“Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling minat pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada
lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat.”‘
“Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka,” itu pengakuan Luna Maya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Pintu Harmonika semalam (Khamis).
Jawapan tersebut diberikan Luna sejurus selepas para wartawan bertanya mengenai siapa pelakon dari Malaysia yang paling diminatinya. Secara spontan nama yang terkeluar dari mulut pelakon cantik dan tinggi lampai itu ialah aktor pujaan Malaya, Aaron Aziz!
Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron, Diyana Halik pasti cemburu apabila mengetahui tentang perkara ini.
“Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh…sayang sekali! Jangan salah tafsir ya…saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat,” katanya sambil ketawa.
Tambah Luna lagi, dia ada mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan dengan Aaron Aziz.
“Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang besar buat saya,” katanya menamatkan bicara.
Pelakon, model, pengacara terkenal dari Indonesia ini berada di Kuala Lumpur sejak Rabu untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan 23 Mei ini di Astro First, serentak dengan tayangannya di Indonesia.
Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahan Luna Maya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem ini juga adalah terbitan beliau sendiri.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment