Harga Kereta Turun Secara Berperingkat

on Saturday, May 18, 2013


Harga Kereta Sah Akan Turun Secara Berperingkat

Harga Kereta Akan Turun Secara Berperingkat | Akhirnya desas desus mengatakan harga kereta lebih murah selepas PRU13 terjawab juga walaupun masih "samar-samar" bila akan mula diturunkan dan berapa peratus akan diturunkan.

Kerajaan akan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan beban rakyat sebagai memenuhi Menifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, aku janji telah dibuat dan sekarang adalah masa untuk kementerian berusaha melaksanakannya dalam tempoh lima tahun ini.

Menurutnya, dalam mesyuarat Barisan Kabinet semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan agar setiap janji yang dilontarkan perlu dilaksanakan oleh kementerian yang berkaitan.

“Harga berkenaan akan diturunkan tetapi bukan dalam masa yang singkat. Penurunan harga kereta ini adalah bahagian yang perlu dilaksanakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pertama beliau dengan MITI bagi penggal baharu, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kementeriannya mempunyai tugas besar memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

“Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, tumpuan ke atas negeri lain tidak diabaikan kerana MITI berkhidmat untuk semua negeri dalam Malaysia," jelasnya.

Mustapa berkata, Perdana Menteri juga mahu setiap kementerian meningkatkan ketelusan dalam urus tadbir bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan serta memberi maklum balas yang cepat terhadap isu-isu yang berbangkit. - utusan

Fuh - harap-harap dapat dilaksanakan secepat mungkin dan penurunan harga bukanlah sekadar "mengotakan janji" tetapi harus relevan dan sepatutnya. Tak sabar nak beli kereta baru. ehh? SUMBER

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment