Tuhan Harun Kena Cekup

on Sunday, April 21, 2013


KUANTAN - Pengasas ajaran ‘Tuhan Harun’ dipercayai menubuhkan sistem pengajian dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ dalam usaha menyebar fahaman songsang kepada pengikutnya.

Melalui sistem pengajian itu, lelaki berusia 46 tahun itu membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat iaitu Intake (baru), Doktorat dan Doktor World of God (tertinggi).

Berdasarkan bahan bercetak dirampas daripada kumpulan itu, lelaki terbabit dipercayai cuba menerap fahaman kepada ahli bahawa dia adalah ‘Tuhan’.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raflii Abdul Malek berkata, pengasas ajaran songsang itu juga dipercayai menubuhkan beberapa persatuan atas nama kebajikan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan kumpulan terbabit.

Menurutnya, sebelum ini pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak berhubung ajaran itu yang jelas bercanggah dengan hukum syarak.

“Antara dirampas termasuk bahan penulisan bertajuk ‘Tuhan 2013’ disyaki dimaksudkan kepada pengasas ajaran itu," katanya.

Ahmad Rafli berkata, lelaki tersebut bersama 30 pengikutnya termasuk enam wanita ditahan dalam sebuah premis di Lorong Pandan Damai 2 di sini ketika menjalani ritual diiringi persembahan muzik kira-kira jam 6.30 petang, 4 April lalu.

“Susulan penahanan kumpulan terbabit, pihak penguat kuasa Jaip merampas pelbagai bahan bercetak selain komputer riba, Ipad, pemacu dan cakera padat mengandungi bahan perisian yang bercanggah dengan hukum syarak.

“Rampasan bahan-bahan bercetak itu turut dilakukan hasil serbuan ke atas sebuah premis  di tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi di sini yang dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi,” katanya.

Sumber: Sinar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment