Amy Search Akui Gugup Beri Ucapan Ala YB.

on Thursday, May 2, 2013


Malam kelmarin merupakan detik mendebarkan buat ikon rock terkenal tanah air, Amy Search apabila dia telah diminta berucap buat pertama kalinya di hadapan orang ramai yang menghadiri kempen pilihan raya sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Muar, Johor.

Bukan satu kerja mudah buatnya, tetapi menurut Amy Search, apa yang telah dilakukan malam semalam adalah sebagai perkongsian pendapat sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan sukakan keamanan.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Amy Search berkata dia sememangnya tidak menjangka apabila diberi peluang berucap kerana sejak mengikuti kempen pilihan raya, dia selalunya ditugaskan untuk menghiburkan orang ramai dengan lagu dendangannya.

"Memang saya gugup dan gentar kerana selama ini saya hanya menyanyi. Tak pernah pula diminta untuk berucap seperti itu. Tetapi peluang yang ada itu saya gunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai supaya sayangkan keamanan dan menyokong pemimpin yang dapat memberikan kemajuan kepada negara.

"Inilah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan inilah juga salah satu cara saya memberi balik apa yang telah saya alami selama lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

" Saya sokong 110 peratus kerajaan yang ada sekarang kerana sudah tiba masanya rakyat memilih pihak yang dapat memberikan kemajuan dan keamanan. Ini bukan untuk saya semata-mata tetapi juga untuk generasi akan datang," kata anak jati Johor itu penuh semangat.

Amy Search berkata, meskipun peluang yang diberikannya untuk berucap malam semalam hanya seketika, tetapi dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya peranannya sebagai selebriti untuk bersuara diberikan.

Namun begitu dia tidak pernah terfikir untuk menukar kerjayanya sebagai ahli politik atau memberi lebih banyak ucapan seperti itu selepas ini kerana apa yang diberikan malam semalam adalah secara spontan tanpa dirancang.

Menurut Amy Search, dia telah mengikuti proses berkempen sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April lalu dan sejak itu dia bersama-sama beberapa rakan artis lain termasuk Erma Fatima semakin aktif berkempen di beberapa lokasi.

"Ianya merupakan pengalaman yang cukup menyeronokkan kerana saya bukan saja berkesempatan mengedarkan kemeja-T kepada orang ramai, malahan juga dapat mendekati mereka dengan lebih dekat terutama masyarakat di kawasan kampung.

"Bukan sahaja generasi muda, tetapi semangat berkempen yang ada dalam jiwa Mak Cik dan Pak Cik membuatkan saya seronak serta bersemangat untuk lebih rajin turun padang," katanya yang akan kekal dengan lebih banyak aktiviti berkempen sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei ini.

Fizz Fairuz: Saya Dengan Bekas Tunang Dah Tutup Buku.


Pelakon, Fizz Fairuz menganggap hubungannya dengan bekas tunang, Azlyn Massiela sudah pun berakhir dengan baik selepas mereka membuat keputusan untuk tidak lagi berjumpa atau berhubung di antara satu sama lain.

Fizz Fairuz berkata dia kini harus memulakan hidup baru dan memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pelakon daripada memikirkan soal cinta.

"Saya sudah tidak lagi berhubung dengan dia (Azlyn) dan hubungan kami sudah lama putus dan selesai. Saya rasa masing-masing pun sudah jelas. Tiada isu hendak saman-menyaman,malah kami sudah tutup buku lama dan masing-masing memulakan hidup baru.

"Saya pula mahu menumpukan sepenuh tumpuan kepada kerjaya sebagai pelakon," katanya kepada murai.com.my selepas tayangan media filem Bisikan Syaitan di e@Curve petang tadi.

Tali pertunangan pelakon itu dengan Azlynn yang diikat pada 10 Februari lalu hanya bertahan seminggu selepas mendakwa wanita berkenaan sudah pun berkahwin dan berstatus isteri orang.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Almy Nadia yang dikatakan telah terjalin kembali, Fizz memberitahu ianya hanya hubungan sebagai kawan. Malah Fizz berkata dia kini sudah dinasihatkan oleh ibunya supaya tidak mengambil keputusan untuk berkahwin selama 2 tahun ini.

"Saya dengan Almy hanya berkawan biasa. Namun semua itu tidak penting kerana saya tidak mahu memikirkan soal cinta atau kahwin lagi buat masa ini. Malah, ibu saya telah pun beri syarat kepada saya supaya tidak berkahwin dalam masa 2 tahun ini kerana tidak mahu saya terburu-buru dalam soal ini.

"Ibu saya juga mahu saya mengumpul asset selama 2 tahun ini. Dia (ibu) mahu saya belikan dia banglow dan bawa dia ke Mekah dahulu. Jadi saya hanya berserah kepada jodoh saya nanti, mungkin Almy dan mungkin juga orang lain," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fizz kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Mencari Cinta untuk RTM dan bakal muncul dalam filem Bisikan Syaitan pada 2 Mei ini.

Gwyneth Paltrow Selebriti Paling Cantik 2013.


Seramai 10 selebriti popular Hollywood, Pink, Zooey Deschanel, Jennifer Lawrence, Gwyneth Paltrow, Kerry Washingston, Amanda Seyfried, Jane Fonda, Kelly Rowland, Halle Berry, Drew Barrymore telah disenaraikan sebagai selebriti paling cantik untuk tahun 2013.

Senarai itu telah dikeluarkan oleh majalah hiburan dan fesyen terkemuka antarabangsa, People baru-baru ini dalam satu cara mengiktiraf kecantikan seseorang selebriti bukan sahaja dari luaran, malahan dari dalam diri.

Bagaimanapun gelaran itu nampaknya telah dimenangi pelakon serba boleh Gwyneth Paltrow dan melayakan beliau menghiasi halaman muka hadapan majalah People untuk isu istimewa majalah berkenaan.

Kejayaan aktres berpersonaliti menarik itu dinilai oleh pembaca People sendiri dan mungkin juga kerana kenyataan realistiknya yang tidak pernah mengoles make up dan hanya menyarungkan seluar denim serta kemeja-T apabila berada di rumah.

Malah kecantikan Paltrow juga dilihat menerusi kehidupannya yang bahagia bersama suaminya Chris Martin dan dua cahaya mata, Apple, 8 dan Moses, 7.

Dalam usianya yang kini 40 tahun, pelakon Iron Man itu kerap bersenam yang sekali gus menjadi petua mujarab untuk dirinya kekal sihat dan cantik.

Tempat kedua dimiliki pelakon kontroversi Kerry Washington dan diikuti Amanda Seyfried.

Sementara itu penyanyi popular Pink menyedari dirinya tidak cantik sejak awal kemunculannya di dalam bidang seni dan ada pihak yang mengatakan dia tidak akan menghiasi mana-mana muka hadapan majalah kerana wajahnya yang kurang cantik.

Bagaimanapu dia percaya, dengan bakat, personaliti yang kelakar dan kerja kerasnya untuk berada sehingga tahap ini menjadi pemangkin untuk dia terus berjaya. Oleh kerana itu juga dia kerap menjadi pilihan majalah menghiasi halaman muka hadapan.

Aizat Terkilan Tak Dapat Mengundi Kerana Ke Australia.


Penyanyi muda berbakat besar, Aizat Amdan terkilan kerana niatnya untuk membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei ini terbantut kerana bakal berada di Melbourne, Australia pada tarikh berkenaan.

Ditemui portal murai.com.my semalam sempena pelancaran album kompilasi, Baik Punya di pusat hiburan Hard Rock Café di sini semalam, Aizat melahirkan rasa kekesalanya.

"Itulah, rasa kecewa juga sebab ketika pilihan raya nanti saya akan membuat persembahan di Melbourne, Australia sempena Melbourne Music Festival 2013. Pihak penganjur sudah booked saya lama iaitu sebelum pengumuman tarikh pilihan raya lagi. Memang tak dapat buat kali ini. Insya Allah pada pilihan raya akan datang," katanya dengan nada kecewa.

Aizat berkata, pemergiannya ke sana bermula 2 Mei sehingga 7 Mei ini akan disertai seorang lagi penyanyi, Amir Jahari dan tidak ketinggalan band muzik, Go Gerila.

Katanya, dia telah diberikan beberapa slot persembahan bagi menghiburkan penonton di sana yang kebanyakannya merupakan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara Kangaru berkenaan.

Tambah Aizat, meskipun dia tidak dapat membuang undi pada hari berkenaan, tetapi dia masih mengikuti perkembangan PRU13 dari masa ke semasa. Berlainan dengan selebriti lain, Aizat nampaknya memilih untuk memantau secara jauh dan mendengar ceramah kempen PRU13 melalui laman YouTube.

"Saya bukanlah individu yang layak untuk berkempen kerana saya tidak ada ilmu itu. Tapi saya suka dengar ceramah ataupun perdebatan dan perbincangan PRU13 melalui YouTube sahaja. Untuk ke lokasi berkempen, itu tidaklah.

"Tapi saya harap, agar pilihan raya kali ini berjalan dengan aman damai dan secara bersih. Kerana bagi saya politik itu cukup indah dan ianya akan jadi kotor jika ianya dikotorkan. Itu sahaja yang saya harapkan dengan perjalanan pilihan raya kali ini," katanya.

Aizat tampil dengan lagu Jerrypah menerusi album kompilasi Baik Punya terbitan Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Tropic Jaya yang turut menampilkan 13 lagu lain nyanyian penyanyi popular lain seperti Bunkface, Liyana Jasmay, Kilafairy, Hyper Act, Toi, Sabhi Saddi dan Sheila Abdul.

Menurut Aizat, menariknya tentang lagu ini kerana ianya tidak terdapat di dalam album solonya tetapi hanya di dalam album kompilasi berkenaan.

LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL BARCELONA VS BAYERN MUNICH


LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL BARCELONA VS BAYERN MUNICH..Live streaming akan bermula kira-kira jam 2.45 pagi waktu malaysia..selamat menonton

link 1 di sini

link 2 di sini

link 3 di sini

Misteri Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur Terbongkar

on Wednesday, May 1, 2013



Ada yang tak kena dengan Siti Balqis ni. Berita kononnya dia dilarikan oleh jin berbulu ke Gunung Jerai hanyalah rekaannya semata-mata. Apa sebab dia buat begitu? Apa yang diharapkan agar keluarga Siti Balqis dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya kelak. Bukannya apa, ramai yang sudah menaruh simpati, tidak kurang yang bersengkang mata menjaga Siti Balqis di rumah, berpuluh bomoh dan pengamal perubatan cuba mengubati beliau. Rupa-rupanya ini adalah lakonan dari beliau sahaja?

Macam-macam kisah Siti Balqis nih, dari berita dia disorok dek jin, berita batu permata jatuh dari bumbung sehinggalah yang terbaru, dikatakan dia dilarikan jin berbulu ke Gunung Jerai, walhal siasatan polis menunjukkan beliau berada di jelebu, Negeri Sembilan.
Berikut adalah rentetan siasatan polis :

1. Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

2. Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

3. Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini. Polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

4. Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

5. Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

6. Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

7. “Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

8. Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

9. Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

10. “Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

11. Di Kuala Kelawang, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

12. Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

13. “Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.

14. Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

15. Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning.

Apa motif sebenar Siti Balqis? adalah betul-betul beliau sakit yang memerlukan beliau berjumpa dengan pakar psikiatri? Kalau perlu, segerakanlah! Kenapa? apa motif beliau menyatakan ibunya sudah meninggal dunia dan duduk di banglo mewah? kalau betul Siti Balqis berkata begitu, memang patut disegerakan rawatan beliau dengan pakar psikiatri.

Siti Balqis memang unik, kami nak juga tahu bagaimana dengan insiden batu permata yang jatuh dari atas siling, Siti Balqis hilang dari pandangan walaupun dikawal ketat oleh penduduk kampung dan wartawan? atau ada orang yang bersubahat menolong beliau? Hairan, macamana pula dia boleh dapat tiket bas ekspress? Harap dapat dirungkaikan dan dapat penjelasan dari Siti Balqis sendiri.

Susah untuk percaya dan sukar untuk menidakkannya, apatah lagi mengenai batu permata tuh, elokkan diperiksa dari mana datangnya. Kita pun ada teknologi canggih, sekali imbas dah boleh tahu batu jenis apa, dimana datangnya.

Sebelum itu juga, kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kita dimana Tuhan jadikan bumi ini bukanlah untuk manusia sahaja. Hanya itu yang boleh dijadikan pengajaran, berkaitan ceritanya yang mengarut itu, jadikan lah sempadan. Masakan tidak, memang lumrah sekarang, bila berlaku kes sebegini, ramai yang lebih mempercayai bomoh dari pengamal perubatan Islam atau dengan kata lain, berubat dengan kaedah Islam. Ramai yang masih tidak percaya atau kurang yakin dengan majlis bacaan Yassin dan lebih selesa menggunakan khidmat bomoh-bomoh yang entah betul atau tidak. Satu soalan! Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?.

Categories: Latest Post , Seram

Info : Remaja Singapura Memadu Asmara di Tempat Awam !


Seorang pelayar web Stomp, Nur Ilham telah terserempak dengan pasangan ini di tempat letak kereta bertingkat di Blok 34A Lebuh Marsailing sedang memadu asmara dikawasan awam.

Apa yang mengejutkan beliau adalah, tindakan remaja perempuan itu yang telah menanggalkan baju dan branya.

Remaja perempuan itu kemudiannya berbaring dan membiarkan tubuhnya diraba oleh si lelaki itu.
Beliau berkata : “Ibu saya ternampak pasangan ini pada jam 5 petang ketika beliau sedang menjenguk keluar menanti abang saya pulang ke rumah.

“Pada mulanya, pasangan itu hanya berbual-bual sehinggalah mereka mula berciuman.
“Pada ketika itu, kami tidaklah ambil peduli kerana memikirkan itu adalah tempat awam, dan takkanlah mereka mahu lakukan lebih dari itu. Malangnya memang itu yang berlaku apabila mereka mula bercium dengan penuh bernafsu dan si perempuan mula menanggalkan baju dan branya.
‘Terus saya dapatkan kamera dan mula menangkap gambar aksi mereka.
“Perempuan itu berbaring di atas lantai yang kotor dan si lelaki itu terus meratah tubuh perempuan itu dengan tangannya.

“Mereka berhenti beberapa ketika sambil memerhati sekeliling, dan peliknya mereka tidak perasan kepada kami. Mereka terus melakukan aksi panas tersebut hampir sejam.
“Mujur juga ibu saya rabun jauh, jadi dia tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Sudah menjadi trend sekarang di Singapura apabila banyak pasangan.