Gwyneth Paltrow Selebriti Paling Cantik 2013.

on Thursday, May 2, 2013


Seramai 10 selebriti popular Hollywood, Pink, Zooey Deschanel, Jennifer Lawrence, Gwyneth Paltrow, Kerry Washingston, Amanda Seyfried, Jane Fonda, Kelly Rowland, Halle Berry, Drew Barrymore telah disenaraikan sebagai selebriti paling cantik untuk tahun 2013.

Senarai itu telah dikeluarkan oleh majalah hiburan dan fesyen terkemuka antarabangsa, People baru-baru ini dalam satu cara mengiktiraf kecantikan seseorang selebriti bukan sahaja dari luaran, malahan dari dalam diri.

Bagaimanapun gelaran itu nampaknya telah dimenangi pelakon serba boleh Gwyneth Paltrow dan melayakan beliau menghiasi halaman muka hadapan majalah People untuk isu istimewa majalah berkenaan.

Kejayaan aktres berpersonaliti menarik itu dinilai oleh pembaca People sendiri dan mungkin juga kerana kenyataan realistiknya yang tidak pernah mengoles make up dan hanya menyarungkan seluar denim serta kemeja-T apabila berada di rumah.

Malah kecantikan Paltrow juga dilihat menerusi kehidupannya yang bahagia bersama suaminya Chris Martin dan dua cahaya mata, Apple, 8 dan Moses, 7.

Dalam usianya yang kini 40 tahun, pelakon Iron Man itu kerap bersenam yang sekali gus menjadi petua mujarab untuk dirinya kekal sihat dan cantik.

Tempat kedua dimiliki pelakon kontroversi Kerry Washington dan diikuti Amanda Seyfried.

Sementara itu penyanyi popular Pink menyedari dirinya tidak cantik sejak awal kemunculannya di dalam bidang seni dan ada pihak yang mengatakan dia tidak akan menghiasi mana-mana muka hadapan majalah kerana wajahnya yang kurang cantik.

Bagaimanapu dia percaya, dengan bakat, personaliti yang kelakar dan kerja kerasnya untuk berada sehingga tahap ini menjadi pemangkin untuk dia terus berjaya. Oleh kerana itu juga dia kerap menjadi pilihan majalah menghiasi halaman muka hadapan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment