Bandar-bandar Di United kingdom Kotor, Kata Mahkamah Agung

on Thursday, May 2, 2013

United Kingdom 2 Mei 2013 - Keputusan Mahkamah Agung United Kingdom semalam boleh memaksa bandar-bandar di British supaya dibersihkan dan mengharamkan kereta-kereta yang kotor dan agak ‘berumur’ daripada memasuki pusat bandar bagi mengurangkan pencemaran udara.

Kerajaan telah melanggar undang-undang kualiti udara Kesatuan Eropah kerana gagal untuk mengurangkan pencemaran udara yang boleh menyebabkan kanser.

Bandar-bandar di British mungkin perlu mengharamkan kereta tua untuk mengurangkan secara mendadak kesan buruk pencemaran udara atau menghadapi risiko didenda dari EU selepas Mahkamah Agung memutuskan Kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk meningkatkan kualiti udara.

Keputusan ini bermakna bahawa Kerajaan UK akan berada di bawah tekanan untuk meningkatkan kualiti udara. Bukan sahaja di London, di mana zon kesesakan sudah menghadkan kereta, tetapi di bandar-bandar utama yang lain.

London mempunyai tahap bacaan tertinggi NO2 daripada mana-mana bandar di Eropah.

Anggota Polis Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri (video)


Kepantasan seorang anggota polis telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat keatas landasan keretapi yang sedang bergerak laju.

Saksikan video dibawah ini

Juruterbang Helikopter Yang Panjang Akal (video).

Canada - Sebuah helikopter telah dihantar untuk menyelamatkan seekor rusa yang terkandas disebuah tasik yang telah beku di Pelabuhan Antigonish, Nova Scotia, Canada.

Juruterbang helikopter tersebut, David Farrell telah menggunakan kekuatan tiupan angin bilah kipasnya untuk menolak rusa tersebut ke tepi tebing dan akhirnya menyelamatkan rusa tersebut.

juruterbang tersebut memberitahu stesen TV CTV, “Selagi kita dapat menolak rusa sepanjang ais tersebut, dia akan bertenang. Saya tak tahu jika rusa tersebut mengetahui bahawa kita sedang cuba menyelamatkannya, saya tak tahu apa yang bermain difikirannya, tetapi tugas berjalan dengan baik”.

Saksikan video operasi menyelamat ini...... 


Kalau Nyawa Masih Panjang.


California 27/04/2013 - Dua orang penunggang basikal nyaris maut setelah dilanggar dari belakang oleh sebuah motorsikal di sebatang jalan di California.

Dua penunggang tersebut sedang mengayuh basikalnya disepanjang jalan di Mullholland, Utara Malibu, California dimana sebuah motorsikal yang datang dari arah belakang lalu melanggar mereka. (Link)

Saksikan video dibawah ini:


Kalau Dah Kaya (video).


kalau dah kaya apapun boleh buat........... 

Kambing Gurun Pun Fikir Dua Kali Nak Lalu Kat Sini.


Murid-murid sekolah disebuah perkampungan yang bernama Pili, utara Xinjiang Uygur, China terpaksa bersabung nyawa didalam perjalanan mereka untuk menuju kesekolah apabila terpaksa meniti disebuah tepian batu yang sangat cerun dan menakutkan sejauh 5,000 kaki.

Bayangkan kalau jatuh dah tentu-tentu padam......... fuhhh gila diaorang ni.

Luncur Air Tertinggi Di Dunia (Gambar & Video).

Daredevil Garret McNamara of Hawaii
Seorang diantara peluncur air paling ekstrem didunia yang diberi gelaran “Daredevil Garret McNamara of Hawaii” mendakwa telah meluncur gelombang yang tertinggi yang pernah dirakam iaitu gelombang raksaksa setinggi 30 meter dipantai Nazaré, Portugal. Rekod beliau masih perlu disahkan, tetapi jika ia disahkan, McNamara akan memecahkan rekod sebelumnya 24 meter, yang terletak di tempat yang sama pada November 2011.



Sumber