Biar Betul! Keadaan Sebenar Kedai Farmasi Di Sekitar India.

on Saturday, May 18, 2013



Tidak dinafikan, bekerja di bahagian farmasi memerlukan seseorang itu perlu tahu dan arif tentang sesuatu ubat. Jadi antara faktor mudah mencari ubat adalah menyusun ubat mengikut kategori-kategori tertentu. Namun apakah perasaan anda jika bekerja di kedai farmasi seperti gambar di bawah ini. Kedai farmasi ini dipercayai terletak di sekitar bandar India. Fuh, jenuh nak cari ubat kalau macam ini gayanya. Jom layan gambar di bawah ini.




Harga Kereta Turun Secara Berperingkat


Harga Kereta Sah Akan Turun Secara Berperingkat

Harga Kereta Akan Turun Secara Berperingkat | Akhirnya desas desus mengatakan harga kereta lebih murah selepas PRU13 terjawab juga walaupun masih "samar-samar" bila akan mula diturunkan dan berapa peratus akan diturunkan.

Kerajaan akan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan beban rakyat sebagai memenuhi Menifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, aku janji telah dibuat dan sekarang adalah masa untuk kementerian berusaha melaksanakannya dalam tempoh lima tahun ini.

Menurutnya, dalam mesyuarat Barisan Kabinet semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan agar setiap janji yang dilontarkan perlu dilaksanakan oleh kementerian yang berkaitan.

“Harga berkenaan akan diturunkan tetapi bukan dalam masa yang singkat. Penurunan harga kereta ini adalah bahagian yang perlu dilaksanakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pertama beliau dengan MITI bagi penggal baharu, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kementeriannya mempunyai tugas besar memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

“Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, tumpuan ke atas negeri lain tidak diabaikan kerana MITI berkhidmat untuk semua negeri dalam Malaysia," jelasnya.

Mustapa berkata, Perdana Menteri juga mahu setiap kementerian meningkatkan ketelusan dalam urus tadbir bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan serta memberi maklum balas yang cepat terhadap isu-isu yang berbangkit. - utusan

Fuh - harap-harap dapat dilaksanakan secepat mungkin dan penurunan harga bukanlah sekadar "mengotakan janji" tetapi harus relevan dan sepatutnya. Tak sabar nak beli kereta baru. ehh? SUMBER

Luna Maya Mengaku Jatuh Cinta Dengan Aaron Aziz!


5172013_lunaterpikat-a“Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling minat pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada

lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat.”‘

“Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka,” itu pengakuan Luna Maya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Pintu Harmonika semalam (Khamis).
Jawapan tersebut diberikan Luna sejurus selepas para wartawan bertanya mengenai siapa pelakon dari Malaysia yang paling diminatinya. Secara spontan nama yang terkeluar dari mulut pelakon cantik dan tinggi lampai itu ialah aktor pujaan Malaya, Aaron Aziz!
Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron, Diyana Halik pasti cemburu apabila mengetahui tentang perkara ini.
“Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh…sayang sekali! Jangan salah tafsir ya…saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat,” katanya sambil ketawa.
Tambah Luna lagi, dia ada mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan dengan Aaron Aziz.
“Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang besar buat saya,” katanya menamatkan bicara.
Pelakon, model, pengacara terkenal dari Indonesia ini berada di Kuala Lumpur sejak Rabu untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan 23 Mei ini di Astro First, serentak dengan tayangannya di Indonesia.
Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahan Luna Maya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem ini juga adalah terbitan beliau sendiri.

Aksi Gedik Dengan David Beckham: Gadis Muslim Kita Ini Terpampang Dalam Berita Online Di UK!


Assalamualaikum w.b.t


First time nampak gambar aksi gedik perempuan kita (Islam) bersama bekas pemain bola terkenal antarabangsa, David beckham ni, boleh ternganga jugaklah saya.

Terkejut. 



Bayangkanlah, tengah-tengah baca article kat telegraph online news *antara online news yang terkenal di UK dengan pelbagai cerita semasa* tiba-tiba gambar orang kita sedang buat aksi gedik, terpampang dalam online news tu!


