Bandar-bandar Di United kingdom Kotor, Kata Mahkamah Agung

on Thursday, May 2, 2013

United Kingdom 2 Mei 2013 - Keputusan Mahkamah Agung United Kingdom semalam boleh memaksa bandar-bandar di British supaya dibersihkan dan mengharamkan kereta-kereta yang kotor dan agak ‘berumur’ daripada memasuki pusat bandar bagi mengurangkan pencemaran udara.

Kerajaan telah melanggar undang-undang kualiti udara Kesatuan Eropah kerana gagal untuk mengurangkan pencemaran udara yang boleh menyebabkan kanser.

Bandar-bandar di British mungkin perlu mengharamkan kereta tua untuk mengurangkan secara mendadak kesan buruk pencemaran udara atau menghadapi risiko didenda dari EU selepas Mahkamah Agung memutuskan Kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk meningkatkan kualiti udara.

Keputusan ini bermakna bahawa Kerajaan UK akan berada di bawah tekanan untuk meningkatkan kualiti udara. Bukan sahaja di London, di mana zon kesesakan sudah menghadkan kereta, tetapi di bandar-bandar utama yang lain.

London mempunyai tahap bacaan tertinggi NO2 daripada mana-mana bandar di Eropah.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment