masa satu minit.

- terjemahan : infoduniaaku -

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...


SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 


SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular

Video Selepas Popular
SC: Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

Isu video Mustafa Ali: PAS lalai petunjuk Allah?


PAS telah menuduh Umno dengan pelbagai nama yang buruk di dalam kamus Islam. Umno pernah dituduhnya dengan panggilan kafir, murtad, fasik dan munafik.

Nas atau hujahnya pun pelbagai. Adakala Umno jadi kafir dan murtad kerana masih menegakkan perlembagaan penjajah, dan mengamalkan undang-undang yang bukan mengikut syariah Islam. 

Terbaharu solat ahli Umno dikira oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tidak dapat pahala. Ini semua dilontarkan terhadap Umno dan pemimpin PAS amat yakin hanya partinya yang menganut dan mengamalkan Islam tulen di Malaysia. 

Bermula dengan keyakinan yang tinggi akan ketulenan dan kesucian amalannya sendiri PAS mula menjadi angkuh bahawa hanya PAS parti Islam sempurna dan sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir, murtad, thaghut dan sebagainya.

PAS abaikan ajaran Al-Quran

Malangnya, andaian PAS itu tidak semestinya betul. Ambil sahaja kes yang didakwa PAS sebagai fitnah terhadap Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikatakan mirip lelaki yang sedang melakukan adegan seks.

PAS bingkas menafikan lelaki itu Mustafa dan tangkas pula menuduh ini semua gara-gara Umno. Seorang demi seorang pemimpin PAS menafikan seraya mengutuk saingan politiknya Umno. 

Dalam tingkah politiknya menangani isu ini PAS jelas mengabaikan ajaran Al Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasiq datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat ayat 6)

Ayat ini diturunkan berhubung Harits bin Dhirar Al-Khuza’I yang memeluk Islam dan diarahkan oleh Rasulullah S.A.W. supaya menyeru kaumnya memeluk Islam juga. Baginda kemudian mengamanahkan beliau supaya memungut zakat dari kalangan kaumnya yang muslim. 

Malangnya, Harits difitnah oleh Walid bin Uqbah kononnya beliau telah menyongsong Harits seperti diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil zakat kaumnya tetapi Harits enggan menyerahkannya. Sebaliknya Harits dikatakan mengancam mahu membunuhnya (Walit).

Mendengar laporan fitnah Walit, Rasulullah S.A.W. mengirim pasukan untuk mengheret Harits ke muka pengadilan. Maka turunlah ayat ini untuk membersihkan nama Harits dan menjadi peringatan jelas daripada Allah supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah. 

PAS tidak hayati peringatan Allah S.W.t supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah 

Namun pimpinan PAS tidak pula menghayati pedoman yang diberikan Allah. Tindakan pertama dan utama mereka ialah menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah Mustafa. Sewajarnya PAS harus menyiasat maklumat (video) berkenaan dan tidak segera menuding jari kepada Umno. 

PAS seolah lupa sebagai ahli politik, Mustafa ada ramai musuh baik dalam parti mahupun dalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan mereka yang tergamak memfitnah Mustafa dan akhirnya mencemar maruah dan imej PAS.

Banyak sudut yang harus dikaji oleh PAS. Pada keseluruhannya PAS harus mempertimbangkan siapakah yang ghairah untuk menafikan kemaraan dan rancangan PAS untuk menerajui Pakatan yang mahu mengambil alih pemerintahan negara?

PAS akan menyesali gerak politik jahil

Cukuplah PAS dipandu oleh seorang dua ulama yang tidak segan silu melabel musuhnya sebagai kafir dan fasiq. Siasatlah dahulu. Adalah dikhuatiri seperti peringatan Allah S.W.T bahawa PAS (jika ia benar-benar beriman) akan menyesali gerak politik jahil ini.

PAS tidak boleh gopoh. Ikutlah panduan Presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang bertekad kuat untuk mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T dalam meleraikan dakwaan video seks Mustafa Ali.

Untuk itu Haji Hadi segera mengumumkan apa yang perlu dan akan dilakukannya yakni melakukan solat hajat agar Allah S.W.T mendedahkan hakikat yang membelit isu Mustafa Ali. 

Bukankah Allah S.W.T itu wujud? Bukankah sehari semalam sekurang-kurangnya 17 kali ahli PAS memohon kepada Allah S.W.T supaya “ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan yang sesat” kerana hanya kepada-Nyalah “muslimin menyembah dan kepada-Nya muslimin meminta panduan?.

Apakah PAS dilekakan oleh percaturan politik atau sekadar lalai perintah Allah?.

Sumber:  AntaraPos.com

Tuhan Harun Kena Cekup


KUANTAN - Pengasas ajaran ‘Tuhan Harun’ dipercayai menubuhkan sistem pengajian dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ dalam usaha menyebar fahaman songsang kepada pengikutnya.

Melalui sistem pengajian itu, lelaki berusia 46 tahun itu membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat iaitu Intake (baru), Doktorat dan Doktor World of God (tertinggi).

Berdasarkan bahan bercetak dirampas daripada kumpulan itu, lelaki terbabit dipercayai cuba menerap fahaman kepada ahli bahawa dia adalah ‘Tuhan’.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raflii Abdul Malek berkata, pengasas ajaran songsang itu juga dipercayai menubuhkan beberapa persatuan atas nama kebajikan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan kumpulan terbabit.

Menurutnya, sebelum ini pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak berhubung ajaran itu yang jelas bercanggah dengan hukum syarak.

“Antara dirampas termasuk bahan penulisan bertajuk ‘Tuhan 2013’ disyaki dimaksudkan kepada pengasas ajaran itu," katanya.

Ahmad Rafli berkata, lelaki tersebut bersama 30 pengikutnya termasuk enam wanita ditahan dalam sebuah premis di Lorong Pandan Damai 2 di sini ketika menjalani ritual diiringi persembahan muzik kira-kira jam 6.30 petang, 4 April lalu.

“Susulan penahanan kumpulan terbabit, pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak selain komputer riba, Ipad, pemacu dan cakera padat mengandungi bahan perisian yang bercanggah dengan hukum syarak.

“Rampasan bahan-bahan bercetak itu turut dilakukan hasil serbuan ke atas sebuah premis  di tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi di sini yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi,” katanya.

Sumber: Sinar

Budak 5 tahun kritikal akibat diculik dan dirogol kejam




NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.

Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.

"Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.

Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.

"Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa.

Sumber: Sinar