Betul-betul macam gaya perempuan kita tempat kita kan? Mungkin jugak dari Indonesia atau Singapore. Tapi, yang tu tak penting. Yang penting dia pakai tudung macam orang kita kan?

Mula-mula macam tak boleh terima hakikat tengok gambar ni sebab jeles saya rasa macam...


"Eh, kawan saya bergambar dengan David Beckham?"


Tilik lama jugaklah saya di buatnya, kot-kotlah betul-betul kawan sendiri dari Malaysia. Sekali, baca caption kat bawah gambar tu....


"A woman poses with a wax figure David Beckham at Madame Tussauds Wax Museum in Bangkok"



Patung lilin rupanya....

Apa lagi? Sungguh-sungguh saya tahan gelak supaya tak ada orang nampak saya gelak kat tempat kerja! :D


Online news serius ni kelakar jugak rupanya *ke saya yang kelakar sebab bertindak gopoh sangat?*


#Seronok nampak bergambar dengan patung lilin David Beckham ,tapi tak seronok la gambar macam tu tersebar luas~ So, tak perlu kan upload gambar macam tu, girls? :)


Wassalam 

JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditahan Khalwat


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang ditangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle.
01-Shahz-Jaszle-Ditahan-Khalwat-ROTIKAYA
SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.
Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.
Sekian, terima kasih.

Kenyataan Dari Tunang Shah Jaszle Berkenaan Isu Tangkap Khalwat

Semalam (16 Mei 2012) dunia artis dikejutkan dengan berita seorang artis yang telah bertunang pada bulan Disember 2012 telah ditangkap kahlwat di sebuah apartment di Petaling Jaya.

Selebriti itu adalah Shah Jaszle. JAIS telah mengesahkan berita tersebut. Beliau baru sahaja bertunang pada bulan Disember 2012 dengan seorang gadis yang bernama Wani.

Berita itu telah mengejutkan Wani dan beliau sendiri telah mengikat jamin tunangnya. Sila ikuti penjelasan tunan Shah Jaszle di bawah.






Penjelasan Tunang Shah Jaszle 

Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.

Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak Sumber: Penjelasan Tunang Isu Shah Jaszle Ditangkap Khalwat.

Video dan Lirik Lagu 'Aku Memilih Setia', Single Perdana Fatin Sidqia Lubis



Meskipun kompetisi X Factor Indonesia baru memasuki babak Grand Final I, Fatin Shidqia Lubis sebagai salah seorang kontestan yang banyak dijagokan sudah punya single.

Sebuah lagu pop mellow berjudul Aku Memilih Setia, pada Jumat (17/5) rilis di iTunes. Dalam hitungan menit, netizen sudah mengunggah lagu milik Sony Music Indinesia ini ke YouTube, tentunya tanpa video klip, hanya menggunakan foto Fatin.

Lagu yang diciptakan oleh M. Fredy Harahap bercerita tentang seorang perempuan yang sudah memiliki kekasih, namun didekati pria lain yang menawarkan cinta yang lebih besar.

Hal ini membuat sang wanita galau. Dalam lagu tersebut, dikisahkan si wanita akhirnya memilih setia pada kekasihnya daripada menerima pria yang mendekatinya.

Berikut adalah Lirik Lagu Aku Memilih Setia dan Video yang diunggah di Youtube.
Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta
Mungkin engkau adalah salah satunya
Namun engkau datang di saat yang tidak tepat
Cintaku telah dimiliki

Inilah akhirnya harus ku akhiri
Sebelum cintamu semakin dalam
Maafkan diriku memilih setia
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya

Maafkanlah diriku tak bisa bersamamu
Walau ku sadar tulusnya rasa cintamu
Takkan mungkin untuk membagi cinta tulusku
Dan aku memilih setia

Seribu kali logika untuk menolak
Tapi ku tak bisa bohongi hati kecilku
Bila saja diriku ini masih sendiri
Pasti ku kan memilih ... kan memilih kamu