Juruterbang Helikopter Yang Panjang Akal (video).

on Thursday, May 2, 2013

Canada - Sebuah helikopter telah dihantar untuk menyelamatkan seekor rusa yang terkandas disebuah tasik yang telah beku di Pelabuhan Antigonish, Nova Scotia, Canada.

Juruterbang helikopter tersebut, David Farrell telah menggunakan kekuatan tiupan angin bilah kipasnya untuk menolak rusa tersebut ke tepi tebing dan akhirnya menyelamatkan rusa tersebut.

juruterbang tersebut memberitahu stesen TV CTV, “Selagi kita dapat menolak rusa sepanjang ais tersebut, dia akan bertenang. Saya tak tahu jika rusa tersebut mengetahui bahawa kita sedang cuba menyelamatkannya, saya tak tahu apa yang bermain difikirannya, tetapi tugas berjalan dengan baik”.

Saksikan video operasi menyelamat ini...... 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment