Hukuman tersebut dilakukan oleh tentera Perancis kepada para wanita yang kantoi curang dan melayani nafsu sex tentera Jerman pada tahun 1944 setelah kemerdekaan. Kebanyakan mereka ditangkap dan dicukur hingga pelontos kepalanya sebagian lainnya dipukul oleh para tentera Perancis. Begitulah keadaan kehidupan wanita dalam sebuah negara jajahan, keadaan tersebut hampir terjadi pada setiap negara yang dijajah pada jaman kolonialisme, ada pelbagai macam alasan yang melatar belakangi perilaku sex para wanita sebuah negara mangsa penjajahan, boleh kerana alasan ekonomi, keperluan atau bahkan pengkhianatan.
Home > All posts
Hukuman Membotakkan Kepala Bagi Wanita Perancis Yang Di Dapati Curang Dengan Tentera Jerman Pada Masa Dulu
Posted by TerbaikLaH on Monday, June 17, 2013 at 5:21 PM
Penjelasan Erra Fazira Mengenai Isu Tidak Sebut Nama UAI
Posted by TerbaikLaH at 4:40 PM
Heboh orang bercerita mengenai pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang dikatakan enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.Baik ini jawapan Erra Fazira melalui laman Twitternya;
Kepada peminat UAI di luar sana, rileks.
Pengacara sesuatu program dalam televisyen perlu mengikut skrip yang disediakan, apatah lagi artis seperti Erra yang masih ‘amatur’ dalam dunia pengacaraan secara ‘live’ ini
Tak perlu kecoh-kecoh, ia bukanlah disengajakan. SUMBER
Subhanallah! Otak Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
Posted by TerbaikLaH at 11:57 AM
Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Barang rakan lain musnah
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Baru lakukan tasmid
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.
Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.
Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri
Posted by TerbaikLaH at 8:40 AM
Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri | Bagi seseorang yang mempunyai kelebihan deria keenam, ada masanya deria itu membawa kebaikan dan adakalanya ianya mendatangkan masaalah. Begitulah yang terjadi kepada Yana Samsudin.
Yana yang juga merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penyanyi mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Malah sebelum ini ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.
Tambah Yana lagi, pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.
Yana yang juga merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penyanyi mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Malah sebelum ini ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.
Bahkan bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini turut berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.
Menurut Yana lagi, perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.
“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.
“Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk mengesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.
“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.
“Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk,” katanya sambil menghela nafas.
Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.
Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.
Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.
Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.
“Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.
“Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.
“Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat,” katanya. SUMBER
Ngeri! Perut pemandu van rokok terburai dikelar penyamun
Posted by TerbaikLaH at 8:23 AM
Seorang pemandu van rokok cedera dikelar di rusuk kiri selepas disamun di sebuah kedai kopi berhampiran Pasar Tingkat Bagan Baru, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku jam 12.23 tengah hari itu, mangsa yang berusia 53 tahun didatangi seorang lelaki ketika sedang memunggah stok rokok.
Difahamkan, suspek mengacukan senjata menyerupai sepucuk pistol namun mangsa berjaya menepisnya sebelum didatangi seorang lagi suspek yang kemudiannya bertindak mengelar rusuk mangsa.
Rakannya yang menghantar bekalan rokok ke kedai kopi terbabit kemudiannya terdengar jeritan dan mendapati mangsa terbaring di atas jalan.
Kedua-dua suspek kemudiannya sempat melarikan beberapa karton rokok bernilai RM900 sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Shukri Awang berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.
Menurutnya, mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan dan difahamkan tiada organ dalamannya yang tercedera.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, nombor plat kenderaan terbabit dipercayai palsu dan pihak kami kini sedang mengesan kedua-dua suspek terbabit.
“Kejadian ini merupakan kali kedua mangsa disamun dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati pemandu van barangan terutamanya rokok lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian sedemikian kembali berulang.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta untuk ke balai berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Hairol Azura Abdul Aziz di talian 012-6258849 bagi membantu siasatan,” katanya. SUMBER
Tiga Tayar Kereta Tertimbus Ditemui
Posted by TerbaikLaH at 8:21 AM

GEORGETOWN – Pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga tayar, termasuk tayar simpanan, semasa operasi menggali bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini petang ini.Jurucakap bomba berkata pasukannya berjaya mengeluarkan tiga tayar manakala satu lagi belum ditemui dan dipercayai masih berada dalam lumpur.“Pasukan keselamatan telah mengambil alih kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai tertimbus selepas kerja-kerja pemasangan kepingan logam untuk menghalang air masuk ke dalam kawasan lubang telah selesai petang ini. “Usaha mencari kereta dan mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian itu masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.Sehingga tengah hari, pasukan keselamatan menjumpai serpihan kereta seperti tayar, enjin dan bahagian depan Honda City milik mangsa.Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi Lim Chin Aik.Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian Khamis lepas.Semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas. – BERNAMA
Gambar Kemalangan Perodua Viva Di Shah Alam 16 Jun 2013
Posted by TerbaikLaH at 7:48 AM
Gambar kemalangan kereta perodua Viva Di Shah Alam pada 16 Jun 2013. Dilaporkan tiga pelajar UITM maut terkorban manakala seorang cedera parah pada awal pagi tadi berpunca akibat hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan. Difahamkan, empat sahabat sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur setelah melawat I-City sebelum kemalangan berlaku pada awal 5.15 pagi.

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.
Lagi Gambar Kemalangan



Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013
- (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
- (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
- (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
- Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).
Sumber: Gambar Kemalangan Perodua Viva Di Shah Alam 16 Jun 2013 | melvister.com















