Pereka fesyen warga Australia Stephanie Watson telah berjaya mencipta gaun yang hanya menggunakan barangan kitar semula iaitu klip pembungkus beg roti dengan hanya berharga $36AUD.
Klip roti tersebut telah dikumpulkannya sejak sedekad yang lalu, apabila dia dan kekasihnya yang dikenali dengan nama Wapling masih didalam usia remaja.
Selepas sepuluh tahun kemudian Watson mula berfikir mungkin sudah cukup klip roti tersebut digunakan untuk mencipta sehelai gaun perkahwinannya dan beliau dengan teliti mencipta pakaian impiannya yang dinamakan “Nadine” diblog beliau dan mengambil masa sepanjang 300 jam dengan berat pakaian tersebut lebih kurang 15 paun.
Terdapat banyak keadaan di mana anda boleh memakai pakaian wanita cantik dalam hidup anda. Untuk hari yang benar-benar istimewa saya berfikir, mengapa tidak mempunyai sesuatu yang aneh? kata Watson.
- terjemahan: infoduniaaku -
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment